Wednesday, April 24, 2013

PAKEJ UMRAH 2013

Assalamualaikum w.b.t



Ana ingin mewar2kan kepada anda semua jika berhajat untuk mengerjakan ibadah umrah pada awal ramadhan boleh hubungi ana seberapa segera.
Jika di izinkan oleh-Nya, Ana dan tuan imam surau al-ikhlas, Taman Sri Pekan, Bukit Raja, Klang akan berangkat mengerjakan ibadah umrah pada 4/7/2013 (Khamis) hingga 16/7/2013 (Selasa). Mendarat di King Abdulaziz International Airport, memasuki Makkah all-mukarromah untuk mengerjakan ibadah umrah dahulu dan kemudiannya ke madinah al-munawwarah sebelum berangkat pulang..

Berikut adalah detail pakej umra
Bayaran RM5,880/orang 
-Tiket
-Visa 
-Penginapan Hotel + 3xmakan (In shaa allah jika ada rezeki, menginap di hotel Brujh Sultan 2, belakang Hilton hotel) 
-Penginapan Hotel di Madinah, adalah berhampiran pintu 25 sama ada hotel Fairus atau Taqwa
-Perkhidmatan pengangkutan bas 
-Kursus
-Pakaian Ihram + Beg
-Air zam-zam 10liter

Tarikh akhir pengesahan : 25/5/2013
HUBUNGI : 012 - 541 4096

in shaa Allah kita akan diberikan rezeqi oleh-Nya untuk merasai pengalaman berpuasa di sana kelak.. Doa keselamatan dan dipermudahkan urusan kami.. allah humma amin..
 
Peringatan : bagi wanita berusia kurang dari 45tahun, diwajibkan membawa seorang mahram

Umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang yang mampu. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :
 
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ

Maksudnya: Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah. (Al-Baqarah: 196).

Daripada Zaid bin Tsabit r.a. berkata ia: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Mengerjakan haji dan umrah itu dua fardu yang hanya sekali sahaja (bagi seseorang Islam yang cukup syarat), bolehlah engkau kerjakan mana satu dahulu (sama ada haji ataupun umrah).”


Hadith Aisyah r.a :
Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Adakah diwajibkan jihad ke atas wanita?” 

Jawab Baginda S.A.W: “Ya (diwajibkan jihad ke atas wanita, akan tetapi) jihad yang tidak ada peperangan di dalamnya iaitu haji dan umrah”.



Dalil2 disunatkan menziarahi Makam Nabi s.a.w :-
1. Firman Allah:
((ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاؤك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدو الله توابا رحيما))
Maksudnya: Dan kalaulah mereka melakukan kezaliman terhadap diri mereka dgn membuat dosa; mereka datang berjumpa denganmu(Muhammad) lalu mereka meminta ampun pada Allah; serta Rasul meminta ampun untuk dosa2 mereka; nescaya mereka akan dapati Allah itu maha menerima taubat dan maha pengasih.(An-Nisa: 64)

2. Hadis Nabi:
(من زار قبري وجبت له شفاعتي)
Maksudnya: Sesiapa yg menziarahi kuburku maka dia wajib mendapat syafaatku. (HR Dar Qutni)



3. Hadis Nabi:
(من زارني في المدينة محتسبا كنت له شفيعا وشهيدا يوم القيامة)
Maksudnya: Sesiapa yg menziarahiku di madinah dgn mengharapkan pahala; maka aku akan menjadi pemberi syafaat dan saksi untk membelanya pd hari kiamat.(HR Baihaqi).

4. Hadis Nabi:
(من زارني بعد موتي فكأنما زارني في حياتي)
Maksudnya: Sesiapa yg menziarahi aku selepas kematianku seumpama dia menziarahi aku ketika aku hidup. (Hr Ad-Dar Qutni)
Hubungi ana : 012 - 541 4096. 
JAZAKUMULLAH HU KHAIR .

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi melawati blog ini dan memberikan komen..
Mudah2an Allah merahmati kita.. Allah humma Amin!