Sunday, October 30, 2011

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary

-Umur - 60 tahun
-Pendidikan - SPM
-Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
-Kekayaan - US$1.7 billion
-Ke 8 terkaya di Malaysia
-Ke 32 terkaya di Asia

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal।

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951। Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya। Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru। Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi। Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga। Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira। Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut। Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual। Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan। Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya। Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras। Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar।

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas। Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan। Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus। Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula। Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn। Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan। Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn। Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn। Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China। Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan। Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian। Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile। Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan। Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak। Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah। Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn। Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas।

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn। Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB)। Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan। Manakala 18।7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.



Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban। Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan। Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004। Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta। Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7।75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan।

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah। Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1।67 bilion.

Info ini diambil dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=546

Tuesday, October 25, 2011

Tips4Sukses

Salah satu formula kejayaan adalah LAW OF ALIGNMENT.

Thinking+Feeling+Communication+Action mestilah SELARI.

Kalau kita cakap kita nak berjaya, hati kita, pemikiran kita, kata-kata kita dan perbuatan kita mestilah selari 100% yakin dan convinced yang kita betul-betul nak capai perkara tersebut. Barulah mudah kita dapat apa yang kita impikan. Tanya peserta Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Transformasi Hidup Luar Biasa, bukankah itu latihan dan praktis yang kita perlu buat dalam kelas IMKK bukan? Semoga anda lebih kaya & berjaya!

Mereka yang suka merendah-rendahkan kejayaan orang lain, menyebarkan fitnah atau dengki dengan kejayaan orang lain, mereka ini sebenarnya hidup "biasa-biasa" sahaja, minda miskin dan mereka sendiri sebenarnya terlalu tidak yakin yang hidup mereka boleh berubah, mereka tidak yakin dengan ayat Allah swt bahawa Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu merubah nasibnya sendiri! Kesian kan...

Semoga anda yang membaca dan klik "share" di sini untuk sebarkan kepada yang lain akan hidup lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkati! Yakinlah bahawa jika Allah swt ingin memberi nikmat yang melimpah ruah kepada kita, tidak ada sesiapa yang boleh menghalangnya!

Allahu kun fayakun dengan syarat, kita sendiri mesti Haqqul Yakin dengan kuasa DIA! -Dr. Azizan Osman-
 

Monday, October 24, 2011

Kaedah Nabi SAW Memulakan Perniagaan

Postby Syahz »
:salam

Sy ingin bertanya, adakah kaedah atau petua yang Rasulullah SAW lakukan untuk memulakan sesuatu perniagaan?Contohnya seperti solat hajat atau istiqorah minta petunjuk daripada Allah SWT. Harap dapat kemukakan dalil al-Quran atau/dan hadis yang sahih, InsyaAllah. Terima kasih..

Syahz


*************************************
Postby kamin »

wa'alaikumusalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Nabi :saw merupakan Insan Agong yang diutuskan agar manusia menjadikan dia sebagai contoh ikutan yang baik. Salah satu aktiviti keduniaan yang Nabi terlibat adalah didalam bidang perniagaan. Malah Nabi :saw merupakan seorang peniaga yang baik sebelum baginda menerima wahyu lagi.

Tidak ada petua khas didalam amalan spiritual Nabi :saw didalam memulakan perniagaan, akan tetapi wujud hadith-hadith yang umum yang menjelaskan do'a-do'a yang boleh dibaca ketika menghadapi kesulitan, ketika membayar hutang, ketika menerima sesuatu yang disukai, dan sebagainya. (sila lihat buku Hishnul Muslim, karangan Dr Saed Ali Wahf al-Qahthani).

Baginda juga menganjurkan agar seseorang Islam itu melakukan Solat Dhuha, Solat Istikharah, dsb. Amalan di anjurkan kepada semua orang Islam tidak kira samada dia peniaga, pedagang, pegawai kerajaan, atau apa-apa pekerjaan sekalipun.

Kesemua anjuran ini disamping meningkatkan hubungan diantara manusia dan Allah swt, ia juga membentuk kekuatan spiritual seorang insan. Namun demikian, wujud amalan perniagaan yang disentuh secara direct didalam al-Quran dan sunnah. Amalan-amalan boleh dikategorikan sebagai "etika perniagaan didalam Islam". Diantara etikanya :-

  • Perniaga yang amanah
  • Tidak menipu, jujur dalam berniaga
  • Tidak memanipulasikan harga, dengan cari menimbunkan barang
  • Tidak melakukan promosi berlebihan, bersumpah, dsb

Berikut kami paparkan sebuah artikel baik yang menjelaskan etika perniagaan yang dia dianjurkan didalam Islam menurut perspektif al-Quran dan Hadith Nabi :saw.

Islam memang menghalalkan usaha perdagangan, perniagaan dan atau jual beli. Namun tentu saja untuk orang yang menjalankan usaha perdagangan secara Islam, dituntut menggunakan tata cara khusus, ada aturan mainnya yang mengatur bagaimana seharusnya seorang Muslim berusaha di bidang perdagangan agar mendapatkan berkah dan ridha Allah SWT di dunia dan akhirat.

Aturan main perdagangan Islam, menjelaskan berbagai etika yang harus dilakukan oleh para pedagang Muslim dalam melaksanakan jual beli. Dan diharapkan dengan menggunakan dan mematuhi etika perdagangan Islam tersebut, suatu usaha perdagangan dan seorang Muslim akan maju dan berkembang pesat lantaran selalu mendapat berkah Allah SWT di dunia dan di akhirat. Etika perdagangan Islam menjamin, baik pedagang maupun pembeli, masing-masing akan saling mendapat keuntungan.

Adapun etika perdagangan Islam tersebut antara lain:

1. Shidiq (Jujur)

Seorang pedagang wajib berlaku jujur dalam melakukan usaha jual beli. Jujur dalam Erti luas. Tidak berbohong, tidak menipu, tidak mcngada-ngada fakta, tidak bekhianat, serta tidak pernah ingkar janji dan lain sebagainya. Mengapa harus jujur? Karena berbagai tindakan tidak jujur selain merupakan perbuatan yang jelas-jelas berdosa, –jika biasa dilakukan dalam berdagang– juga akan mewarnai dan berpengaruh negatif kepada kehidupan pribadi dan keluarga pedagang itu sendiri. Bahkan lebih jauh lagi, sikap dan tindakan yang seperti itu akan mewarnai dan mempengaruhi kehidupan bermasyarakat.

Dalam Al Qur’an, keharusan bersikap jujur dalam berdagang, berniaga dan atau jual beli, sudah diterangkan dengan sangat jelas dan tegas yang antara lain kejujuran tersebut –di beberapa ayat– dihubungkan dengan pelaksanaan timbangan, sebagaimana firman Allah SWT: ”Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil”. (Q.S Al An’aam(6): 152)

Firman Allah SWT:
”Sempurnakanlah takaran dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang merugikan, dan timbanglah dengan timbangan yang lurus. Dan janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu merajalela di muka bumi ini dengan membuat kerusakan.” (Q.S AsySyu’araa(26): 181-183)


“Dan sempurnakanlah takaran apabila kamu menakar, dan timbanglah dengan neraca yang benar. ItuIah yang lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Q.S Al lsraa(17): 35)

“Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.” (Q.S Ar Rahmaan(55): 9)

Dengan hanya menyemak ketiga ayat tersebut di atas, maka kita sudah dapat mengambil kesimpulan bahawa; sesungguhnya Allah SWT telah menganjurkan kepada seluruh ummat manusia pada umumnya, dan kepada para pedagang khususnya untuk berlaku jujur dalam menimbang, menakar dan mengukur barang dagangan. Penyimpangan dalam menimbang, menakar dan mengukur yang merupakan wujud kecurangan dalam perdagangan, sekalipun tidak begitu nampak kerugian dan kerosakan yang diakibatkannya pada manusia ketimbang tindak kejahatan yang lebih besar lagi seperti; perampokan, perampasan, pencurian, korupsi, manipulasi, pemalsuan dan yang lainnya, nyatanya tetap diharamkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Mengapa? Jawabnya adalah; karena kebiasaan melakukan kecurangan menimbang, menakar dan mengukur dalam dunia perdagangan, akan menjadi cikal baka! dari bentuk kejahatan lain yang jauh lebih besar. Sehingga nampak pula bahwa adanya pengharaman serta larangan dari Islam tersebut, merupakan pencerminan dan sikap dan tindakan yang begitu bijak yakni, pencegahan sejak dini dari setiap bentuk kejahatan manusia yang akan merugikan manusia itu sendiri.

Di samping itu, tindak penyimpangan dan atau kecurangan menimbang, menakar dan mengukur dalam dunia perdagangan, merupakan suatu perbuatan yang sangat keji dan culas, lantaran tindak kejahatan tersebut bersembunyi pada hukum dagang yang telah disahkan baik oleh pemerintah maupun masyarakat, atau mengatasnamakan jua! beli atas dasar suka sama suka, yang juga telah disahkan oleh agama.

Jika penampokan, pencurian, pemerasan, perampasan, –sudah jelas– merupakan tindakan memakan harta orang lain dengan cara batil, yang dilakukan dengan jalan terang-terangan. Namun tindak penyimpangan dan atau kecurangan dalam menimbang, menakar dan mengukur barang dagangan, merupakan kejahatan yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Sehingga para pedagang yang melakukan kecurangan tersebut, pada hakikatnya adalah juga pencuri, perampok dan perampas dan atau penjahat, hanya mereka bersembunyi di balik lambang keadilan yakni, timbangan, takaran dan ukuran yang mereka gunakan dalam perdagangan. Dengan demikian, tidak ada bedanya! Mereka sama-sama penjahat. Maka alangkah kejinya tindakan mereka itu. Sehingga wajar, jika Allah SWT dan Rasul-Nya mengharamkan perbuatan tersebut, dan wajar pula jika para pelakunya diancam Allah SWT; akan menerima azab dan siksa yang pedih di akhirat kelak, sebagaimana Firman Allah SWT dalam Al Qur’an:

“Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain, mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. Tidakkah orang-orang ini menyangka, bahwa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan, pada suatu hari yang besar, (yaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan Semesta Alam ini.” (Q.S Al Muthaffifiin (83): 1-6)


Selain ancaman azab dan siksa di akhirat kelak –bagi orang-orang yang melakukan berbagai bentuk penyimpangan dan kecurangan dalam menakar, menimbang dan mengukur barang dagangan mereka–, sesungguhnya Al Qur’an juga telah menuturkan dengan jelas dan tegas kisah onang-orang Madyan yang terpaksa harus menerima siksa dunia dari Allah SWT, lantaran menolak peringatan dari Nabi mereka Syuaib as.

“Dan (Kami telah mengutus) kepada penduduk Madyan saudara mereka Syuaib. Ia berkata:”Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari Tuhanmu. Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan dan janganlah membuat kerusakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman”. (Q.S Al A’raaf(7): 85)

Firman Allah SWT:
“Dan tatkala datang azab Kami, Kami selamatkan Syuaib dan orang-orang yang beriman bersama-sama dia dengan Rahmat dari Kami, dan orang-orang yang zalim dibinasakan oleh satu suara yang mengguntur, lalu jadilah mereka mati bergelimpang an di temnpat tinggalnya.” (Q.S Hud(11): 94)


Kedua ayat tersebut di atas, hendaknya menjadi peringatan bagi kita, bahwa ternyata perbuatan curang dalam menimbang, menakar dan mengukur barang dagangan, sama sekali tidak memberikan keuntungan, kehahagiaan bagi para pelakunya, bahkan hanya menimbulkan murka Allah. Sedangkan azab dan siksa serta hukuman bagi para pelaku kejahatan tersebut, nyatanya tidak selalu diturunkan Allah SWTI kelak dii akhirat saja, namun juga diturunkan di dunia.
Oleh sebab itu, Rasulullah SAW –dalam banyak haditsnya–, kerapkali mengingatkan para pedagang untuk berlaku jujur dalam berdagang.

Sabda Rasulullah SAW:
”Wahai para pedagang, hindarilah kebohongan”. (HR. Thabrani)


“Seutama-utama usaha dari seseorang adalah usaha para pedagang yang bila berbicara tidak berbohong, bila dipercaya tidak berkhianat, bila berjanji tidak ingkar, bila membeli tidak menyesal, bila menjual tidak mengada -gada, bila mempunyai kewajiban tidak menundanya dan bila mempunyai hak tidak menyulitkan”. (HR. Ahmad, Thabrani dan Hakim)

“Pedagang dan pembeli keduanya boleh memilih selagi belum berpisah. Apabila keduanya jujur dan terang-terangan, maka jual belinya akan diberkati. Dan apabila keduanya tidak mau berterus terang serta berbohong, maka jual belinya tidak diberkati.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW menegaskan pula, bahwa pedagang yang jujur dalam melaksakan jual beli, di akhirat kelak akan ditempatkan di tempat yang mulia. Suatu ketika akan bersama- sama para Nabi dan para Syahid. Suatu ketika di bawah Arsy, dan ketika lain akan berada di suatu tempat yang tidak terhalang baginya masuk ke dalam surga.

Sabda Rasulullah SAW:

“Pedagang yang jujur serta terpercaya (tempatnya) bersama para Nabi, orang-orang yang jujur, dan orang-orang yang mati Syahid pada hari kiamat”. (HR. Bukhari, Hakim, Tirmidzi dan Ibnu Majjah)

“Pedagang yang jujur di bawah Arsy pada hari kiamat”. (HR. Al-Ashbihani)

“Pedagang yang jujur tidak terhalang dari pintu-pintu surga”. (HR. Tirmidzi)

Allah Ta’ala berfirman (dalam hadits Qudsi):

“Aku yang ketiga (bersama) dua orang yang berserikat dalam usaha (dagang) selama yang seorang tidak berkhianat (curang) kepada yang lainnya. Apabila berlaku curang, maka Aku keluar dari mereka.” (HR. Abu Dawud)

“Sesama Muslim adalah saudara. Oleh karena itu seseorang tidak boleh menjual barang yang ada cacatnya kepada saudaranya, namun ia tidak menjelaskan cacat tersebut.” (HR. Ahmad dan lbnu Majaah)

“Tidak halal bagi seseorang menjual sesuatu barang dengan tidak menerangkan (cacat) yang ada padanya, dan tidak halal bagi orang yang tahu (cacal) itu, tapi tidak menerangkannya.” (HR. Baihaqie)

“Sebaik-baik orang Mu‘min itu ialah, mudah cara menjualnya, mudah cara membelinya, mudah cara membayarnya dan mudah cara menagihnya.” (HR. Thabarani)



2. Amanah (Tanggungjawab)

Setiap pedagang harus bertanggung jawab atas usaha dan pekerjaan dan atau jabatan sebagai pedagang yang telah dipilihnya tersebut. Tanggung jawab di sini artinya, mau dan mampu menjaga amanah (kepercayaan) masyarakat yang memang secara otomatis terbeban di pundaknya.

Sudah kita singgung sebelumnya bahwa –dalam pandangan Islam– setiap pekerjaan manusia adalah mulia. Berdagang, berniaga dan ataujual beli juga merupakan suatu pekerjaan mulia, lantaran tugasnya antara lain memenuhi kebutuhan seluruh anggota masyarakat akan barang dan atau jasa untuk kepentingan hidup dan kehidupannya.

Dengan demikian, kewajiban dan tanggungjawab para pedagang antara lain: menyediakan barang dan atau jasa kebutuhan masyarakat dengan harga yang wajar, jumlah yang cukup serta kegunaan dan manfaat yang memadai. Dan oleh sebab itu, tindakan yang sangat dilarang oleh Islam –sehubungan dengan adanya tugas, kewajiban dan tanggung jawab dan para pedagang tersebut– adalah menimbun barang dagangan.

Menimbun barang dagangan dengan tujuan meningkatkan pemintaan dengan harga selangit sesuai keinginan penimbun barang, merupakan salah satu bentuk kecurangan dari para pedagang dalam rangka memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.

Menimbun barang dagangan –terutama barang-barang kehutuhan pokok– dilarang keras oleh Islam! Lantaran perbuatan tersebut hanya akan menimbulkan keresahan dalam masyarakat. Dan dalam prakteknya, penimbunan barang kebutuhan pokok masyarakat oleh sementara pedagang akan menimbulkan atau akan diikuti oleh berhagai hal yang negatifseperti; harga-harga barang di pasar melonjak tak terkendali, barang-barang tertentu sulit didapat, keseimbangan permintaan dan penawaran terganggu, munculnya para spekulan yang memanfaatkan kesempatan dengan mencari keuntungan di atas kesengsaraan masyarakat dan lain sebagainya.

Ada banyak hadits Rasulullah yang menyinggung tentang penimbunan barang dagangan, baik dalam bentuk peringatan, larangan maupun ancaman, yang .ntara lain sebagai berikut:

Sabda Rasulullah (yang artinya):
“Allah tidak akan berbelas kasihan terhadap orang-orang yang tidak mempunyai belas kasihan terhadap orang lain.” (HR. Bukhari)

“Barangsiapa yang melakukan penimbunan terhadap makanan kaum Muslimin, Allah akan menimpanya dengan kerugian atau akan terkena penyakit lepra.” (HR. Ahmad)

“Orang yang mendatangkan barang dagangan untuk dijual, selalu akan memperoleh rejeki, dan orang yang menimbun barang dagangannya akan dilaknat Allah.” (HR. lbnu Majjah)

“Barangsiapa yang menimbun makanan, maka ia adalah orang yang berdosa.” (HR. Muslim dan Abu Daud)

“Barangsiapa yang menimbun makanan selama 40 hari, maka ia akan lepas dari tanggung jawab Allah dan Allah pun akan cuci tangan dari perbuatannya.” (HR. Ahmad)

3. Tidak Menipu

Dalam suatu hadits dinyatakan, seburuk-buruk tempat adalah pasar. Hal ini lantaran pasar atau termpat di mana orang jual beli itu dianggap sebagal sebuah tempat yang di dalamnya penuh dengan penipuan, sumpah palsu, janji palsu, keserakahan, perselisihan dan keburukan tingkah polah manusia lainnya.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebaik-baik tempat adalah masjid, dan seburuk-buruk tempat adalah pasar”. (HR. Thabrani)

“Siapa saja menipu, maka ia tidak termasuk golonganku”. (HR. Bukhari)

Setiap sumpah yang keluar dan mulut manusia harus dengan nama Allah. Dan jika sudah dengan nama Allah, maka harus benar dan jujur. Jika tidak henar, maka akibatnya sangatlah fatal.

Oleh sehab itu, Rasulululah SAW selalu memperingatkan kepada para pedagang untuk tidak mengobral janji atau berpromosi secara berlebihan yang cenderung mengada-ngada, semata-mata agar barang dagangannya laris terjual, lantaran jika seorang pedagang berani bersumpah palsu, akibat yang akan menimpa dirinya hanyalah kerugian.

Sabda Rasulullah SAW:

“Jangan bersumpah kecuali dengan nama Allah. Barangsiapa bersumpah dengan nama Allah, dia harus jujur (benar). Barangsiapa disumpah dengan nama Allah ia harus rela (setuju). Jika tidak rela (tidak setuju), niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah.” (HR. lbnu Majaah dan Aththusi)

“Ada tiga kelompok orang yang kelak pada hari kiamat Allah tidak akan berkata-kata, tidak akan melihat, tidak akan pula mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih. Abu Dzarr berkata, “Rasulullah mengulang-ulangi ucapannya itu, dan aku bertanya,” Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?” Beliau menjawab,

“Orang yang pakaiannya menyentuh tanah karena kesombongannya, orang yang menyiarkan pemberiannya (mempublikasikan kebaikannya), dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu.” (HR. Muslim)

“Sumpah dengan maksud melariskan barang dagangan adalah penghapus barokah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Sumpah (janji) palsu menjadikan barang dagangan laris, (tetapi) menghapus keberkatan”. (HR. Tirmidzi, Nasal dan Abu Dawud)

“Berhati-hatilah, jangan kamu bersumpah dalam penjualan. Itu memang melariskan jualan tapi menghilangkan barokah (memusnahkan perdagangan).” (HR. Muslim)

Sementara itu, apa yang kita alami selama ini, jual beli, perdagangan dan atau perniagaan di zaman sekarang –terutama di pasar-pasar bcbas– tidak banyak lagi diketemukan orang yang mau memperhatikan etiket perdagangan Islam. Bahkan nyaris, setiap orang –penjual maupun pembeli– tidak mampu lagi membedakan barang yang halal dan yang haram, dimnana keadaan ini sesungguhnya sudah disinyalir akan terjadi oleh Rasulullah SAW, sebagaimana dinyatakan dalam haditsnya.

Dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW, bersabda: “Akan datang pada manusia suatu zaman yang seseorang tidak memperhatikan apakah yang diambilnya itu dan barang yang halal atau haram.” (HR. Bukhari)

Memang sangat disayangkan, mengapa hal seperti ini harus terjadi? Sementara tidak hanya sekali saja Rasulullah SAW memberi peringatan kepada para pedagang untuk berbuat jujur, tidak menipu dalam berjual beli agar tidak merugikan orang lain. Sehagaimana pernyataan beberapa hadits di bawah ini:
Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seseorang menjual akan suatu barang yang telah dibeli oleh orang lain”. (HR. Bukhari)
Dari lbnu Umar: Bahwa seorang laki-laki menyatakan pada Nabi SAW bahwa ia tertipu ketika berjual heli. Maka Nabi menyatakan: “Jika engkau berjualbeli maka katakanlah: Tidak boleh menipu”. (HR. Bukhari)

4. Menepati Janji

Seorang pedagang juga dituntut untuk selalu menepati janjinya, baik kepada para pembeli maupun di antara sesama pedagang, terlebih lagi tentu saja, harus dapat menepati janjinya kepada Allah SWT.

Janji yang harus ditepati oleh para pedagang kepada para pembeli misalnya; tepat waktu pengiriman, menyerahkan barang yang kualitinya, kuantitinya, warna, ukuran dan atau spesifikasinya sesuai dengan perjanjian semula, memberi layanan puma jual, gerenti dan lain sebagainya. Sedangkan janji yang harus ditepati kepada sesama para pedagang misalnya; pembayaran dengan jumlah dan waktu yang tepat.

Sementara janji kepada Allah yang harus ditepati oleh para pedagang Muslim misalnya adalah shalatnya. Sebagaimana Firman Allah dalam Al Qur’an:

“Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyaknya supaya kamu beruntung. Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadaNya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhutbah). Katakanlah: ”Apa yang di sisi Allah adalah lebih baik daripada permainan dan perniagaan”, dan Allah sebaik-baik pemberi rezki” (Q.S Al Jumu’ah (62):10-11)

Dengan demikian, sesibuk-sibuknya urusan dagang, urusan bisnis dan atau urusan jual beli yang sedang ditangani –sebagai pedagang Muslim– janganlah pernah sekali-kali meninggalkan shalat. Lantaran Allah SWT masih memberi kesempatan yang sangat luas kepada kita untuk mencari dan mendapatkan rejeki setelah shalat, yakni yang tercermin melalui perintah-Nya; bertebaran di muka bumi dengan mengingat Allah SWT banyak- banyak supaya beruntung.

5. Murah Hati

Dalam suatu hadits, Rasulullah SAW menganjurkan agar para pedagang selalu bermurah hati dalam melaksanakan jual beli. Murah hati dalam pengertian; ramah tamah, sopan santun, murah senyum, suka mengalah, namun tetap penuh tanggungjawab.

Sabda Rasulullah SAW:
“Allah berbelas kasih kepada orang yang murah hati ketika ia menjual, bila membeli dan atau ketika menuntut hak”. (HR. Bukhari)

“Allah memberkahi penjualan yang mudah, pembelian yang mudah, pembayaran yang mudah dan penagihan yang mudah”. (HR. Aththahawi)


6. Tidak Melupakan Akhirat

Jual beli adalah perdagangan dunia, sedangkan melaksanakan kewajiban Syariat Islam adalah perdagangan akhirat. Keuntungan akhirat pasti lebih utama ketimbang keuntungan dunia. Maka para pedagang Muslim sekali-kali tidak boleh terlalu menyibukkan dirinya semata-mata untuk mencari keuntungan material dengan meninggalkan keuntungan akhirat. Sehingga jika datang waktu shalat, mereka wajib melaksanakannya sebelum habis waktunya. Alangkah baiknya, jika mereka bergegas bersama-sama melaksanakan shalat berjamaah, ketika adzan telah dikumandangkan. Begitu pula dengan pelaksanaan kewajiban memenuhi rukun Islam yang lain. Sekali-kali seorang pedagang Muslim hendaknya tidak melalaikan kewajiban agamanya dengan alasan kesibukan perdagangan.

Sejarah telah mencatat, bahwa dengan berpedoman kepada etika perdagangan Islam sebagaimana tersebut di atas, maka para pedagang Arab Islam tempo dulu mampu mengalami masa kejayaannya, sehinga mereka dapat terkenal di hampir seluruh penjuru dunia. (Sumber: Al ’Amal Fil Islam karya Izzuddin Khatib At Tamimi (terj.) Bisnis Islam, alih bahasa H. Azwier Butun, Penerbit PT Fikahati Aneska Jakarta)

sumber : http://www.wiraswastamuslim.com/berita-107-etika-perdagangan-dalam-islam.html.
kerjadankewangan.blogspot.com

Tuesday, October 11, 2011

22 tanda hari kiamat semakin hampir

 

1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

 
~Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Sunday, September 25, 2011

RIBA

Salam sejahtera..

Sementara menunggu sarapan pagi, aku melihat2 buku yg ada tersimpan di rak buku mak cik aku.. Aku tertarik utk berkongsi dengan anda mengenai sebuah buku : SMART SOLVING - menjawab 101 problem keluarga hasil nukilan HAMIM THOHARI, so aku pun membelek..

Ada 1 tajuk yg aku tertarik : BAGAIMANA PENGHASILAN DI BANK KONVENSIONAL m/s 137 dlm BAB IV - Problem Ekonomi dan Kewangan.


Soalan daripada seorang hamba allah yg berkhidmat di bank konvnsional yg bertanyakan hukum berkerja di bank konvensional yg mana seperti yg kita tau mengamalkan mengenakan faedah keatas pinjaman / memberikan faedah atas simpaan.. So dipendekkan cerita hamba allah ni ragu - ragu akan keberkatan / soal halal haram gaji yg diterima daripada pekerjaan dibank.

Menjawab persoalan ini penulis telah merujuk kepada beberapa ayat yang dipetik daripada surah  tertentu yang berkait dengan permasalahan riba
1. surah al-baqarah 275, 279
2. surah ali imran 130
3. surah ar ruum 39

Berdasarkan surah diatas pendapat ulama telah terbahagi kepada 3.
1. Golongan yg menganggap bahawa praktis di bank adalah riba, kerana menggunakan bunga, yg merupakan lebihan dari wang pokok, besar atau kecilkah lebihan itu, tetap dianggap sebagai riba. Apalagi pihak bank pun xmau peduli ketika ternyata si peminjam wang mengalami kerugian dalam usahanya tersebut, sehingga tetap mewajibkannya mengembalikan modal yg dipinjamkan.

2. Golongan yang tidak menyamakan bunga bank dengan riba,
Alasannya, bunga bank bank bisa dianggap sebagai kos pengurusan hutang piutang, atau biasa dianggap kos menanggung inflasi iaitu sekitar 5% setahun. Untuk itu bunga / faedah yg dikenakan keatas peminjam haruslah dibawah 5% dlm batas wajar dan tidak mencekik. Maka jika faedah / bunga yg dikenakan adalah tinggi hukumnya akan berubah haram / riba. Jika bank tersebut adalah milik pemerintah, sebahagian ulama menganggap bank ini tidak menerapkan riba kerana keuntungan dari bunga yg diperolehi akhirnya akan kembali dimanfaatkan utk kepentingan rakyatna sendiri.

3. Pendapat ulama yg berdiri ditengah - tengah yg menganggap persoalan ini berhukum syubhat (belum jelas boleh / tidak) kerana meragukan, maka lebih baik jika kita tinggalkan.

Maka mengenai pertanyaan hamba allah itu tentang halal haramnya berkerja dibank, terkait langsung dengan pendapat mana dari ketiga alternatif di atas yg paling anda yakin kebenarannya.

Sekian,
Wallahualam..

khairulnawawi
Blog Pelaburan emas:  www.emkeyandkey.blogspot.com
FB groups : Pelaburan EMAS & PERAK ™

Tuesday, August 2, 2011

Ahlan wa sahlan Ya ramadhan!!

Alhamdulillah kini tahun 2011,
aku berusia 25 tahun dan 10 bulan, aku sangat bersyukur kerana sekali lagi diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t utk terus hidup di dunia yg sementara ini dan dapat bertemu sekali lagi bulan yg sangat dinantikan.. iaitu bulan ramadhan. Bulan yang penuh rahmat dan berkat. Bulan yang di dalamnya terbuka pintu syurga manakala tertutupnya pintu neraka. Bulan pengampunan dan bulan menyucikan diri. Bulan yang nilainya melebihi bulan-bulan yang lain.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan 1432H!
Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun. Ia datang ibarat turunnya kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti.

Sedar atau x kini sudah tahun yg ke-2 aku berpuasa bersama yg tersayang Nur Fazatul Asma.. dan yg pertama bersama cahaya mata kami Nur Damia Zulaikha. Satu memori yg akn ku kenang sepanjang hayat!!
Jika tahun lepas, isteri sedang mengandungkan anak kami yg pertama so aku yg mnjadi chef huhu2. So, tahun ni giliran wife aku plok =)









 



Hmm... Sesekali bila dok sorang2 pasti mengenangkan betapa seronoknyer berpuasa di zaman kanak2.. pagi2 arwah umie akan mengejutkan kami adik beradik utk bangun bersahur mmg riuh rendah.. Pastu masa nk berbuka, pastinya umie adalah org yg paling busy.. mmbuat persediaan berbuka..

Hmm tahun ni adalah tahun ke-8 umie (Siti Noor Aisiah bt. Johar) pergi meninggalkan kami.. apakan daya ini suratan takdir setiap yg hidup pasti akan mati. Terasa sangat kehilangan arwah.. sudah tiada lagi tempat utk kami adik - beradik meluahkan perasaan serta mengajukan soalan dan meminta pendapat..
Anyway... Hidup perlu diteruskan, jadi belajar daripada pengalaman ajee lah..


Semoga allah mencucuri rahmat dah kasih sayang kepada roh arwah Umie (baju biru, 2 dari kanan)
Al-Fatihah

Dikesempatan ini juga aku ingin memohon 1Juta Kemaafan kepada sahabat handai serta ahli keluarga dan mereka yg mengenali aku, andainya ada kesilapan atau pertuturan atau tingkah laku yg kurang menyenangkn hati anda semua.. aku juga insan biasa, yg pastinya xtrlepas dari melakukan kesilapan.. sedangkan lidah lagi tergigit..

sedikit petikan daripada iLuvislam : 

"Rasulullah sememangnya sebaik-baik ikutan sepanjang zaman. Baginda tidak akan membiarkan umatnya terkapai-kapai dalam lembah kejahilan. Sudah tentu ada panduan dan pedoman yang diselitkan terutamanya dalam mengecap kemanisan Ramadhan.

Pertama, awasi dirimu agar sentiasa menjaga perkara wajib dan fardhu.Andai dulu solat fardhu dilewatkan tapi kini disegerakan ,andai dulu zakat dilupakan tapi kini hadir sebagai penyumbang budiman.Andai dulu puasa ditinggalkan namun kini dicukupkan kiraan.

Kedua, perbanyakkanlah olehmu amalan-amalan sunat yang mampu menampung dosa dan kesumat.Jadikanlah di bulan ini titik mula perubahan. Bila lagi kita ingin bergerak ke arah satu dimensi yang lebih indah iaitu di bawah payung mahabbah Allah.Oleh itu, jadikanlah kitabul Quran sebagai peneman, Qiamullai itu sebagai rutin harian, zikir kepada Allah sebagai bualan dan amalkan sedekah yang berterusan.

Ketiga,hindari dirimu ke jurang perbuatan haram kerana ianya mampu memusnahkan binaan amalan kebaikan. Jagalah hati daripada dikotori, kerana ia adalah raja. Jagalah mata daripada dosa, kerna ianya pemula nestapa. Jagalah mulutmu daripada umpat dan cela kerna ianya punca bahaya. Jangan sesekali kita biarkan anggota kita melakukan maksiat, kerana ianya hanyalah pinjaman. Bila- bila sahaja nikmat ini boleh ditarik. Janganlah kalian berasa hairan kerana ia bukan milik kita yang hakiki tetapi ianya adalah milik Allah yang abadi.

Keempat, elakkanlah dirimu daripada melakukan perkara makruh kerana Allah membencinya. Misalnya, mendedahkan rongga-rongga anggota badan yang terbuka kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti lubang mulut, telinga, hidung dan dubur. Ketika berkumur awasilah jangan berlebih sehingga tertelan.
Terakhir, di bulan yang mulia ini marilah kita menghayati dan meneliti kebesaran Allah yang maha luas. Ucaplah SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebagai tanda kehambaan. Alangkah banyaknya nikmatmu kenapa ramai manusia yang  masih buta akal dan mata hatinya. Daripada penciptaan manusia hinggalah kejadian cakerawala. Daripada ciptaan laut yang luas terbentang hinggalah gunung yang dipasakkan. Andai kita mengkaji kita akan mengerti, semakin kita belajar semakin kita melihat Allah itu maha besar. Namun satu persoalan yang masih belum terlerai. Mengapa Masih Ada Manusia Yang Mendustakan?" - Artikel : iluvislam

Semoga kita dapat menjaga kesihatan kita agar dpt berada didalam tahap yg sempurna seterusnya dpt memperbanyakkn amal ibadah dibulan ramadhan tahun ini.. serta aku berdoa agar dipanjangkan usia kita semua agar dapat bertemu sekali lagi dengan bulan ramadhan ditahun depan 1433H..

Akhir kata.. Salam ramadhan 1432H!! 

Best regard : 
khairulnawawi serta seluruh ahli keluarga

Monday, July 25, 2011

Peraduan Video XPower Cafe – Memang Luar Biasa!


KUALA LUMPUR – LR International Marketing hari ini melancarkan satu peraduan video kreatif bagi mempromosikan produk terbaru keluaran mereka, kopi pracampuran XPower Cafe.
Kopi campuran khas ini mengandungi pelbagai herba berkhasiat selain menggunakan Kopi Arabica berkualiti tinggi sebagai bahan asas utama. Antara herba yang digunapakai ialah beri merah, mengkudu, kayu manis, habbatus sawda, kulit manggis serta beberapa herba berkhasiat tinggi yang lain. Dengan aroma yang harum serta kandungan khasiat yang tinggi, kopi ini akan membekalkan tenaga dan kecergasan untuk memastikan anda kekal aktif sepanjang hari.
Peraduan ini akan dinilai dan diadili oleh sutradara berbakat besar dan selebriti terkenal tanah air, Afdlin Shauki yang juga merupakan Duta Produk XPower Cafe.
Peserta yang ingin mendapatkan kopi XPower  Cafe ini boleh menghubungi 012-541 4096

Berikut merupakan maklumat lanjut tentang peraduan tersebut.
Kategori Hadiah:
Hadiah Pertama x 1 Wang Tunai RM3,000
Hadiah Kedua x 1 Wang Tunai RM2,000
Hadiah Ketiga x 1 Wang Tunai RM1,000
Hadiah Saguhati x 10 Wang Tunai RM100
Kaedah Penyertaan:
  1. ‘Like’ Fanpage XPower Cafe
  2. Rakam klip video (maksima 30 saat) yang memperlihatkan kehebatan ‘XPower Cafe’.
  3. Muat naik video tersebut ke laman Youtube ATAU Vimeo dan emel link tersebut berserta butiran peribadi anda ke contest@xpowercafe.com sebelum 8 Ogos 2011.
  4. Klip video anda akan dinilai mutunya oleh panel hakim bertauliah diketuai oleh selebriti terkenal tanah air Afdlin Shauki.
Syarat-syarat Penyertaan:
  1. Klip video yang dihasilkan mestilah asli.
  2. Kotak “XPower Cafe” mesti diperlihatkan dalam klip berkenaan.
  3. Klip video tidak boleh melebihi 30 saat (tidak termasuk penghargaan seperti nama orang yang terlibat dalam ciptaan video tersebut, pengarah dan sebagainya)
  4. Kebenaran harus diperoleh daripada pihak atau tempat yang dipamerkan dalam klip berkenaan kerana klip yang menjadi juara berkemungkinan akan digunakan untuk tujuan promosi di televisyen.
  5. Klip yang dihasilkan tidak boleh mengandungi elemen lucah, fitnah, ataupun menceroboh hak individu seseorang serta dirakam tanpa kebenaran mereka.
  6. Semua penyertaan akan menjadi hakmilik penganjur peraduan ini (LR International Marketing Sdn Bhd) dan boleh digunakan untuk sebarang aktiviti promosi.
  7. Penyertaan boleh melebihi satu video klip tetapi peserta hanya layak menerima satu hadiah sahaja jika terpilih sebagai pemenang.
  8. Keputusan panel hakim peraduan adalah muktamad. Sebarang rayuan dan/atau surat-menyurat tidak akan dilayan.

Monday, July 11, 2011

DANA KECEMASAN!!!

Anda mungkin pernah mendengar pepatah ini, “Apabila hujan, ia turun dengan lebat!” Ini adalah benar, lebih-lebih lagi dalam masalah kewangan kerana kesan gandaan. Oleh itu, kita dinasihatkan agar menyediakan satu Dana Kecemasan kita sendiri sebelum tsunami kewangan melanda!
Apakah yang dimaksudkan “Dana Kecemasan”?
“Dana kecemasan” biasanya adalah satu dana yang anda cipta untuk membayar perbelanjaan diluar jangkaan.  Sebagai contoh:
  • Tayar-tayar kereta anda perlu ditukar dengan yang baru.
  • Rumah anda penuh dengan anai-anai dan memerlukan rawatan.
  • Anak anda mempunyai masalah apendiks dan memerlukan pembedahan.
  • Gigi geraham anda perlu dicabut.
  • Tiba-tiba syarikat anda bankrap.
Senarai ini boleh berterusan panjangnya dan anda mungkin tidak mengalami hanya satu daripadanya, tetapi kesemuanya serentak! Itulah masanya “hujan lebat”!
Mengapa Saya Perlu Ada “Dana Kecemasan”?
Sepertimana yang dikatakan oleh Forrest Gump dalam filemnya “Life is like a box of chocolates… you’ll never know what you’ll get!” (“Hidup ini seperti sekotak coklat... anda tidak akan tahu apa yang anda akan dapat!”) Kehidupan setiap orang mempunyai turun naiknya, hari cerah dan hari hujan. Apabila anda menyimpan untuk waktu kecemasan, anda melindungi diri anda dan keluarga anda. Anda bersedia untuk situasi-situasi yang tidak diduga, pasa waktu itulah anda memerlukan lonjakan tambahan “Vitamin M” (duit kecemasan).
Amat mudah untuk terperangkap dalam hutang (lebih-lebih lagi hutang kad kredit dan “Ah Long”), jika anda tidak mempunyai duit simpanan. Anda tetap mahu membayar bil dan memastikan hutang kad kredit sentiasa rendah walaupun ketika sesuatu yang tidak diduga berlaku ke atas anda.


Oleh kerana tiada siapa yang tahu masa hadapan, semua orang memerlukan dana kecemasan.
Bagaimana saya boleh menyimpan, sedangkan saya tidak mempunyai banyak duit?
Anda mungkin berfikir yang tiada baki duit yang dapat disimpan selepas membayar semua bil. Ramai orang, tidak kira berapa banyak duit yang mereka ada, mengatakan mereka tidak dapat menyimpan. Itu adalah kerana perbelanjaan biasanya meningkat sehingga ia menggunakan semua duit lebihan anda.
Namun, hanya anda sahaja yang boleh mengubah keadaan ini. Begini caranya:
  • Bayar diri anda sendiri terlebih dahulu
  • Cipta satu “akaun simpanan automatik” yang membolehkan anda mengeluarkannya ketika kecemasan
  • Turunkan perbelanjaan anda dengan hidup secara bijak
  • Tetapkan beberapa syarat untuk menggunakan duit, iaitu syarat yang BENAR-BENAR ketat!
  • Cuba sehingga anda berjaya tetapi jangan putusa asa!!
Apakah yang dimaksudkan “Bayar Diri Anda Sendiri Terlebih Dahulu”?
Pada kebanyakan masa apabila kita mendapat gaji, kita mula membayar untuk itu dan ini, dan kepada orang lain terlebih dahulu, hanya selepas itu kita menyimpan bakinya. Ini adalah terbalik. Ia adalah duit anda dan anda berhak menyimpan sebahagiannya untuk diri dan keluarga anda.
Jangan berputusa asa jika anda hanya dapat menyimpan sedikit. Menyimpan satu Ringgit sehari atau RM10 seminggu, mungkin tidak banyak tetapi dihujung tahun, anda akan mempunyai RM365 atau RM520. Seperti pepatah Melayu ada mengatakan,“Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit!” Adalah lebih baik untuk menyimpan sedikit setiap minggu daripada cuba menyimpan dengan banyak dan gagal.


Jadi, kuncinya ialah menjadikan tabiat menyimpan duit setiap kali mendapat gaji. Apabila anda menyimpan terlebih dahulu, anda akan dapat memastikan perbelanjaan mengikut baki duit yang ada. Jika anda tidak nampak duit, anda tidak berpeluang untuk membelanjakannya. Seperti yang dikatakan, “Out of sight, out of mind!” (“Apa yang tidak dapat dilihat, tiada dalam minda!”).
Berapa banyak yang patut saya simpan?
Sebagai garis panduan, sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda. Walaubagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan selalu. Adalah lebih baik bermula dengan jumlah yang anda selesa dan secara perlahan-perlahan menuju ke arah matlamat itu. Sudah tentu jika anda boleh simpan lebih, itu adalah lebih baik.
Matlamat anda adalah untuk mencipta dana kecemasan yang cukup untuk tiga ke enam bulan perbelanjaan bulanan anda. Anda boleh melakukannya dengan cuba menyimpan perbelanjaan seminggu, kemudian dua minggu dan secara perlahan bertambah kepada sebulan dan seterusnya.
Ingat: Mendapat tabiat meyimpan adalah lebih penting daripada berapa banyak yang anda simpan!


Di manakah saya patut menyimpan “Dana Kecemasan” saya?
Dana kecemasan anda patut disimpan dalam satu akaun yang senang untuk anda keluarkan dalam waktu-waktu kecemasan. Namun ia tidak patut menjadi terlalu senang untuk anda menggunakannya dengan sesuka hati anda. Anda mungkin memilih untuk membuka Akaun Simpanan dengan bank tetapi memilih untuk tidak memiliki kad ATM. Alternatifnya, anda juga boleh memilih untuk melabur sebahagian darinya ke dalam dana Amanah Saham kerajaan. Pilih dana yang memastikan keselamatan kepada kapital anda sementara memberikan pulangan yang berpatutan.
Apabila anda mendapat pendapatan, ingat untuk membayar diri anda sendiri terlebih dahulu. Cara yang mudah untuk melakukan ini ialah dengan berdaftar dengan skim potongan gaji. Anda boleh mengarahkan majikan anda atau bank anda untuk menyimpan sebahagian daripada gaji anda ke dalam akaun simpanan/amanah saham anda setiap bulan. Ingat bahawa akaun ini adalah untuk kecemasan sahaja dan seboleh yang mungkin, anda tidak akan menggunakannya untuk tujuan lain!
Bagaimana saya boleh tahu bila “Dana Kecemasan” dapat digunakan?
Keputusan ini bergantung pada situasi anda. Anda perlu memikirkan hal ini dengan lebih awal. Masih ingatkah perbincangan kita tentang menetapkan syarat? Buat beberapa syarat untuk situasi yang anda boleh gunakan duit ini, supaya anda tidak membazirkannya. Kemudian patuhi syarat-syarat anda sendiri!
Soalan-soalan berikut mungkin boleh membantu anda dalam menetapkan beberapa syarat:
  • Adakah perbelanjaan ini satu Keperluan atau Kehendak?
  • Adakah saya benar-benar perlu membelinya hari ini?
  • Apa yang akan berlaku jika saya tidak membelanjakannya sekarang?
  • Bolehkah saya mendapat pengganti yang lebih murah?
  • Adakah cara lain untuk saya membayar perbelanjaan ini tanpa perlu berhutang?
  • Jika saya menggunakan duit ini hari ini, bagaimana perasaan saya tentang keputusan
    saya ini pada bulan depan?


Sentiasa ingat bahawa ini adalah “Dana Kecemasan” anda dan jika ia bukan kecemasan, anda tidak akan menyentuhnya! Tiada alasan!
Kesimpulan
Terdapat satu lagi pepatah Melayu yang mengatakan bahawa kita patut sediakan payung sebelum hujan. “Dana Kecemasan” ini adalah payung kita dan pastikan ia cukup besar untuk melindungi anda apabila hujan (tetapi pastikan tidak ada kebocoran!)
Jadi, mula bina dana ini sekarang dan ia mungkin penyelamat anda suatu hari nanti.


SUMBER : AKPK

Monday, May 23, 2011

AL-QUR'AN PENAWAR KEGELISAHAN JIWA



SETIAP insan pasti mahukan kesenangan, kesejahteraan, kenikmatan dan keselesaan. Tidak ada sesiapa yang mahu hidupnya dipenuhi kesusahan, kesengsaraan dan diselubungi masalah berpanjangan.

Kadangkala atas sebab tertentu seseorang itu mengalami bermacam masalah penyakit jiwa seperti tekanan perasaan, runsing, resah gelisah dan lebih parah lagi boleh menyebabkan seseorang tidak dapat membuat pertimbangan dengan betul.

Sebenarnya apabila kita merujuk kepada al-Quran, memang dijelaskan sebab penyakit itu berlaku antaranya seseorang itu tidak dapat menerima ujian Allah.

Contoh, apabila seseorang itu diberikan ujian oleh Allah sama ada berbentuk kesusahan, bala bencana seperti banjir, kemarau, kebakaran, kemiskinan, kematian atau penyakit, maka jiwanya akan mula gelisah dan berkeluh kesah.

Begitu juga apabila Allah mengurniakan nikmat berupa kekayaan kepadanya, maka timbul sikap bakhil atau kedekut dalam dirinya untuk menolong orang yang memerlukan bantuan.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang, iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.”
(Surah al-Ma’arij, ayat 19-23)

Tekanan perasaan juga berlaku disebabkan seseorang itu tidak mengingati Allah, kurang menghayati dan melaksanakan ajaran agama. Mereka lebih mementingkan tuntutan hawa nafsu semata-mata tanpa mempedulikan keperluan rohaniah.

Mereka lebih suka berhibur dan melupakan amal salih yang menjurus kepada takwa seperti solat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Maka tidak mustahil insan sebegini akan mudah mengalami penyakit jiwa atau tekanan perasaan.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan siapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit (resah gelisah dan tidak tenteram jiwanya) dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta (meraba-raba dalam kesesatan seperti keadaannya di dunia).”
(Surah Thaha, ayat 124)

Amat mendukacitakan pada masa ini ada kalangan umat Islam mengabaikan pendidikan al-Quran, tidak mengikut petunjuk dan bimbingan al-Quran dalam urusan kehidupan mereka, apatah lagi menggunakannya sebagai penawar mengubati penyakit jiwa yang mereka alami.

Ada antara kita cuba menyelesaikan masalah dengan cara bertentangan syarak seperti berjudi, meminum arak dan mengambil dadah. Bahkan ada menjadikan orang lain sebagai tempat melepaskan geram seperti melakukan penderaan terhadap isteri atau anak, memukul atau membunuh orang dan berkemungkinan juga bertindak membunuh diri sendiri.

Semua itu dilakukan kerana mereka beranggapan dengan cara begitu saja permasalahan mereka dapat diatasi. Hakikatnya, perlakuan sebegitu hanya akan menambahkan lagi kekusutan jiwa atau tekanan perasaan.

Sesungguhnya, bagi memperoleh suasana hidup aman damai, sejahtera, harmoni dan tenang jiwa, agama Islam menggariskan panduan yang sangat berkesan untuk merawat penyakit jiwa atau tekanan perasaan, antaranya:

1.  SENTIASA BERZIKIR (MENGINGATI ALLAH).

Allah berfirman yang bermaksud:
“…(Allah) memberi petunjuk ke jalan agama-Nya, sesiapa yang rujuk kepada-Nya; (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
(Surah al-Ra’d, ayat 27-28)

2.  MELAKSANAKAN SEGALA PERINTAH ALLAH DENGAN MENGERJAKAN SURUHAN DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGAN-NYA.

Firman Allah yang bermaksud:
“Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya) serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami memberikan kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil daripada berbuat kebajikan dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan (neraka).”
(Surah al-Lail, ayat 5-10)

3.  MENYUCIKAN JIWA DENGAN MENJAUHI DARIPADA SEGALA SIFAT MAZMUMAH (SIFAT YANG TERCELA) SEPERTI HASAD DENGKI, FITNAH, TAKBUR (MENYOMBONG DIRI), RIAK, MENGUMPAT DAN TERLALU CINTAKAN DUNIA.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih itu – susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat.”
(Surah al-Syam, ayat 9-10)

Sesungguhnya kekuatan iman berperanan sebagai benteng dalam mengharungi cabaran kehidupan di dunia ini. Oleh itu, dengan kembali kepada ajaran agama dan mengamalkannya jiwa manusia akan terselamat daripada kegelisahan dan kekusutan.

Jangan disebabkan terlalu sibuk mengejar kesenangan dan kemewahan dunia mengakibatkan kita lupa kepada agama. Sesungguhnya Allah memberikan jaminan bahawa manusia yang ikhlas melaksanakan segala ajaran-Nya akan mempunyai hati dan jiwa yang tenteram.

Sama-samalah berdoa semoga Allah sentiasa memberikan kepada kita kehidupan aman, tenteram dan jiwa yang tenang.


Sumber: Carian google

Tuesday, April 26, 2011

Gold Investment4u: Forecast Gold/Silver - April 25

Gold Investment4u: Forecast Gold/Silver - April 25: "Trend pada minggu ini 25 april-29 april...Trend pada pembukaan market pada hari Isnin berkemungkinan besar dalam keaadan thin trading dis..."

GOLD
Target seterusnya adakah pada paras 1515 - 1525
Spot pd minggu ini trend pasaran sideways , mid term bullish...current pivot 1446

UPTREND - 1508 - 1510 break off 1512-1515 highest 1520 -1525 new test area
DOWNTREND - 1505 -1495 Break off 1488-1477 lowest 1466 -1450

SILVER
Silver market untuk minggu ini sideway mid term still bullish TA short correction akan berlaku..sebelum kembali in uptrend position .

UPTRENDT - target area - 47.000 - 47.500 break off 48.000 - 48.500 new test area 49.000
DOWNTREND - support area 45.000 -44.600 break off 43.500 - 42.000 lowest 41.000

Friday, April 22, 2011

Seminar Hartanah!!

Salam kenkawan,


Member aku ada buat "talk" pasal hartanah...sesaper yg minat bleh laa join...


Dapatkan Rahsia Sebenar Mengenai Pelaburan Hartanah daripada Otai yg berpengalaman dalam bidang nih dan telah mempunyai lebih daripada 80 ekar ladang getah / rumah sewa / pembelian hartanah yg mampu menjana sehingga 100% return / Membeli rumah dengan modal yg plg minima sekali..


Jangan biarkan diri anda membazirkan wang beribu - ribu semata - mata untuk mempelajari selok - belok pelaburan hartanah, atau melakukan kesilapan dengan membeli rumah yang memberikan bebanan kpd kewangan ibarat menanggung biawak hidup.


Tahukah anda :-


-Bagaimana cara untuk mendapatkan rumah pada harga di bawah pasaran (below market price)


-Bagaimana anda boleh menjual semula rumah yang anda beli dalam tempoh yang singkat & cepat (lebih kurang 2 minggu sahaja)


-Bagaimana mendapatkan pulangan pelaburan (ROI) sehingga 100% setahun


-Bagaimana kiraan kos kontraktor untuk membuat pembaikan/ubahsuai rumah


-Bagaimana menceburi pelaburan hartanah sedangkan simpanan anda terhad


-Bagaimana kiraan kos peguam dalam pembelian rumah


-Bagaimana membeli hartanah secara tunai tanpa menggunakan pinjaman bank


-Bagaimana mengelakkan daripada ditipu oleh pihak ketiga dalam proses pembelian rumah


-Apakah aspek² penting yang perlu diketahui sebelum & selepas pembelian rumah


Semua ini akan dibentangkan di dalam “Seminar Pelaburan Hartanah” & sebagai pengenalan


kami mengadakan “MiniTalk” yang akan menerangkan secara ringkas (PREVIEW) mengenai seminar ini.


Lokasi:-

SyargaProperty Expert & Consultant Sdn Bhd

Cawangan Kajang: Unit H-22-1B Jalan Prima 2/D Taman Prima Saujana, 43000 Kajang Selangor

Cawangan Shah Alam: No 83A Jalan Snuker 13/28 Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor


Susah sangat xpe, kami datang kpd anda : set tempat dan masa.. bayaran hanya RM 10 aje untuk preview nih.. xrugi pon.. klw nk dibandingkan dengan sekotak DUNHILL huhuu2..


Bagaimana untuk menyertai “Mini Talk” ini:-


Buat bayaran RM 10. Boleh dibuat sama ada menerusi online banking atau ATM. Kami sediakan 3 akaun bank untuk tujuan pembayaran ini.


Maybank : 1621 8832 7429

CIMB : 14250 005212053

RHB : 1-18011-0000140-6


Sila buat bayaran atas Nama ” Erwan Nur Ali”

atau:-

acc Maybank 562414 007713 atas nama "Syarga Trading"

Simpan rekod pembayaran yang telah dibuat untuk rujukan pihak kami.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya (012 - 541 4096) untuk penjelasan lanjut

Tuesday, March 29, 2011

PENGURUSAN KEWANGAN


LANGKAH 1 – MENENTUKAN MATLAMAT KEWANGAN ANDA

Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.


LANGKAH 2 – MENJEJAKI KEMANA PERGINYA WANG ANDA

Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat anda mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini, anda dapat mengetahui:

•Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
•Berapa banyak hutang anda setiap bulan
•Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan


LANGKAH 3 – MENILAI TABIAT BERBELANJA ANDA

Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda. Perhatikan sama ada:
 
Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasaAnda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lamaHutang anda lebih besar daripada pendapatanAnda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak


LANGKAH 4 – MENULIS RANCANGAN PERBELANJAAN ANDA

Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana duit anda dibelanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:
 
Tentukan jumlah pendapat bulanan andaTambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lainKetepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan. 


Tuesday, March 22, 2011

Keaiban Yang Ditutup Allah

Keaiban Yang Ditutup Allah

Kita merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kepada orang lain, melainkan jika hati kita sudah sekeras batu. Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang sembunyi-sembunyi. Dosa yang tak siapa tahu melainkan kita, dan Allah.

Dari An Nawas bin Sam’an RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya.” (HR Muslim)

Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu takkan ada siapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membukakan segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya takkan adapun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita.

Bacaan penuh sila klik

Wednesday, March 2, 2011

GOLD INVESTMENT: INFLASI TU APE EK?

GOLD INVESTMENT: INFLASI TU APE EK?: "SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA Pernahkah anda mendengar perkataan Inflasi? apa sebenarnya inflasi tu? ish serabut betolkan.. nape la ..."

Monday, February 28, 2011

11 formula kejayaan by irfan khairi



11 Formula Kejayaan!

oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb


1: Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3: Tulis matlamat anda

Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi

Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.

5: Cermin kan diri sendiri

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.


6: Tetapkan deadline

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7: Ketahui rintangan

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

8: Ilmu tambahan

Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.

9: Perancangan

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.

10: Bina gambaran

“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

11: Janji pada diri sendiri…

Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

Kesimpulan

Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.

Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.

Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!

*****************

Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.