Showing posts with label kewangan. Show all posts
Showing posts with label kewangan. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

PENGURUSAN KEWANGAN


LANGKAH 1 – MENENTUKAN MATLAMAT KEWANGAN ANDA

Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.


LANGKAH 2 – MENJEJAKI KEMANA PERGINYA WANG ANDA

Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat anda mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini, anda dapat mengetahui:

•Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
•Berapa banyak hutang anda setiap bulan
•Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan


LANGKAH 3 – MENILAI TABIAT BERBELANJA ANDA

Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda. Perhatikan sama ada:
 
Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasaAnda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lamaHutang anda lebih besar daripada pendapatanAnda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak


LANGKAH 4 – MENULIS RANCANGAN PERBELANJAAN ANDA

Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana duit anda dibelanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:
 
Tentukan jumlah pendapat bulanan andaTambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lainKetepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan. 


Thursday, December 16, 2010

Fikir Dahulu Sebelum Melabur

FAKTA: Pernah Dicatatkan Lebih
88, 000 Kakitangan Awam Terjebak Dengan Skim Cepat Kaya!
 
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..
Tajuk diatas merupakan satu fakta yang benar.. 

"Biar betul! Ramainya.. Amat menakutkan statistik yang diberikan ini bukan? Mengapa ianya berlaku? Ini kerana golongan ini merupakan golongan yang mudah mendapat pinjaman/hutang dengan bank, jadi dengan mudah juga pihak - pihak yang penganjur skim cepat kaya ini memujuk dan memperdayakan mereka. 
Mereka diperdaya membuat pinjaman bank berpuluh - puluh ribu ringgit untuk menyertai skim mengarut yang kononnya mampu menjadikan mereka jutawan dengan segera. Inilah orang kita, mahu kaya dengan segera tanpa berusaha...Walaupun anda menafikan kata - kata ini, tapi itulah kebenarannya.... " - Jamaluddin Bahari.

Sebelum terlambat, dengan rendah diri saya ingin menyedarkan diri saya dan sahabat - sahabat semua, usahlah terjebak dalam skim - skim cepat kaya di internet ini. Kelak malapetaka akan menimpa anda... 

Sebelum membuat sebarang pelaburan adalah dinasihatkan agar anda menjalankan siasatan / kajian yang mendalam terlebih dahulu mengenai sebarang bentuk skim / pelaburan seperti membuat semakan dengan Bank Negara sila klik untuk melihat syarikat yang telah disenarai hitam / dlm siasatan BNM.

Sedikit Tips : 
1. Elakkan melabur di dalam skim yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan tanpa perlu bersusah payah.
2. Elakkan melabur sekiranya anda diminta untuk membuat keputusan dlm jangka masa yang singkat.
3. Elakkan melabur sekiranya sekiranya terdapat unsur-unsur bonus tajaan, bonus rekrut orang ataupun ala-ala MLM di dalam syarikat berkenaan.
4. Elakkan melabur sekiranya ada syarikat menerapkan unsur-unsur sentimen
seperti keagamaan, bangsa etc. untuk menarik anda menyertai mereka.
5. Jangan menandatangani borang pinjaman kosong.
6. Elakkan melabur didalam skim yang tidak jelas dan tidak difahami oleh anda.
7. Jangan terpedaya dengan kemewahan yang ditunjukkan seperti mempamerkan kenderaan mewah / rumah etc.
8. Dapatkan nasihat daripada mereka yang berkaitan dan berpengalaman.

Ingatlah tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha. Fikir dahulu sebelum membuat pelaburan.

"Anda adalah orang yang serupa pada hari ini dan 5 tahun akan datang kecuali 2 perkara, buku yang anda baca dan orang yang anda temui." -Charlie Jones-
Fakta : buletin utama 15 dis 2010: jumlah keseluruhan kes muflis bagi tempoh lima tahun lepas adalah sebanyak 87,583 menurut Datuk Liew Vui Keong sila klik.

dapatkan tips untuk menghasilkan E-book : sila klik  

"Just My 2cent Article"
sekian..