Showing posts with label emas. Show all posts
Showing posts with label emas. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

PENGURUSAN KEWANGAN


LANGKAH 1 – MENENTUKAN MATLAMAT KEWANGAN ANDA

Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.


LANGKAH 2 – MENJEJAKI KEMANA PERGINYA WANG ANDA

Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat anda mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini, anda dapat mengetahui:

•Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
•Berapa banyak hutang anda setiap bulan
•Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan


LANGKAH 3 – MENILAI TABIAT BERBELANJA ANDA

Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda. Perhatikan sama ada:
 
Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasaAnda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lamaHutang anda lebih besar daripada pendapatanAnda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak


LANGKAH 4 – MENULIS RANCANGAN PERBELANJAAN ANDA

Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana duit anda dibelanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:
 
Tentukan jumlah pendapat bulanan andaTambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lainKetepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan. 


Friday, October 8, 2010

MENTOR JUTAWAN

Salam 1 malaysia kepada semua sahabat sekalian.

Bersyukur kita kehadrat ilahi diatas nikmat yang diberikan.

Di sini saya ingin berkongsi sebuah berita baik kepada mereka tercari-cari jawapan kepada "Bagaimana hendak jadi kaya?"
buat pengetahuan anda semua terdapat sebuah e-book yang sangat bernilai yang mana diharapkan ianya dapat membantu anda semua.

Melalui e-book ini anda dapat mempelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Mentor Jutawan Malaysia!
sila klik pada link http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=d935b751
untuk mendapatkan maklumat lanjut sekarang!!!



"Kini, mentor usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!"


"Bayangkan anda boleh duduk bersemuka dengan kesemua ikon jutawan ini dan mereka mendedahkan mutiara-mutiara ilmu satu demi satu kepada anda!

Bayangkan setiap jutawan ini membantu anda meledakkan pendapatan anda- hanya satu kunci yang disampaikan boleh melipatkali gandakan pendapatan anda. Tetapi, di sini, anda akan memperolehi seratus satu kunci kejayaan!"


"Untuk berjaya anda tidak semestinya mempunyai seorang mentor yang memantau dan sentiasa berada disisi anda memberikan bimbingan." - Irfan Khairi


Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
+Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
+Azizi Ali, Jurulatih jutawan
+Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
+Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
+Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
+Dato’ Hussamuddin, Pengasas Karangkraf
+Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan
+Irfan Khairi, Jutawan Internet


Sekian.

best regard,

MKNK

admin : www.khairulnawawi.blogspot.com
http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=d935b751