Friday, December 24, 2010

BAHAYA KAHWIN DENGAN PROGRAMMER.. PENTING!!

Hahha2.. mcm suspen aje bunyi tajuknyer ek.. 
uikkss sebelom tu lupa plak.. 

SALAM 1 MALAYSIA, 

Hari ini saje aku nk kongsikan 1 lawak jenaka yang mungkin boleh menghiburkan hati anda yang sedang berduka lara hahah2... 

Lawak ni aku jumpa semasa melawat beberapa blog n web site.. ni linknyer.. klw rajin --> klik ek..
k la u all layanzzz..

"Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.
Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?
Isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found...
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied...
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters...
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It's by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use ... Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus. " - from www.pengantin.com.my








Tuesday, December 21, 2010

DOBI OH DOBI

SALAM 1 MALAYSIA..

Pada hari sabtu 18 disember 2010 yang lalu, aku dan adik ku telah menghadiri satu kursus berkenaan perniagaan dobi di seri kembangan.
Kursus yang dijalankan bermula pada 10am hingga 4pm tu sangat berguna kepada bakal usahawan dobi. Tajuk kursus adalah - Pelan Perancangan Dan Praktikal Pengendalian Sebuah Kedai Dobi. Pelbagai isu dan tips telah dikongsikan oleh En. Zam.

Insya allah jika tiada aral pada jan / feb 2011 aku akan membuka sebuah kedai dobi. Diharapkan kedai dobi ku akan terus maju. Insya allah.





Friday, December 17, 2010

PINJAMAN PERIBADI, KELAYAKAN 80%..






AKU ADA BERITA BAIK.. KEPADA KAKITANGAN AWAM YANG BERMINAT UTK MEMBUAT PINJAMAN PERIBADI / OVERLAP, SILA CALL 012 - 541 4096.
KELAYAKAN PINJAMAN 80% DARIPADA GAJI!!!. APA 80%? GILE APE!!
HA BETOI, SO KLW GAJI ANDA RM 2,000 ANDA LAYAK MEMINJAM SEHINGGA RM 200,000, POTONGAN MELALUI ANGKASA.

P/S : Gunakan lah pinjaman ini kearah kebaikan.
2 jenis pinjaman
1 - Pinjaman yang mendatangkan keburukan
     KESANNYA :
                            - Hidup dengan membayar hutang hingga ke mati..
                            - Keluarga anda porak poranda disebabkan masalah tak cukup duit
                               Anda nak beli itu tak mampu, beli ini tak mampu….
                            - Mungkin mencari wang secara jalan haram untuk menampung hidup..

2 - Pinjaman yang memberikan / mendatangkan kebaikan serta pulangan yang lumayan. Anda hanya perlu memilih instrument pelaburan yang selamat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh bank negara sila klik untuk semakan. Melaburlah menggunakan akal bukannya nafsu semata2..

Pilihan ditangan anda. Anda menentukan masa depan anda. Last but not least, hidup tenang walaupun berhutang.. hehe2..

Contoh hutang kearah kebaikan :
Membuat pelaburan yang baik seperti membeli unit saham ASB, Unit Amanah, membeli hartanah, Gold Bar, ternakan yang mempunyai market yg luas seperti lembu / kambing / rusa etc..
Wassalam..

Thursday, December 16, 2010

Fikir Dahulu Sebelum Melabur

FAKTA: Pernah Dicatatkan Lebih
88, 000 Kakitangan Awam Terjebak Dengan Skim Cepat Kaya!
 
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..
Tajuk diatas merupakan satu fakta yang benar.. 

"Biar betul! Ramainya.. Amat menakutkan statistik yang diberikan ini bukan? Mengapa ianya berlaku? Ini kerana golongan ini merupakan golongan yang mudah mendapat pinjaman/hutang dengan bank, jadi dengan mudah juga pihak - pihak yang penganjur skim cepat kaya ini memujuk dan memperdayakan mereka. 
Mereka diperdaya membuat pinjaman bank berpuluh - puluh ribu ringgit untuk menyertai skim mengarut yang kononnya mampu menjadikan mereka jutawan dengan segera. Inilah orang kita, mahu kaya dengan segera tanpa berusaha...Walaupun anda menafikan kata - kata ini, tapi itulah kebenarannya.... " - Jamaluddin Bahari.

Sebelum terlambat, dengan rendah diri saya ingin menyedarkan diri saya dan sahabat - sahabat semua, usahlah terjebak dalam skim - skim cepat kaya di internet ini. Kelak malapetaka akan menimpa anda... 

Sebelum membuat sebarang pelaburan adalah dinasihatkan agar anda menjalankan siasatan / kajian yang mendalam terlebih dahulu mengenai sebarang bentuk skim / pelaburan seperti membuat semakan dengan Bank Negara sila klik untuk melihat syarikat yang telah disenarai hitam / dlm siasatan BNM.

Sedikit Tips : 
1. Elakkan melabur di dalam skim yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan tanpa perlu bersusah payah.
2. Elakkan melabur sekiranya anda diminta untuk membuat keputusan dlm jangka masa yang singkat.
3. Elakkan melabur sekiranya sekiranya terdapat unsur-unsur bonus tajaan, bonus rekrut orang ataupun ala-ala MLM di dalam syarikat berkenaan.
4. Elakkan melabur sekiranya ada syarikat menerapkan unsur-unsur sentimen
seperti keagamaan, bangsa etc. untuk menarik anda menyertai mereka.
5. Jangan menandatangani borang pinjaman kosong.
6. Elakkan melabur didalam skim yang tidak jelas dan tidak difahami oleh anda.
7. Jangan terpedaya dengan kemewahan yang ditunjukkan seperti mempamerkan kenderaan mewah / rumah etc.
8. Dapatkan nasihat daripada mereka yang berkaitan dan berpengalaman.

Ingatlah tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha. Fikir dahulu sebelum membuat pelaburan.

"Anda adalah orang yang serupa pada hari ini dan 5 tahun akan datang kecuali 2 perkara, buku yang anda baca dan orang yang anda temui." -Charlie Jones-
Fakta : buletin utama 15 dis 2010: jumlah keseluruhan kes muflis bagi tempoh lima tahun lepas adalah sebanyak 87,583 menurut Datuk Liew Vui Keong sila klik.

dapatkan tips untuk menghasilkan E-book : sila klik  

"Just My 2cent Article"
sekian..

Thursday, December 2, 2010

JERSEY CLUB 2010/2011GRED "AAA" SHORT SLEEVE

salam 1 malaysia..

Jika anda ingin mendapatkan jersi pada harga yang murah sila info saya. Kami sedia menerima tempahan untuk mana2 pasukan atau individu..

sila SMS saya 012 - 541 4096

lawati artlinecrew untuk maklumat lanjut.

best regards
khairulnawawi

Monday, November 15, 2010

Friday, October 22, 2010

INFLATION RATE

In mainstream economics, the word “inflation” refers to a general rise in prices measured against a standard level of purchasing power. Previously the term was used to refer to an increase in the money supply, which is now referred to as expansionary monetary policy or monetary inflation. Inflation is measured by comparing two sets of goods at two points in time, and computing the increase in cost not reflected by an increase in quality. There are, therefore, many measures of inflation depending on the specific circumstances.

The most well known are the CPI which measures consumer prices, and the GDP deflator, which measures inflation in the whole of the domestic economy.The prevailing view in mainstream economics is that inflation is caused by the interaction of the supply of money with output and interest rates. Mainstream economist views can be broadly divided into two camps: the "monetarists" who believe that monetary effects dominate all others in setting the rate of inflation, and the "Keynesians" who believe that the interaction of money, interest and output dominate over other effects. Other theories, such as those of the Austrian school of economics, believe that an inflation of overall prices is a result from an increase in the supply of money by central banking authorities.

Related concepts include: deflation, a general falling level of prices; disinflation, the reduction of the rate of inflation; hyper-inflation, an out-of-control inflationary spiral; stagflation, a combination of inflation and poor economic growth; and reflation, which is an attempt to raise prices to counteract deflationary pressures.
source: wikipedia
http://www.tradingeconomics.com/

Friday, October 8, 2010

MENTOR JUTAWAN

Salam 1 malaysia kepada semua sahabat sekalian.

Bersyukur kita kehadrat ilahi diatas nikmat yang diberikan.

Di sini saya ingin berkongsi sebuah berita baik kepada mereka tercari-cari jawapan kepada "Bagaimana hendak jadi kaya?"
buat pengetahuan anda semua terdapat sebuah e-book yang sangat bernilai yang mana diharapkan ianya dapat membantu anda semua.

Melalui e-book ini anda dapat mempelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Mentor Jutawan Malaysia!
sila klik pada link http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=d935b751
untuk mendapatkan maklumat lanjut sekarang!!!



"Kini, mentor usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!"


"Bayangkan anda boleh duduk bersemuka dengan kesemua ikon jutawan ini dan mereka mendedahkan mutiara-mutiara ilmu satu demi satu kepada anda!

Bayangkan setiap jutawan ini membantu anda meledakkan pendapatan anda- hanya satu kunci yang disampaikan boleh melipatkali gandakan pendapatan anda. Tetapi, di sini, anda akan memperolehi seratus satu kunci kejayaan!"


"Untuk berjaya anda tidak semestinya mempunyai seorang mentor yang memantau dan sentiasa berada disisi anda memberikan bimbingan." - Irfan Khairi


Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
+Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
+Azizi Ali, Jurulatih jutawan
+Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
+Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
+Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
+Dato’ Hussamuddin, Pengasas Karangkraf
+Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan
+Irfan Khairi, Jutawan Internet


Sekian.

best regard,

MKNK

admin : www.khairulnawawi.blogspot.com
http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=d935b751




Wednesday, October 6, 2010

7 Perkara Tahyul Dalam Pelaburan

As salam, setelah membelek-belek beberapa blog aku ade terjumpa satu artikel yang aku rasa berguna dan bermanfaat utk menjadi pedoman dan peringatan kepada kita semua
dipetik daripada www.pakdi.net

Kita semua adalah manusia biasa. Ada buat salah dan silap. Apa yang penting jangan sampai buat perkara yang menjadi dosa besar. Antara dosa besar adalah kita percaya perkara tahyul, iaitu perkara yang karut-marut ini.

Apabila kita mempunyai tanggapan yang tidak betul, maka kita akan silap dalam langkah seterusnya tidak akan buat untung dalam pelaburan. Maklumlah, ada sahaja idea dan kefahaman salah yang kita pegang.

1. Percaya ada produk pelaburan paling sempurna

Beli hari ni, tutup mata, tidur, esok lusa untung. Amboi amboi …

Cari bidang pelaburan yang anda faham. Misalnya, pasaran saham sifatnya cair. Er, mudah nak beli dan jual semula. Walaupun begitu, saham yang dibeli boleh jadi tidak bernilai walaupun harganya tinggi sewaktu kita beli.

Bukan saham, emas, hartanah, pasaran hadapan, MLM dan sebagainya yang jadikan kita kaya, tetapi apa yang kita tahu mengenai bidang-bidang tersebut yang menjadikan kita berduit.

2. Percaya ada teknik pelaburan paling sempurna

Sudahlah mahu cari produk yang paling sempurna, mahu pula tahu teknik pelaburan yang paling hebat. Sedangkan, tidak ada teknik pelaburan yang sempurna.

Walaupun rumah lelong dibeli dengan harga di bawah harga pasaran, tetapi jika kita tidak buat site inspection terlebih dahulu tidak mustahil kita beli rumah yang sudah rosak teruk. Apa yang kita perlu buat adalah cari teknik yang kita faham, bukannya holy grail system.

3. Percaya sifu sentiasa betul, jadi ikut sahaja

“Hari ni sifu beli CPO harga berapa?”

Warren Buffett, manusia paling kaya hanya dengan aktiviti pelaburan pun pernah buat silap dengan kerugian beratus US$ juga. Sifu juga manusia biasa. Cumanya, perbezaan utama anak murid dan sifu adalah …

4. Percaya cara masuk (entry) lebih penting dari keluar (exit strategy)

Pelabur professional sentiasa ada jalan untuk keluar, baik ketika rugi mahupun ketika untung. Masuk cukup cuma satu pintu, tetapi untuk keluar mesti ada banyak pintu. Malangnya, ramai dari kita hanya berminat mahu tahu yang mana satu pintu masuk tetapi pintu keluar langsung tidak mahu ambil tahu.

Jangan beli beli dan beli sahaja tetapi tidak tahu bagaimana untuk jual.

Ya, exit strategy adalah lebih penting dari entry strategy. Semua orang boleh beli, tetapi bukan semua orang boleh beli dan jual semula dengan keuntungan.

5. Percaya high risk mesti high return

Saya pemalu orangnya bila masuk bab memasak (ayat cover untuk beritahu saya tidak pandai masak). Adakah patut Istana Negara melantik saya menjadi chef untuk majlis santapan diRaja? Orang kata high risk high return bukan ?

Risiko ditentukan sejauh mana kita faham dengan sesuatu pelaburan dan bagaimana kita menguruskan risiko.

6. Mesti sentiasa optimis. Fikir untung untung untung.

Betul, kita melabur untuk buat untung. Tidak ada orang melabur untuk rugi.

Sesungguhnya untuk menjadi pelabur yang berjaya, kita perlu fikir yang buruk-buruk dahulu kemudian baru fikir yang untung. Sekiranya kita terus fikir yang untung-untung sahaja, kita akan dikuasai emosi; emosi pula adalah satu alam misteri.

7. Orang lain akan fikirkan pelaburan saya

Jangan perasan. Tiada siapa fikirkan mengenai diri kita.

Cuba fikir semula, bila kita menatap gambar kita yang diambil beramai-ramai dengan rakan kita, wajah siapa yang kita cari dulu? Diri sendiri, Sudin, Hawa atau Tom ?

Kita pun tak tengok orang lain dulu dan peliknya, kita berharap pula orang lain tengok diri kita dulu. Begitu juga dalam pelaburan. Orang lain tidak ambil peduli mengenai kita melainkan kita ada sesuatu untuk mereka.

Be in control of your own investment.
--------------
Catatan: Pakdi
Penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang
www.pakdi.net




Tuesday, August 10, 2010

NIAT PUASA RAMADHAN











"SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN 1431H"



Monday, August 9, 2010

HUKUM PELABURAN ASB

HUKUM MELABUR DALAM

AMANAH SAHAM BUMIPUTRA (ASB)

Pendahuluan:

Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah satu jenis saham amanah yang bertujuan untuk membantu kaum Bumiputra meningkatkan ekuiti mereka dalam kekayaan negara. Caranya ialah dengan mengumpulkan dana dari kaum bumiputra untuk dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang menguntungkan. Malah berbagai inisiatif telah dilakukan bagi menjadikan pelaburan berkenaan sangat menguntungkan, termasuk dengan menggunakan hak istimewa kaum bumiputra sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Sebagaimana maklum, pegangan kaum bumiputra dalam kekayaan negara berada pada paras yang sangat rendah berbanding dengan sesetengah kaum di negara ini. Antara sebabnya ialah kedudukan ekonomi kaum Bumaputra telah diabaikan begitu lama sekali oleh kaum penjajah, sementara beberapa pihak lain mendapat peluang yang jauh lebih baik berasaskan polisi penjajahan yang begitu lama sekali diamalkan dalam Negara ini.

Sehingga hari kemerdekaan, ekuiti kaum Bumiputra dalam kekayaan Negara boleh dikatakan sebagai kosong peratus. Bagi mengatasi keadaan yang sangat tidak adil ini kerajaan telah menetapkan pencapaian 30% bagi kaum bumiputra melalui Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan di Negara ini. Salah satu daripada program yang dilaklsanakan bagi memenuhi agenda Dasar Ekonomi Baru berkenaan nialah skim amanah untuk Bumiputra yang di namakan ASB ini.

Sejak mula ia dilancarkan, skim amanah ini telah memainkan paranan yang berkesan, di samping berbagai skim lain lagi dalam mempertingkatkan pegangan ekuiti kaum Bumiputra di Negara ini. Walaupun matlamat 30% belum dicapai sehingga Daras Ekonomi Baru sudah tamat tempohnya namun kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan sudah mempunyai tapak untuk berpijak dalam ekonomi Negara. Sehingga pada suatu peringkat matlamat itu hampir dapat dicapai dengan sepenuhnya.

Malangnya kekalutan ekonomi dunia pada akhir tahun sembilan-puluhan telah meninggalkan kesan buruk kepada pegangan ekuiti kaum bumiputra di Negara ini. Malaysia sendiri sebagai sebuah Negara mengalami kesan negatif yang parah daripada kemelut yang datang secara mendadak itu. Namunkesan buruk itu dapat diatasi dengan jayanya. Lain ceritanya tentang kaum Bumiputra. Sudahlah matlamat 30% belum tercapai, apa yang sudah dicapai pun tidakdapat dipertahankan. Sebelum ekonomi dunia merudum kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan telah mencapai lebih 20% dari keseluruhan kekayaan Negara. Malangnya angka tersebut telah menjadi kurang daripada 20% selepas kerisis berkenaan. Sampai kehari ini ternampak sukar sekali angka tersebut untuk ditingkatkan. Salah satu daripada sebabnya ialah sikap negatif kaum Bumiputra sendiri dalam hal ekonomi dan kewangan.

Menyedari pentingnya pencapaian matlamat 30% ekuiti Negara oleh kaum Bumiputra ini, bukan sahaja untuk mereka tetapi jugauntuk kestabilan Negara, kerajaan telah menegaskan semula untuk mencapai angka tersebut melalui berbagai cara dalam tempoh pelaksanaan wawasan 2020. Antara acara tersebut ialah melanjutkan program-program amanah seperti ASB ini.

Permasalahan

Walau bagaimana pun, pelaksanaan skim amanah ASBini dengan segala cara dan objektif yang ada menghadapi berbagai rintangan termasuk daripada kaum Bumiputra sendiri. Antara rintangan tersebut ialah persoalan tentang hukum menyertainya dalam Islam. Ada terdapat dikalangan umat Islam di Negara ini yang meragui kehalalannya dari segi Syarak memandangkan keterlibatan skim amanah tersebut dengan pelaburan di beberapa kaunter haram, misalnya yang melibatkan penjualan arak, perjudiaan, pengambilan riba dan sebagainya.

Sebagaimana maklum, skim ASB ini terbentuk berasaskan kepada dasar perkongsian keuntungan, iaitu suatu alternatif yang memberi jaminan halal berbanding kaedah konvensional yang berasaskan kepada peratus tetap keuntungan. Mengikut hukum Syarak, kaedah peratus tetap boleh melibatkan riba yang diharamkan oleh Islam. Sedangkan kaedah perkongsian untung tidak melibatkan hal seperti itu. Oleh yang demikian status halal bagi skim ini, dari perspektif ini tidak berbangkit. Malah inilah kaedah yang sentiasa digunakan oleh skim-skim yang berlebalkan Islam dalam Negara ini, juga di Negara-negara Islam yang lain, seperti perbankan Islam dan sebagai nya.

Apa yang menjadi persoalan, sepertimana yang telah disebut di atas ialah penyertaan ASB dalam pelaburan di beberapa kaunter haram. Mengikut pendapat sesetengah umat Islam di Negara ini penyertaan yang tidak sepatutnya itu telah menjadikan skim yang berasaskan kepada kaedah halal berkenaan menjadi haram.

Antaraalasan yang diberikan ialah adanya percampuran antara yang halal dan yang tidak halal dalam skim itu. Kaedah yang digunakan ialah اذا اجتمع بين الحلال والحرام قدّم الحرام “ yang bermaksud “apabila berlaku percampuran antara yanghalal dan yang haram maka yang haram akan diutamakan (dalam menentukan hukum). Dengan kata lain, sesuatu yang halal itu akan dengan sendirinya menjadi haram apabila bercampur denga sesuatu yang haram.

Antara contoh yang diberikan sebagai aplikasi kepada kaedah tersebut ialah apabila sekawah gulai dimasuki oleh sedikit tahi ayam maka gulai yang sekawah itu walaupun banyak akan menjadi najis kerana tahiayam yang sedikit itu. Bandingannya samalah dengan pelaburan ASB dikaunter-kaunter haram. Walaupun nisbahnya sangat sedikit tetapi ia boleh menjadikan nisbah pelaburan di kaunter halal yang merupakan majoriti besar dalam skim berkenaan menjadi haram.

Kekeliruan

Walau bagaimana pun pandangan tersebut tidak berasaskan kepada metod penentuan hukum yang sebenar sepertimana yang terdapat dalam pengajian hukum Islam. Ia lebih berasaskan kepada sikap umum Syariat Islam yang sangat tidak suka kepada perkara haram. Sikap umum ini merupakan suatu prinsip yang sangat baik. Kerana ia menggambarkan idealisme Islamitu sendiri yang unggul. Bagaimanapun dalam merialisasikan idealisme ini dalam kehidupan sebenar, dalam Islam sendiri terdapat berbagai kaedah dan cara untuk menjadikan aplikasi tersebut benar-benar rasional dan praktikal. Dengan kata lain, pandangan di atas adalah benar sebagai suatu idealisme yang tinggi tetapi sebaliknya bila dilihat dari sudut praktikal yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Secara ringkasnya, hubungan anatara ASB sebagaisatu skim amanah pelaburan dan para pelabur sebagai peserta dalam skim tersebut adalah bersifat hubungan antara dua pihak yang bermuamalah dalam suatu kontrak yang halal, iaitu pelaburan berasaskan perkongsian untung. Dalam hubungan ini ASB adalah satu badan halal yang berniaga berasaskan kaedah yang halal. Ia bukan suatu badan tidak halal , seperti kilang arak atau kedai judi yang tabiat kerjanya sendiri haram.

Bandingannya samalah dengan penyertaan seseorang dalam skim perkhidmatan awam di Negara ini. Asasnya ialah memberi khidmat berasaskan upah, iaitu satu kontrak yang jelas halal. Dalam hubungan ini, kerajaan sebagai majikan merupakan badan halal. Kerana ia menawarkan khidmat kepada masyarakat secara halal. Ia bukan badan tidak halal seperti gerakan bawah tanah yang menjalankan kerja-kerja yang haram.

Apabila ASB melabur dalam beberapa kaunter haram sifatnya sebagai badan halal tidak boleh bertukar dengan begitu sahaja. Seorang muslim yang menerima akidah dan kehidupan Islam secara umum tidak akan bertukar menjadi kafir apabila melakukan sedikit sebanyak maksiat yang tidak menukarkan identitinya daripada seorang muslim kepada bukan muslim. Cuma orang itu berdosa dan perlu bartaubat. Urusan muslim lain dengannya tetap sah di sisi Syarak Isteri atau suaminya tidak tertalak dengan kerana itu. Kalau bapanya mati dia masih tetap boleh menerima pusaka dan banyak lagi contoh yang boleh difahami secara mudah.

Samalah juga denga kerajaan yang mengambil cukai arak, cukai pelacuran dan sebagainya. Ia tetap kerajaan yang sah dan halal di sisi Islam. Perbuatannya itu adalah dosa untuknya sahaja dan tidak menjadikan kerajaan berkenaan sebagai badan tidak halal dari segi Syarak. Semua pegawai kerajaan tidak boleh bertukar menjadi orang yang makan harta haram kerana perbuatan kerajaan seperti itu, apalagi perlu meletakkan jawatan masing-masing.

Satu aplikasi mudah bagi prinsip percampuran antara yang halal dengan yang haram ini boleh dilihat kepada banyak contoh prinsip Istihalah dalam hukum Islam. Antaranya ialah air musta’mal menjadi mutlaq apabila bercampur dengan air mutlaq yang lebih dua Qullah . Ucap Salam assalamu alaikum kepada khalayak yang bercampur antara orang Islam dan bukan Islam dibolehkan, bangkai dalam air mutlaq yang banyak tidak boleh menjadikan air itu najis selagi ia tidak mengubah warna, rasa atau baunya, lalat mati dalam secawan teh tidak boleh menjadikan teh itu najis dan banyak lagi contoh- contoh yang sangat mudah difahami.

Malah kalau kita bijak menganalisis Maqasidal-Syariah dalam hukum Islam dan kedudukan ASB sebagai salah satu cara untuk menjamin survival umat Islam di Negara ini tentu sekali kita merasa tidak bijak untuk mengatakan ASB itu haram. Cuma ulasannya sangat panjang dan perlukan kepada kefahaman asas dalam teori hukum Islam untuk memahaminya.

DIPETIK DARIPADA :
http://mahmoodzuhdi.com/index.php?option=com_content&task=view&id=113&Itemid=131

Friday, April 2, 2010

TIPS : PROSES RINGKAS JUAL BELI HARTANAH

1. Membayar tempahan, biasanya 2-3% daripada harga rumah. Peguam akan menyediakan dokumen perjanjianjual beli. Resit dan surat tawaran untuk membeli rumah akan diberikan.
2. Dalam tempoh 14hari, pihak peguam akan memanggil penjual dan pembeli akan dipanggil bagi menandatangani surat perjanjian jual beli (SnP Agreement / SPA), sekiranya gagal disebabkan pembeli (sama ada pinjaman tidak lulus / menarik diri), wang tempahan dikira hangus. Jika disebabkan penjual, pembeli boleh memaksa penjual untuk meneruskan proses jual beli atau mendapatkan semula wang tempahan (sila rujuk surat tawaran).
3. Pembeli perlu membayar baki deposit semasa perjanjian jual beli ditandatangani kepada penjual. Total jumlah deposit adalah 10%
4. Bagi kes yang membabitkan urusan dengan pejabat tanah atau kerajaan negeri, contohnya yang memerlukan kelulusan atau perlepasan / kebenaran pindahmilik seperti PAJAKAN / REZAB MELAYU etc. akan diuruskan oleh peguam. Selepas kelulusan diperoleh, barulah urusan menyelesaikan pembayaran diambil kira. Jika hartanah tidak memerlukan kelulusan atau perlepasan, tempoh pembayaran dikira dari tarikh perjanjian jual beli ditandatangani.
5. Pembeli mesti menyelesaikan baki harga rumah (biasanya 90%) dlm tempoh 90 hari (3bln). Sekiranya gagal, pembeli diberi masa tambahan 30 hari (1bln) dengan faedah dikenakan keatas pembeli yang dikira secara harian. Jika gagal disebabkan bank tidak meluluskan pinjaman maka deposit berjumlah 10% dikira hangus.
6. Selepas bayaran penuh dibuat, pembeli boleh mengambil alih hartanah.

sumber:- Berita Harian, khamis 1 okt 2009