- Habib Kadzim As-Saqqaf -
Terdapat beberapa amal yang mudah, dan ringan untuk dilakukan tapi ganjaran sangat besar. Terkadang seorang Muslim atau Muslimah boleh mendapat ganjaran pahala sebanyal 1.5 bil. dalam masa 2 saat saja. Tahukan anda apa ibadah itu?
Sebutlah, “Astaghfirullah lil mukminin wal mukminat”. - Habib Kadzim As-Saqqaf -
Dalam hadis, Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang beristighfar untuk kaum mukminin dan mukminat, akan diberikan ganjaran sejumlah banyaknya kaum mukminin dan mukminat pada zaman itu”
Sekarang, terdapat 1.5 billion
orang Islam di dunia, jadi dengan menyebut zikir di atas, kita boleh
mendapat ganjaran yang sebanyak itu juga.
Bila mana seseorang melazimkan
istighfar sebegini, khususnya sebanyak 27 kali setiap hari, setelah
beberapa lama akan nampak keberkesanannya iaitu akan nampak kasih sayang
yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT kepada anda, sehingga anda akan
tergolong dalam golongan orang-orang yang doanya dimakbulkan oleh ALLAH
SWT.
Jika dilazimkan lebih daripada sekali sehari – iaitu pagi dan
petang – maka, akan semakin tinggi darjat seseorang di sisi ALLAH, untuk
dikasihi dan disayangi oleh ALLAH.
Via : azwa al-hafiy
Via : azwa al-hafiy
sumber : Jom Dakwah Bersama Ulama
Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian..semoga allah membalas jasa baik tuan..
ReplyDelete