Monday, December 17, 2012

I-CITY CEKIK DARAH DAN MEMBAZIR!

Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Sebelum aku bercerita, hendak aku terangkan, bahawa berkira, kedekut dan bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya adalah tiga (3) perkara berbeza. Mari aku bentangkan perbezaannya.

Kalau engkau membebel seperti ini;
"Kedai mamak Khalifa nasi putih ayam goreng dengan sayur RM3.50, mamak Mosen benda sama sampai RM3.60. Padahal kedai mamak sama je, bukan ada bagi service GRO pun mamak Mosen ni".

Yang perangai atas ni, nama dia kau berkira.

Kalau engkau membebel seperti ini;
"Makan nasi putih ayam goreng, dengan sayur RM3.50. Cehh mahal! Ahh aku makan nasi putih dengan telur goreng je lah, baru RM1.80. Sama je, kennyang jugak"

Yang perangai atas ni, nama dia kau kedekut.

Namun, kalau engkau membebel seperti ini;
"Makan nasi putih ayam goreng dengan sayur kat Khalifa sampai RM10.50??, Makahaaiii mampus la kau cekik darah, syaitaan!"

Yang perangai atas ni, nama dia..kau bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya.

Contoh 1 dan contoh 2, adalah masalah sikap. Tidak ada kena mengena dengan masyarakat sekitar. Pergi mati lah dengan perangai berkira dan kedekut kau. kau komplen kau bangang.
Contoh 3 adalah masalah penindasan. Ya. Kau ada upaya menindas dengan licik dan kemas. Setengah orang berkata, "Ahhhh duit banyak RM10.50 pun nak bising..dah makan bayar je laaa". Puiii puii puiii pada kumpulan ini.
Bukan isu duit banyak yang aku persoalkan dalam contoh 3. Yang aku persoalkan adalah isu patut ke tak patut? kalau patut, RM100 pun aku bayar, tapi kalau tak patut, sekupang lebih pun aku mesti mengamok punya.

Bila kau orang dah faham perbezaan situasi kat atas, baru kau orang mudah nak faham marahnya aku dengan I-City malam tadi.
Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.
Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?
Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.
Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panjang.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.

SUMBER ASAL : SILA KLIK

Saturday, November 17, 2012

Biodata Al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki


Serba Ringkas Biodata Al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki



Al Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin Bin Haji Marbu Bin Abdullah Thayyib dilahirkan pada 1 September 1960 M di sebuah desa bernama Harus, Amuntai ,Banjar Masin Kalimantan Selatan Indonesia.Beliau merupakan anak ke tiga dari tujuh beradik,dari keluarga yang taat beragama.

Persekolahan

Beliau mendapat pendidikan awal disekolah rendah Harus.Pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam.Tanpa menamatkan pengajiannya di pesantren,beliau sekeluarga telah berhijrah ke Tanah Suci Mekah Al Mukarramah.


Bermula pada tahun 1974 sehingga 1982 beliau menghabiskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah.Antara guruiguru beliau di sana adlah al Allamah Al Jalil Assayyid Amos rahimahullah,Syaikh Abdullah Said Al Lahji rahimahullah,Syaikh Ismail Osman Zaien Al Yamani rahimahullah,Syaikh Muhammad Iwadh Al Yamani rahimahullah,Syaikh Abdul Karim Al Bukhari dan ramai lagi.

Beliau sering menghadiri kelas formal dan tidak formal seperti di Masjidil Haram dan di rumah rumah masyaikh(guru) beliau.Pada tahun 1982 beliau mendapat keputusan cemerlang (mumtaz) di Madrasah Shaulathiah.Sebelum naik ke kelas ‘Aliyah beliau sempat mencurahkan ilmu kepada pelajar-pelajar dari Indonesia.Antara kitab yang diajarkan adalah kitab Qatrunnada,Kitab Fathul Muien,Kitab Umdatussalik,,Kitab bidayatul Hidayah,dan lain-lain.

Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Al Azhar dalam jurusan syariah,Kaherah sehingga mendapat Sarjana Muda.Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian ke Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma `Am “Dirasat Ulya”pada tahun 1990.

Guru-Guru Beliau

Semasa di Makkah beliau sering menemani guru beliau Syaikh Ismail Osman Zen al Yamani menghadiri program-program agama ,menziarahi maqam Baginda Nabi Muhammad s.a.w.Beliau meluangkan masa dengan berkhidmat untuk guru beliau,dengan cara itulah beliau dapat mendekati para ulama.Sebutkan sahaja ulama di makkah ketika itu,kebanyakkanya beliau telah berguru dengannya.Antara masyaikh beliau di sana adalah Syeikh Al-Allamah Hasan Masshath yang digelar syeiku-ul-ulama' rahimahullah, Syeikh Al-Allamah Mohd. Yasin Al-Fadani rahimahullah yang mendapat julukan Syeikhul Hadits Wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zien rahimahullah yang digelar Alfaqih Ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syeikh Abd. Karim Banjar hafizohullah, Syeikh Suhaili Al-Anfenani, As-Sayyed Mohd. Alwi Al-Maliki, Syeikh Said Al-Bakistani dan masih ramai lagi

Segala kitabyang dipelajari bersambung sanadnya kepada pengarang.

Berikut diantara nama guru beliau yang dapat disenaraikan .

• Syiekh Al Alamah Hasan Masyat

Seorang ulama besar yang menulis banyak kitab untuk dunia pengajian islam seperti kitab

Is`af Ahli Iman , Is`af Ahli Islam . AL Nasoih Diniah . Inarah Al Dhaji . Tahafut Al Sunnah dan lain lagi .

Berliau sering bersama sama dengan Al Alamah Syiekh Ismail Usman Zaien dan meninggal dunia pada hari raya fitrah pada tahun 1399 hijrah

• Syiekh Al Alamah Muhammad Yassin AL Fadani .

Seorang Syiekh Hadis dan bergelar sebagai Musnid Dunya . Pengarang pada banyak kitab Syaikh Nurudiin mengambil banyak riwayat dan ijazah kebanyakan dari penulisannya dan riwayat hadis musalsalnya .

Antara Ijazah hadis yg diambil darinya seprti Aqad Farid fi Jauhar Al Asanid . Iklam Al Dhani wal Qosi bima Ala min Asanid Al Fadani . dan selainnya yg mendapat ijazah secara umum dalam ilmu riwayah dan juga dirayah hadis .

Meninggal dunia pada malam jumaat 28 Zulqaidah 1410 dan dikuburkan di perkuburan Ma`la Mekah .

• Syiekh Ismail Osman Zaien AL Yamani Al Makkiyi .

Seorang yang faqih keilmuannya . mempunyai jiwa yang besar dan tidak pernah lokek masa untuk bersama sama dengan anak muridnya .

Antara orang yang bertanggungjawab mewarnai corak pemikiran Syaikh Nuruddin . dan mengambl banyak ilmu darinya dalam pembacaan kitab kitab baik dari segi sudut Nakliah atau Aqliah . sering bersama sama dengannya dalam banyak waktu dan sering berhubung dengannya sehingga diakhir hayatnya .

Syaikh Nuruddin terlalu akrab dengan Syiekh Osman Zain terkadang beliau membawanya ke madinah diatas alasan pengajian agama disana atau semata2 untuk menziarahi Rasullah s.a.w . Pada kebiasaannya mereka berdua akan pergi ke madinah pada pagi hari khamis selepas solat subuh berjemaah di Masjidil Haram . dan akan pulang kembali keMekah selepas solat jumaat pada keesokan harinya .

Meninggal dunia pada 20 Zul hijjah 1414 selepas solat subuh diMasjidil Haram dan dikuburkan di ma`la mekah .

• Syiekh Abdullah bin Syaid Al Lahji .

Dikenali kefaqihannya dalam agama . dan dikasihi oleh sekian anak muridnya .Beliau meninggal dunia selepas pulang dari mengajar disek Sultiah sebagai guru pada tahun 1408 .

Dari pada beliau Syaikh Nuruddin mengambil . Tafsir Ibnu Kathir . Sohih Muslim . Sunan Abi Daud . Al Manhaj . Buluq Marom . Matan Abi Sujak . Al Idoh . Qawaid Asasiah . Qawaid Fikqiah dan banyak lagi.

• Syiekh Muhammad Iwad Al Yamani .

Seorg yg dikenali kepakarannya dalam ilmu fiqh dan meninggal ketika dlm keadaan sujud didalam solat .

Syaikh Nuruddin mempelajari dari beliau Tarikh Adab Arabi . Sohih Bukhari . Amdul Ahkam . Muataq imam Malik . Miskat dan lain2 lg .

• Syiekh Muhammad Zakaria Bila Indonisia .

Oarang Indonisia kelahiran mekah bermazhab syafie dan meninggal selepas beberapa bulan Syiekh Al Fadani meninggal .

Daripadanya Syaikh Nuruddin mengambil Rawai’e Bayan . Fathu Mujib fi sarah Al Hitob . Halal wal Haram oleh Qardawi .

• Syiekh Muhammad Sabli .

Salah seorang ulama dari Bahrin danSyaikh Nuruddin mempelajari dari beliau Matan Arjumiah . Matan Bina` . Al Kailani . Syarah Muhtasir Jiddan . Syarah Tahrir

• Syiekh Abdul Karim Banjar .

Seorang ulamak indonisia yang mempunyai kelompok pengajian yang besar di mekah dikalangan oaring orang Indonisia . Malaysia dan Patani di Masjidil Haram . sehingga sekarang .Beliau masih lagi mengajar di dan membuat kelompok pengjian disana .

Antara ilmu yg diambil darinya ialah Riyadul Solihin . Penawar Hati . Jauhar Muqauwan iaitu kitab balaqah .

• Syiekh Adnan Al fani Al Indonisi .

Salah seorang guru di sekolah Sultaniah dan membaca padanya kitab Jami Jawamik fi usul . Syamail Muhammadiah . Mabadi Ilmu Falak . Syarah Syansuri ala matan Ruhba` dan lain2 lg .

• Syiekh AbdulKarim al Bukhari

Salah seorang ulama Bukhara yang berpindah ke Mekah dan mengambil darinya Sunan Imam Turmuzi .

• Syiekh SaifulRahman .

Salah seorang guru di sekolah Sultaniah dan mengambil darinya Sunan Nasaie . Al tahafut Al Sunnah dan seliannya

• Syiekh Suhaili Al fanani .

Mengambil darinya Ikhlas Kalam dlm faraid . Ilmu hisab wal muhandasah .

• Syiekh Syaid Al Bakistani . mengambil darinya Ilmu Mantik dan Saraf .

Dan ramai lagi Ulama dan guru guru yang diambil secara langsung atau tidak dalam pengjian mereka yg dipenuhi dengan nasihat nasihat. dorongan dan banyak lagi

Berikut adalah anatara guru beliau ketika berada di Ardul Kinanah Bum Ambiak Mesir .

• Syiekh Alim Al Alamah Husnain Muhammad Mahluk .

Bekas mufti mesir

• Syiekh Al Alamah Muhammad Zakaria al Kandahlawi .

Seorg pakar hadis dan meninggal di Madinah Al Muanawwarah

• Syiekh Muntasir Al Kantani Al Magribi .

Pengajian tafsir dan hadis

• Syiekh Habib Abdil Qadir Al Saqab

• Syiekh Abdullah bin Hamid .

• Syiekh Mutawalla Syakrawi .

Ulamak mesir yang tidak boleh dipertikaikan kewibawaannya .

• Imam Akbar Jaddul Hak

Bekas syaikh azhar yg terkenal ketegasanya guru Tarikh Fiqh Islami .

• Syiekh Muhammad Thaib Al Najar .

• Syiekh Rubbani Muhammad Abdul Wahid .

• Syiekh Abu Hasan Nadawi . seorang pendakwah terkemuka di Mesir .

• Syiekh Atiah Saqar . mahir dalam ilmu fekah dan salah saorg ahli majlis buuth islami

• Syiekh Al Alamah Jad Ar Rabb . guru asbah nazair nya di uni Al Azhar

• Syiekh Al Alamah Husin Al Syiekh ." Syarah ah mahli ala Manhaj "

• Syiekh Al Alamah Syaed Muhammad Alwi Al Maliki .

• Syiekh Muhammad Ghazali . seorang pendakwah yang digeruni dan tegas di dunia pengjian islam

• Ustaz Doktor Ahmad Umar Hasyim . bekas reaktor Al Azhar dan guru ulum hadisnya

• Ustaz Doktor Abdul Sobor Syahin . guru tarikh qurannya .

• Ustaz Doktor Fatah Syiekh . bekas reaktor Al Azhar dan guru fikq ibadat nya

• Ustaz Doktor Rayan . Pensyarah Al Azhar .

• Ustaz Doktor Abdullah Syatah . Pensyarah Al Azhar .

• Ustaz Doktor Muhammad Salim . Pensyarah Al Azhar .

• Ustaz Doktor Nasr Farid . Pensyarah Al Azhar .

• Ustaz Doktor Abdul Rasyad Saqar . Imam dan Khatib Mesjid Sollehuddin

Dan ramai lagi yang tidak disenaraikan

Kitab yang dibacakan di hadapan gurunya

Berikut adalah antara kitab-kitab yang dibacakan dihadapan gurunya .

Dalam fekh :

Muhtasar safinah Al Naja` . Matan Qabah wal Takrib . Amdah Salik wal Nasik . Manhaj Al Tolibin . Syarah tahrir . Syarah Mahli Ali al Manhaj . Syarah Abi Qassim . Tahafut Al Muhtaj . Al Majmuk . Nihayah Mihtaj . Asni Al Mutalib . Fatahul Wahab dan selainnya .

Dalam Manasik Haji :

Matan Al Idoh . Fatah Al Mujib fi sarah manasik Al Hatib .

Dalam faraid . Khulsah Al Kalam . Matan Al Rahbiah wa syarah li syaba mardini . Syarah Syansuri .

Dalam Tafsir dan Ulumnya :

Tafsir Jalalain . Tafsir Ibnu Kathir . Rawaik Bayan . Manzumah Al Zamzani maa syarahuha . Al Itqan .

Dalam Aqidah :

Al Haridah wal syarah . Fathul Majid li Nawawi Al Jawi . Aqidah Islam li Hadad . Qawaid Al Aqidah li Ghazali .

Dalam Hadis :

Matan Arbain Al Nawawi . Buluq Maram . Amdul Ahkam . Riyadatul Solihin . Al Azkar . Sohih Bukhari . Sohih Muslim . Sunan Abi daud . Sunan Thurmuzi . Sunan Nisaie . Sunan Abi Majah . Miskat . Mautok Malik . Muhtasar al bukhari li abi Jamrah . Syamail Muhammadiah lil Turmuzi . Kasaf Al Qamah . Awail Sanbaliah . Musalsalah fadaniah dan lain .

Dalam Mustalah Hadis .

Matan Baiquniah dan sarahnya oleh syiekh Husin Masyat . Rafie Al Astar Syarah Tolah Al Anwar . Tadrib al Rawi li shayuti . Muqadimah Abi Solah dan lainnya .

Dalam Tasauf dan Ahlak :

Bidayah Hidayah , Manhaj Abidin . Ahyak Ulummudin . Mauizah Mukmin . Al Hakim . Risalah Muauwanah . Risalah Qusairi . Al Hadiqah Al Aniqah . Tanwir Al Qulub . Lawaqih anwar .

Dalam Qawaid wal Usul .

Idoh Qawaid Fiqkiah . Madhal ila ilmu Usul . Syarah Waraqat . S yarah Jamie Wal jawamik .

Dalam Nahu dan syaraf :

Matan Arjumiah . Syraah Muhasar Jiddan . Tahafut Sanniah . Al Mutammah . Qatar Nadi . Syarah Ibnu Aqil . Syrah Al Syamuni . Qawaid Al Asasiah . Isaf tolab syarh Nizam Qawaid Al Arab . Matan Bina` . Al Kailani . Al Maksud .

Dalam Balaqah dan Mantik :

Al balaqah Al Wadih . Al Jawhar Al Maknun . Matan Isaquji .


Mendapat gelaran Azharus thani

Setelah menamatkan pengajian beliau di Universiti Al Azhar,beliau mencurahkan ilmunya kepada pelajar dari Malaysia,Indonesia,Thailand,Singapura yang menuntut di Universiti Al Azhar sehingga mendapat gelaran Azharus thani(Al Azhar ke dua).Kelas pengajian yang dinamakan "Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin" semenjak tahun 1987 hingga 1998 buat pertama kalinya di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamiek al Path di Madinah Nasr.

Penulisan Karya Ilmiah

Disamping beliau mengajar beliau sempat mengarang beberapa buah kitab dalam bahasa Arab.Beliau melibatkan diri dalam bidang penulisan serta mentahqiq kitab kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah kitab sejak tahun 1991.

Antara kitab karangan beliau:

• الإحاطة بأهم مسائل الحيض والنفاس والاستحاضة

• تساؤلات و شبهات و أباطيل حول معجزات الإسراء و المعراج والرد عليها

• المختار من نوادر العرب وطرائفهم

• أداب المصافحة

• من هو المهدى المنتظر ؟

• المجال الإقتصادى فى الإسلام

• بيان مفتى جمهورية مصر العربية حول فوائد البنوك فى ميزان أهل العلم

• سفر المرأة أحكامه وأدابه

• الدرر البهية فى إيضاح القواعد الفقهية

• معلومات تهمك

• أسماء الكتب الفقهية لسادينا الأئمة الشافعية

• أحكام العدة فى الإ سلام

• أراء العلماء حول قضية نقل الأعضاء

• أدلة تحريم نقل الأعضاء الأدمية

• الأمر بالمعروف و النهى عن المنكر فى الكتاب والسنة

• محمد نورالدين مربو البنجرى المكى والأحاديث المسلسلة

• العبر ببعض معجزات خير البشر صلى الله عليه وسلم

• مكتبتك الخاصة

Berikut adalah antara kitab kitab yang telah di tahkik dan ditakliknya

• رسالة المعاونة والمظاهرة والمؤازرة

• قرة العين بفتاوى الشيخ إسماعيل عثمان زين

• رفع الأستار عن دماء الحج والاعتمار

• شروط الحج عن الغير

• الحسن البصرى

• إقامة الحجة على أن الإكثار فى التعبد ليس ببدعة

• خصوصيات الرسول صلى الله عليه وسلم

• بستان العارفين

• السلام فضله وادابه واحكامه

• الكوكب الأغرافى بيان أحكام النظر

• الردة ( أسبابها وأحكامها )
المكاييل والموازين والمسافات ( بيانها زمفدارها )•
حول قوله صلى الله عليه وسلم ( لا تحقرن من المعروف شيئا )•
تهذيب مشكاة المصابيح .

• توفق البارى لإمام النواوى


Sejumlah besar aritikel soal jawab dalam bahasa melayu dan indonisia . Kaset-kaset dan cd-cd mp3 , vcd ceramah dari daurah kitabnya , risalah-risalah dalam satu2 isu semasa yang dimana segala keuntungan penjualan kaset dan vcd dan risalah ini tidak diambil oleh beliau hanya dikalangan anak-anak muridnya sahaja .

IRSYADAT AL FADHIL


Jangan tersilau dengan gelar PHD atau MA dan sebagainya. Penubuhan Al Maahadul 'All Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi dan visi Nasratu Dinillah Taala dan adda *watu ilallah Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat.

Terlalu murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat gaji lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit tinggal ilmu.

Tanggungjawab kita lah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya.

Siapkan diri untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat.

Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam dikeranakan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri.

Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan HI makhluk (hamba kepada makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru beberkat.

Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan dampingi mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan.

Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti menenteng ikan sahaja, dakapkan ke dada.

Akhlak juga harus besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah, jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal.

Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.

Sumber: Dari Anak murid Syaikh Nuruddin Marbu Al Banjari : Scene-r, Abu Zaki Al-Hidayati, 2001M Dan ansarusj 2006 dan daripada Abu Nabil Bandar Sri Putra , Kajang .

Friday, November 2, 2012

Majlis Ta'lim Darul Murtadza

 

Assalamualaikum


"Objektif sambutan Maulidur Rasul diadakan adalah untuk merai/zahirkan kegembiraan kita kerana Rasulullah S.A.W diutuskan kepada kita serta kerana Baginda S.A.W, kita perolehi taufiq hidayahNYA" 

- kalam Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza menjemput kalian sekeluarga hadir ke majlis bacaan maulid ADH DHIYA UL LAAMI (karangan Habib Umar Muhammad Hafidz).

Maklumat  lanjut tentang majlis adalah seperti berikut:-

Tarikh: 2 November 2012 (Jumaat Malam)
Masa: 9.15 malam selepas Solat Isyak.
Tempat: Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur (Bersebelahan LRT Setiawangsa)
GPS:3.178128,101.738462


Aturcara: Bermula pada pukul 9.15 malam, bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami karangan Habib Umar Bin Hafidz. Diikuti Tausiyah oleh habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, mari kita hadirkan diri kita di dalam majlis-majlis zikir yang baik. Bawalah sanak saudara serta kenalan kita untuk memeriahkan lagi Maulid Akbar pertama dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza.

Jumpa anda disana! :)



Kuliah Maghrib Surau at-taqwa seksyen 7 shah alam


JUMAAT 2 NOV / 17 Zulhijjah
InsyaAllah, seperti biasa Kuliah Maghrib (bulanan) di Surau At-Taqwa Seksyen 7 Shah Alam akan diadakan.
Disampaikan oleh Tuan Guru Ustaz Halim Din (40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman). Datanglah beramai2 sebarkan! 

Indahnya berada dlm taman2 syurga.. Yahanana!
Jzkk.

Maklumat lanjut klik pada = facebook.com/ssurauattaqwa




Friday, October 19, 2012

Selawat Keatas Junjungan Mulia Rasullullah s.a.w

as-salamualaikum sahabat sekalian yg dikasihi dan dirahmati Allah s.w.t

Marilah kita memperbanyakkan selawat keatas junjungan Mulia kita Rasullullah s.a.w :
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allah berfirman: إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Terjemahan: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Monday, August 13, 2012

Kisah Nabi khidir a.s dan Nabi Musa a.s : Bersabar & bersangka baik kpd Allah s.w.t

Surah Al-Kahfi.

Surah yang di dalamnya terdapat beberapa cerita akan ummat sebelum kita. Di dalanya terdapat kisah Ashabul Kahfi, yakni pemuda-pemuda yang tertidur di dalam gua selama 300 tahun lebih kerana hendak menyelamatkan keimanan mereka. Wujud juga kisah Dzulqarnain. Dan terdapat pula kisah pengembaraan Musa bersama hamba Allah SWT bernama Khidr AS.

Artikel ini akan memfokuskan kepada perjalanan Nabi Musa AS dan Khidr AS. Mengekstrak hikmah dan motivasi daripada perjalanan mereka. Melihat mengapa Allah SWT menceritakan kisah mereka kepada kita. Mengapa Allah SWT menyusunkan kisahnya sedemikian rupa. Moga-moga ianya menjadi motivasi buat kita.
Sepintas kisah Musa dan Khidr.
Perjalanan Nabi Musa AS dan Khidr AS mempunyai tiga perhentian, tiga titik yang amat penting. Tiga tindakan Khidr, yang membuatkan perjalanan mereka terganggu dengan pertanyaan-pertanyaan Musa AS. Berikut adalah tindakan-tindakannya.


1 – Khidr membocorkan perahu milik seorang miskin, yang digunakan oleh mereka berdua untuk merentas sungai.
Lalu berjalanlah keduanya(Khidr dan Musa) sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, kemudian dia(Khidr) membocorkannya.” Surah Al-Kahfi ayat 71.
2 – Khidr membunuh seorang anak kecil.
Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya.” Surah Al-Kahfi 74.

3 – Khidr menegakkan sebuah dinding yang hampir roboh.

kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka dia(Khidr) menegakkan dinding itu.” Surah Al-Kahfi ayat 77.


Dalam setiap peristiwa ini, Musa AS telah mengemukakan pertanyaan, walaupun telah berjanji untuk tidak melakukan perkara tersebut. Akhirnya, selepas kali ketiga Musa AS bertanya, Khidr AS pun berhenti, dan menceritakan hikmah-hikmah mengapa Khidr melakukan semua itu. Dan semua itu terdapat di dalam Al-Quran pada ayat 79-82 Surah Al-Kahfi. Dibocorkan perahu, kerana hendak menyelamatkan perahu itu daripada raja zalim yang suka merampas perahu-perahu yang baik. Dibunuh anak itu, kerana anak itu akan membesar dan menyesatkan kedua ibu bapanya. Dibina semula dinding, kerana di situ terdapat harta untuk dua anak yatim yang tinggal di negeri itu. Dibina semula untuk melindungi harta mereka, agar nanti kala mereka dewasa, mereka akan mendapatkannya.

Semua ini bukanlah fokus utama artikel saya.

Apa Tujuan Utama Allah SWT Menceritakan Ini?

Saya ketika masih belajar di University of Yarmouk, guru Aqidah saya, Dr Ala’ Hilat yang mengajar akan kisah ini, bertanya kepada kelas:

“Apakah tujuan utama Allah SWT apabila Dia menceritakan kita kisah ini?”
Seorang pelajar menjawab – “Kebijaksanaan Khidr?” Dr Ala’ menggeleng. “Tetapi bagus kamu utarakan jawapan itu.”
Seorang pelajar menjawab – “Bagaimana Allah memberikan pengajaran kepada Musa?”
Dr Ala’ menggeleng. “Musa telah mati.”
Kelas diam ketika itu dan saya juga diam kerana tidak pasti hendak menjawab apa.
“Apakah benar Khidr itu bijaksana? Atau sebenarnya dia tidak mempunyai ilmu langsung?” Dr Ala’ menimbulkan persoalan. Memecahkan kesunyian. Saya macam agak terkejut dengan apa yang dinyatakan Dr Ala’ itu, dan begitu juga seluruh isi kelas. Dr Ala’ nak kata Khidr bukan bijaksana? Tak berilmu? Macam agak mustahil bukan?
Tetapi saya lihat senyuman Dr Ala’ ketika itu, menjadikan Saya yakin bahawa dia percaya kata-katanya benar.
“Tahukah apa yang pertama sekali Allah sebut apabila memperkenalkan Khidr ini?”
Kami diam tidak menjawab. Dr Ala’ pun membacakan satu potong ayat. Ayat pertama ketika Allah memperkenalkan Khidr kepada pembaca Al-Quran.
Lalu mereka bertemu dengan seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami.” Surah Al-Kahfi ayat 65.
“Khidr sebenarnya, bukan bijaksana. Sebab ilmu Khidr bukanlah ilmu yang dicarinya sendiri. Bukan berdasarkan pengalaman. Bukan berdasarkan pemikiran. Khidr tidak berfikir. Dia hanya ‘bergerak’ berdasarkan apa yang telah ‘ditetap’kan. Sebab ilmu Khidr hakikatnya adalah ilmu Allah SWT secara langsung. Sebab itu Allah menyebut – dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami. Ilmu itu adalah yang kita kenali sebagai Ilmu Ladunni. Ilmu yang datang terus daripada Allah SWT. Atau pendek kata, Ilmu Allah itu sendiri. Yang tak terjangkau dek manusia.”
Ketika ini mata aku terbuka. Itu point pertama, dari tiga point yang belum disebut.
“Maka, segala keputusan Khidr di dalam peristiwa ini, bukanlah keputusan dia. Bukan terhasil dari pemikirannya. Bahkan sebenarnya, itu bukan keputusan seorang Khidr pun. Tetapi hakikatnya adalah keputusan Allah SWT. Lihat sendiri apa kata Khidr di akhir perjalanannya dengan Musa.”
Dan Dr Ala’ membaca: dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri.” Surah Al-Kahfi ayat 82.
“Apa yang Khidr lakukan itu, hakikatnya bukan tindakan dia. Khidr hanyalah ibarat robot yang diprogramkan Allah SWT untuk melakukan itu dan ini. Sebab itu, apakah kamu pernah mendengar riwayat sohih akan kewujudan manusia seperti Khidr ini di zaman-zaman lain? Dia hanya wujud untuk Musa dalam perjalanan ini, dan tidak diketahui wujud baik sebelum itu mahupun selepas itu.
Saya macam agak tersentak. Itu point kedua dari tiga. Rasa teruja juga dengan penyampaian ini. Ilmu baru masa itu. Memang seronok.
“Dan dengan kisah Khidr ini, Allah hendak mendidik kita untuk bersabar dengan keputusan-keputusanNya. Sebab itu, isu perjalanan Khidr dengan Musa, hakikatnya adalah isu BERSABAR DENGAN KEPUTUSAN ALLAH SWT. Tidakkah kamu melihat, apakah perjanjian utama mereka di dalam perjalanan ini?”
Musa berkata kepada lelaki itu (Khidr): Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu? Dia menjawab: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun. Dia (Khidr) berkata: Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.” Ayat 66-70 Surah Al-Kahfi.
Dan lengkaplah tiga point yang ditinggalkan di awal cerita tadi.
Itulah dia rupanya pengajarannya!

Keputusan Allah, dan bersangka baik kepadaNya.
Dr Ala’ memberitahu bahawa, kisah Khidr dan Musa adalah untuk menunjukkan bagaimana Allah SWT dalam membuat keputusan.
“Apa-apa musibah yang melanda itu, hakikatnya baik untuk kita.” Itu point yang paling penting yang diberikan Dr Ala’ kepada kami ketika itu.
Kisah Khidr adalah buktinya. Apabila semua yang dilakukan itu, hakikatnya mempunyai sebab. Tuan punya perahu, perahunya tidak lagi dirampas kerana bocor. Dan bocor itu boleh dibaiki dan dia masih boleh berniaga dengan perahunya lagi. Ibu bapa yang kehilangan anak, keimanan mereka terselamat, dan mereka takkan dicampak ke neraka Allah nanti. Dua anak yatim yang dibantu, memang akan terjaga hartanya sampai mereka dewasa nanti.
Ada perkara itu, Allah berikan yang pahit dahulu. Perahu bocor, anak mati. Ada perkara, Allah berikan terus-terus nampak baik. Bina dinding yang hampir roboh. Tetapi kesimpulannya, semua itu akan menghala kepada kebaikan.
“Pokoknya, kita perlu bersabar, dan bersangka baik dengan keputusan Allah SWT. Tidakkah kita belajar bahawa, manusia yang tidak mampu bersabar, adalah manusia yang rugi?”
Kami tersentak sekali lagi. Eh? Kita belajar daripada mana?
“Lihatlah Musa, bagaimana dengan ketidak sabarannya, dia terpaksa berhenti dari mengikuti Khidr, sedangkan kalau dia bersabar, mungkin lebih banyak lagi hikmah yang akan dibukakan kepadanya.” Dr Ala’ tersenyum. Kami akhirnya memahami.
“Orang-orang yang bersabar, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT, mereka takkan terganggu dengan musibah-musibah yang melanda mereka. Kerana mereka tahu, Allah SWT hanya mahukan yang baik-baik sahaja.”
Penutup: “Aku ceritakan ini, agar kamu membuka fikiranmu.”
Dr Ala’ kemudian berkata:
“Ilmu Allah itu, memang takkan terjangka oleh kita. Apa kata kita letakkan sepenuhnya kepercayaan kita, kepada Allah SWT Yang Maha Mengetahui Segala-galanya itu?”
Itulah pointnya dinyatakan jenis ilmu Khidr. Ilmu Ladunni. Bukan Ilmu manusia. Tetapi Ilmu Ilahi. Tak sama ilmu manusia, dengan ilmu Ilahi.
Musa telah tiada. Tetapi kisah itu kekal hingga ke hari ini. Sebab pengajaran di dalam kisah itu, hakikatnya untuk kita. Maka perhatikanlah. Aku ceritakan ini, agar kamu membuka fikiranmu. Kalau kita melihat ini sekadar tarikhi(sejarah), kamu takkan sampai kepada apa yang aku sampaikan kepada kamu hari ini.”
Begitulah juga sebabnya mengapa saya kongsikan penyampaian ini kepada kita semua.
Saya mahu kita memahami bahawa Allah SWT itu aturanNya, semuanya adalah baik.
Maka janganlah kecewa, dan jangan berputus asa.
Bersabar itu tiada rugi. Dan dalam bersabar itu, teruskanlah usaha lagi.
Kita tidak tahu apa yang Allah susun pada kita.
Tetapi kita mesti tahu, bahawa Allah SWT hanya susunkan yang baik-baik sahaja buat kita!
Bersangka baiklah kepada Allah SWT, dan bersabarlah!
Di dalam Al-Kahfi, Tuhan kita mendidik!
sumber : 
https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/posts/482398108444908 http://zamanpenantian.blogspot.com/2010/11/kisah-nabi-khidir-as.html

Thursday, August 9, 2012

Kisah Ibn Taimiyyah bertemu Raja Tartar



Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan:
“Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”
Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”.

Jawab Ibn Taimiyyah:
“Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!”.
Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.

Kata Ibn Taimiyyah:
“Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.
Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka:
“Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.
Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.

Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”.
Jawab Ibn Taimiyyah:
“Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.

Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.

~ DrMaza.Com
SUMBER

Thursday, July 26, 2012

Rasullullah memberi makan pada seorang pengemis yahudi

Allah humma solli 'ala sayyidina Muhammad
Alkisah, hiduplah di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari ia lalui dengan selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”.
Setiap pagi Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam melakukannya hingga menjelang Baginda Sallallahu’alaihi wasallam wafat. Setelah kewafatan Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta tersebut.
Suatu hari Abu Bakar, Radi-Allahu anhu, as-Siddiq berkunjung ke rumah anaknya Aisyah Radi-Allahu anha. Beliau bertanya kepada anaknya, “anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan”, Aisyah Radi-Allahu anha menjawab pertanyaan ayahandanya, “Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah itu wahai anakku?”,tanya Abu Bakar Radi-Allahu anhu. Maka Aisyah Radi-Allahu anha menjawap, “Setiap pagi Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi yang buta yang berada di sana”, kata Aisyah Radi-Allahu anha.
Keesokan harinya, Abu Bakar Radi-Allahu anhu membawakan makanan dan menemui pengemis Yahudi buta tersebut. Pengemis Yahudi buta ini selalu berteriak-teriak dan berkata kepada orang yang mendekatinya. Abu Bakar Radi-Allahu anhu pun hairan, kenapa Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam memberi makan kepada orang yang menghinanya setiap hari.
“Wahai saudaraku..janganlah kalian mendekati Muhammad. Jangan sampai kalian terpedaya dengan tipu dayanya. Dia itu orang gila. Tukang sihir. Suka menyebarkan fitnah dengan agama barunya..!!” Kata-kata ini selalu meluncur dari mulutnya tiada henti setiap hari. Perkataan yang buruk yang merendahkan seorang nabi.
Sampai sahaja Abu Bakar Radi-Allahu anhu di hadapan pengemis itu lantas memberikan makanan, pengemis itu mengherdik, “Siapa kau..!!” “Aku adalah orang yang setiap hari memberi makan kamu..”
Abu Bakar Radi-Allahu anhu meyakinkan bahawa beliau adalah orang yang setiap hari memberikan ia makanan. Akan tetapi pengemis Yahudi buta itu tidak percaya kerana orang yang selalu memberinya makanan jauh lebih lembut dan lebih sabar dalam menyuapinya.
“Bukan..kamu bukan orang yang setiap hari memberiku makan..! Apabila dia kesini, aku tidak pernah kesusahan memegang makananku, aku juga tidak susah untuk memakannya bahkan dia telah meluembutkan makananku sebelum masuk ke mulutku..”
Dengan linangan air mata kerana terharu mendengar akhlak dari Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam. Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam selalu memberi makan dan menyuapi mulut dari orang yang setiap hari kata dari mulut itu hanyalah ucapan kotor dan hina yang merendahkan dan melecehkan diri-Nya. Ucapan kotor dan umpatan dibalas dengan suapan makanan dengan kasih sayang. Allahu Akhbar!
Kemudian Abu Bakar Radi-Allahu anhu menjawab “Aku memang bukan orang yang setiap hari memberimu makan. Akan tetapi, Beliau tidak akan datang lagi ke sini untuk memberimu makan..”
Mendengar hal itu, pengemis itu menangis dan berkata. “Apa salahku sehingga dia sudah tidak mahu menemuiku lagi? Sampaikan permintaan maafku sehingga dia mahu mendatangiku lagi..”
“Beliau sudah meninggalkan dunia ini dan akulah yang akan menggantikan Beliau. Aku adalah Abu Bakar Radi-Allahu anhu sahabat Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam. Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam adalah orang yang setiap hari menyuapimu..”
Seketika itu juga linangan air mata pengemis Yahudi buta makin deras membasahi pipinya lantas dia menyesal kerana orang yang selama ini diumpat dan dilecehkan harga dirinya adalah orang yang setiap hari dengan sabar menyuapinya. Saat itu juga, pengemis itu mengucapkan dua kalimat Syahadah dan masuk Islam di hadapan Abu Bakar Radi-Allahu anhu.
Dari cerita ini, jelas sudah betapa tingginya akhlak Nabi Sallallahu’alaihi wasallam. Beliau tidak pernah membenci orang yang mengumpatnya. Bahkan Nabi Sallallahu’alaihi wasallam tidak pernah membenci orang Yahudi atau Nasrani.
allah humma solli 'ala muhammad

Tuesday, July 24, 2012

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?



Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

sumber

Wednesday, July 18, 2012

Bicara Cinta Habib Najmuddin Al-Khired.mp4

Jom semarakkan Mahabbah (cinta) Rasul s.a.w

Banyakkan selawat keatas junjungan mulia nabi s.a.w.
dan mengamalkan sunnah rasul s.a.w
 


Tuesday, July 17, 2012

Majlis Maulid Akbar @ TTDI JAYA, SHAH ALAM



Semua dijemput menghadiri Maulid Ihya' Ramadhan pada 18 Julai ini. Maulid diadakan sempena meraikan kedatangan Ramadhan dan juga penangguhan pembelajaran bagi menyambut Ramadhan. 

Untuk maklumat lanjut sila layari facebook kami di facebook.com/mtsawaassabil

Jumpa anda disana!

Kuliah Maghrib Al-Habib Najmuddin bin Othman Al-Khered : Allah telah menyembunyikan 3 perkara



Bismillah.. Allah humma solli a'la Muhammad wa a'la alaih

Pesanan Al-Habib Najmuddin Bin Othman Al-Khered (Pemimpin Majlis Ta'lim Sawa'assabil, Rubat AlHawi, TTDI Jaya, Shah Alam) dlm kuliah Maghrib 16/7/2012, surau At-Taqwa seksyen 7, shah alam.

Daripada sayyidina Ali Zainal Abidin yakni cucu kepada baginda Rasulullah s.a.w, 3 nasihat untuk dijadikan panduan dlm kehidupan.
Allah telah menyembunyikan 3 perkara

1. Allah menyembunyikan keredhaan dan rahmat Allah dalam sesuatu kebaikan, maka jgn memandang remeh pd 1 kebaikan yg dilakukan walaupun ianya kecil kerana mungkin disitu terletaknya
redha dan rahmat Allah. Seperti dlm 1 kisah yg dceritakan oleh baginda Nabi s.a.w ttg seorang perempuan bani israel (pelacur) dimasukkan kedalam syurga hanya kerana memberikan
minum kpd seekor anjing kerana saat itu ada redha dan rahmat allah.

2. Allah menyembunyikan Murka-Nya dlm kemaksiatan, oleh kerana itu jgn sesekali kita memperkecilkan / meremehkan / melakukan kemaksiatan kerana mungkin ketika itu adanya kemurkaan Allah
s.w.t yg mana dgn sebab itu kamu akan diheret masuk kedlm neraka. Nabi s.a.w cerita
#Tentang seorang perempuan (kuat beribadah) yg mengurung kucing tanpa memberikan makan,
sedang ibadahnya baik kpd Allah s.w.t.. maka sabda nabi "dia akan dimasukkan kedlm neraka"
#Tentang seorang perempuan (kuat beribadah) yg menyakiti hati jirannya, maka sabda nabi "dia akan dimasukkan kedlm neraka"
Maka jgn kita memperkecilkan / meremehkan kemaksiatan kerana mungkin ketika itu terdapat kemrukaan Allah s.w.t

3. Allah menyembunyikan kasih-Nya kpd hamba2nya oleh itu jgn kita memperkecilkan pun slh seorang drpd hamba2-Nya kerana mungkin hamba yg dikecilkan / dibenci itu adalah kekasih Allah s.w.t





Peganglah kpd 3 perkara ini pasti manusia akn berlumba2 mengejar kebaikan dan meninggalkan kejahatan / keburukan demi mendapatkan rahmat dan redha Allah s.w.t. yg disembunyikan drpd pengetahuan manusia.

http://sawaassabil.blogspot.com/
https://www.facebook.com/mtsawaassabil

Friday, June 8, 2012

THE WEST IS INDEBTED TO ISLAM!

As-salam..

Beberapa hari lalu aku ade menonton video kuliah subuh Ustaz Don Daniyal Biyazid - Masjid Al-Islah Permatang Tok Mahat

 

So dlm video ni Ustaz ada sebutkan mengenai "THE WEST IS INDEBTED TO ISLAM!" jadi aku pun google internet utk mendapatkan maklumat..
Dibawah adalah ucapan Carly Fiorina CEO Hewlett-Packard

Carly Fiorina


Excerpt: Hewlett-Packard CEO Praises Islamic Civilization

(Carly Fiorina says the West is indebted to Islam)

January 30, 2002

The contributions of the Islamic world are very much a part of Western civilization's heritage, said Carly Fiorina, Chairman and Chief Executive Officer of Hewlett-Packard Company.

"The technology industry would not exist without the contributions of Arab mathematicians. Sufi poet-philosophers like Rumi challenged our notions of self and truth. Leaders like Suleiman contributed to our notions of tolerance and civic leadership," Fiorina said in a speech, "Technology, Business and Our Way of Life: What's Next," delivered in Minneapolis, Minnesota September 26.

Speaking two weeks after the terrorist attacks on the World Trade Center and the Pentagon, Fiorina said, "In dark and serious times like this, we must affirm our commitment to building societies and institutions that aspire to this kind of greatness."

Following is an excerpt from Fiorina's 26 September speech:

(begin excerpt)
CARLY FIORINA MINNEAPOLIS, MINNESOTA SEPTEMBER 26, 2001

"TECHNOLOGY, BUSINESS AND OUR WAY OF LIFE: WHAT'S NEXT"

There was once a civilization that was the greatest in the world.

It was able to create a continental super-state that stretched from ocean to ocean, and from northern climes to tropics and deserts. Within its dominion lived hundreds of millions of people, of different creeds and ethnic origins.

One of its languages became the universal language of much of the world, the bridge between the peoples of a hundred lands. Its armies were made up of people of many nationalities, and its military protection allowed a degree of peace and prosperity that had never been known. The reach of this civilization's commerce extended from Latin America to China, and everywhere in between.

And this civilization was driven more than anything, by invention. Its architects designed buildings that defied gravity. Its mathematicians created the algebra and algorithms that would enable the building of computers, and the creation of encryption. Its doctors examined the human body, and found new cures for disease. Its astronomers looked into the heavens, named the stars, and paved the way for space travel and exploration.

Its writers created thousands of stories. Stories of courage, romance and magic. Its poets wrote of love, when others before them were too steeped in fear to think of such things.

When other nations were afraid of ideas, this civilization thrived on them, and kept them alive. When censors threatened to wipe out knowledge from past civilizations, this civilization kept the knowledge alive, and passed it on to others.

While modern Western civilization shares many of these traits, the civilization I'm talking about was the Islamic world from the year 800 to 1600, which included the Ottoman Empire and the courts of Baghdad, Damascus and Cairo, and enlightened rulers like Suleiman the Magnificent.

Although we are often unaware of our indebtedness to this other civilization, its gifts are very much a part of our heritage. The technology industry would not exist without the contributions of Arab mathematicians. Sufi poet-philosophers like Rumi challenged our notions of self and truth. Leaders like Suleiman contributed to our notions of tolerance and civic leadership.

And perhaps we can learn a lesson from his example: It was leadership based on meritocracy, not inheritance. It was leadership that harnessed the full capabilities of a very diverse population -- that included Christianity, Islamic, and Jewish traditions.

This kind of enlightened leadership -- leadership that nurtured culture, sustainability, diversity and courage -- led to 800 years of invention and prosperity.

In dark and serious times like this, we must affirm our commitment to building societies and institutions that aspire to this kind of greatness. More than ever, we must focus on the importance of leadership -- bold acts of leadership and decidedly personal acts of leadership.


(end excerpt) - Source

Translate :




""Pernah ada satu tamadun yang terbesar di dunia.
Ia mampu untuk mencipta benua super-negeri yang terbentang dari lautan ke lautan, dan dari climes utara tropika dan padang pasir. Dalam menguasai hidup beratus-ratus juta orang, pegangan-pegangan yang berbeza dan asal-usul etnik.
Salah satu bahasa menjadi bahasa universal banyak dunia, jambatan antara rakyat seratus tanah. Tentera yang telah dibuat rakyat dari negara, dan perlindungan tentera membenarkan ijazah keamanan dan kemakmuran yang tidak pernah dikenali. Jangkauan dagang ini tamadun meluas dari Amerika Latin ke China, dan di mana-mana di antara.
Dan Tamadun ini digerakkan lebih daripada apa-apa, oleh ciptaan. Arkitek yang mereka bentuk bangunan yang mencabar graviti. Ahli matematik telah menubuhkan algebra dan algoritma yang membolehkan pembinaan komputer, dan penciptaan kod rahsia. Doktor mengkaji tubuh manusia, dan mendapati penawar baru untuk penyakit. Ahli astronominya menyelidiki langit, menamakan bintang-bintang, dan membuka jalan bagi perjalanan dan penerokaan angkasa.
Penulis-penulisnya mencipta beribu-ribu cerita. Kisah-kisah keberanian, cinta dan sihir. Penyair yang menulis cinta, apabila orang lain sebelum mereka telah terlalu kaya di dalam ketakutan untuk memikirkan perkara itu.
Apabila negara-negara lain takutkan idea, tamadun ini maju ke atas mereka, dan disimpan mereka hidup-hidup. Apabila halangan mengancam untuk menghapuskan ilmu dari tamadun masa lampau, tamadun ini menghidupkan ilmu dan menyampaikannya kepada orang lain.
Manakala saham tamadun Barat moden banyak sifat-sifat ini, tamadun yang saya maksudkan adalah dunia Islam dari tahun 800 hingga 1600, yang termasuk Empayar Uthmaniyah dan mahkamah Baghdad, Damsyik dan Kaherah, dan pemerintah pencerahan seperti Suleiman yang Magnificent .
Walaupun kita sering tidak sedar keterhutangan kami ini kepada tamadun lain, hadiah adalah amat sebahagian daripada warisan kita. Industri teknologi tidak akan wujud tanpa sumbangan ahli matematik Arab. Penyair-ahli falsafah sufi seperti Rumi mencabar tanggapan kita diri dan kebenaran. Pemimpin seperti Suleiman menyumbang kepada tanggapan kita toleransi dan berkepimpinan.
Dan mungkin kita boleh belajar satu pengajaran daripada contoh beliau: Ia adalah kepimpinan berasaskan meritokrasi, bukan warisan. Ia adalah kepimpinan yang dimanfaatkan keupayaan penuh daripada penduduk yang pelbagai - yang termasuk agama Kristian, Islam, dan tradisi Yahudi.
Ini jenis kepimpinan pencerahan - kepimpinan yang memupuk budaya, kemampanan, kepelbagaian dan keberanian - membawa kepada 800 tahun rekacipta dan kemakmuran.
Pada zaman gelap dan serius seperti ini, kita mesti mengesahkan komitmen kami untuk bangunan persatuan dan institusi yang bercita-cita untuk jenis ini kebesaran. Lebih daripada biasa, kita mesti memberi tumpuan kepada kepentingan kepimpinan - tindakan berani kepimpinan dan perbuatan-perbuatan sini jelas peribadi kepimpinan"" - 


##Demikianlah seorang pengurus syarikat komputer yang terkenal, memberikan pendapat ikhlasnya dan meletakkan penghargaan yang begitu tinggi kepada tamadun Islam. Hanya orang yang berfikiran sempit sahaja yang berangan-angan mahu murtad dengan segera kerana menganggap Islam adalah agama kampungan, jumud, kolot dan ketinggalan zaman. Sedangkan orang-orang Barat yang berpendidikan tinggi secara peribadinya (walaupun mereka berusaha menyorokkan pendapat mereka) mengakui peranan Islam terhadap ketamadunan dunia. Namun masih ada segelintir dari mereka yang berani mengakuinya di khalayak ramai, walaupun selepas itu mereka dikenakan pelbagai tindakan dan hukuman.
Tidak lama selepas Carly Florina membuat ucap tama tersebut, beliau telah dipecat dari jawatannya...
Inilah Barat, masih angkuh, sombong dan tetap mahu mengubah sejarah.## - misteri dan keajaiban islam


BIODATA : CARLY FLORINA