Friday, December 24, 2010

BAHAYA KAHWIN DENGAN PROGRAMMER.. PENTING!!

Hahha2.. mcm suspen aje bunyi tajuknyer ek.. 
uikkss sebelom tu lupa plak.. 

SALAM 1 MALAYSIA, 

Hari ini saje aku nk kongsikan 1 lawak jenaka yang mungkin boleh menghiburkan hati anda yang sedang berduka lara hahah2... 

Lawak ni aku jumpa semasa melawat beberapa blog n web site.. ni linknyer.. klw rajin --> klik ek..
k la u all layanzzz..

"Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.
Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?
Isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found...
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied...
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters...
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It's by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use ... Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus. " - from www.pengantin.com.my








Tuesday, December 21, 2010

DOBI OH DOBI

SALAM 1 MALAYSIA..

Pada hari sabtu 18 disember 2010 yang lalu, aku dan adik ku telah menghadiri satu kursus berkenaan perniagaan dobi di seri kembangan.
Kursus yang dijalankan bermula pada 10am hingga 4pm tu sangat berguna kepada bakal usahawan dobi. Tajuk kursus adalah - Pelan Perancangan Dan Praktikal Pengendalian Sebuah Kedai Dobi. Pelbagai isu dan tips telah dikongsikan oleh En. Zam.

Insya allah jika tiada aral pada jan / feb 2011 aku akan membuka sebuah kedai dobi. Diharapkan kedai dobi ku akan terus maju. Insya allah.





Friday, December 17, 2010

PINJAMAN PERIBADI, KELAYAKAN 80%..






AKU ADA BERITA BAIK.. KEPADA KAKITANGAN AWAM YANG BERMINAT UTK MEMBUAT PINJAMAN PERIBADI / OVERLAP, SILA CALL 012 - 541 4096.
KELAYAKAN PINJAMAN 80% DARIPADA GAJI!!!. APA 80%? GILE APE!!
HA BETOI, SO KLW GAJI ANDA RM 2,000 ANDA LAYAK MEMINJAM SEHINGGA RM 200,000, POTONGAN MELALUI ANGKASA.

P/S : Gunakan lah pinjaman ini kearah kebaikan.
2 jenis pinjaman
1 - Pinjaman yang mendatangkan keburukan
     KESANNYA :
                            - Hidup dengan membayar hutang hingga ke mati..
                            - Keluarga anda porak poranda disebabkan masalah tak cukup duit
                               Anda nak beli itu tak mampu, beli ini tak mampu….
                            - Mungkin mencari wang secara jalan haram untuk menampung hidup..

2 - Pinjaman yang memberikan / mendatangkan kebaikan serta pulangan yang lumayan. Anda hanya perlu memilih instrument pelaburan yang selamat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh bank negara sila klik untuk semakan. Melaburlah menggunakan akal bukannya nafsu semata2..

Pilihan ditangan anda. Anda menentukan masa depan anda. Last but not least, hidup tenang walaupun berhutang.. hehe2..

Contoh hutang kearah kebaikan :
Membuat pelaburan yang baik seperti membeli unit saham ASB, Unit Amanah, membeli hartanah, Gold Bar, ternakan yang mempunyai market yg luas seperti lembu / kambing / rusa etc..
Wassalam..

Thursday, December 16, 2010

Fikir Dahulu Sebelum Melabur

FAKTA: Pernah Dicatatkan Lebih
88, 000 Kakitangan Awam Terjebak Dengan Skim Cepat Kaya!
 
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..
Tajuk diatas merupakan satu fakta yang benar.. 

"Biar betul! Ramainya.. Amat menakutkan statistik yang diberikan ini bukan? Mengapa ianya berlaku? Ini kerana golongan ini merupakan golongan yang mudah mendapat pinjaman/hutang dengan bank, jadi dengan mudah juga pihak - pihak yang penganjur skim cepat kaya ini memujuk dan memperdayakan mereka. 
Mereka diperdaya membuat pinjaman bank berpuluh - puluh ribu ringgit untuk menyertai skim mengarut yang kononnya mampu menjadikan mereka jutawan dengan segera. Inilah orang kita, mahu kaya dengan segera tanpa berusaha...Walaupun anda menafikan kata - kata ini, tapi itulah kebenarannya.... " - Jamaluddin Bahari.

Sebelum terlambat, dengan rendah diri saya ingin menyedarkan diri saya dan sahabat - sahabat semua, usahlah terjebak dalam skim - skim cepat kaya di internet ini. Kelak malapetaka akan menimpa anda... 

Sebelum membuat sebarang pelaburan adalah dinasihatkan agar anda menjalankan siasatan / kajian yang mendalam terlebih dahulu mengenai sebarang bentuk skim / pelaburan seperti membuat semakan dengan Bank Negara sila klik untuk melihat syarikat yang telah disenarai hitam / dlm siasatan BNM.

Sedikit Tips : 
1. Elakkan melabur di dalam skim yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan tanpa perlu bersusah payah.
2. Elakkan melabur sekiranya anda diminta untuk membuat keputusan dlm jangka masa yang singkat.
3. Elakkan melabur sekiranya sekiranya terdapat unsur-unsur bonus tajaan, bonus rekrut orang ataupun ala-ala MLM di dalam syarikat berkenaan.
4. Elakkan melabur sekiranya ada syarikat menerapkan unsur-unsur sentimen
seperti keagamaan, bangsa etc. untuk menarik anda menyertai mereka.
5. Jangan menandatangani borang pinjaman kosong.
6. Elakkan melabur didalam skim yang tidak jelas dan tidak difahami oleh anda.
7. Jangan terpedaya dengan kemewahan yang ditunjukkan seperti mempamerkan kenderaan mewah / rumah etc.
8. Dapatkan nasihat daripada mereka yang berkaitan dan berpengalaman.

Ingatlah tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha. Fikir dahulu sebelum membuat pelaburan.

"Anda adalah orang yang serupa pada hari ini dan 5 tahun akan datang kecuali 2 perkara, buku yang anda baca dan orang yang anda temui." -Charlie Jones-
Fakta : buletin utama 15 dis 2010: jumlah keseluruhan kes muflis bagi tempoh lima tahun lepas adalah sebanyak 87,583 menurut Datuk Liew Vui Keong sila klik.

dapatkan tips untuk menghasilkan E-book : sila klik  

"Just My 2cent Article"
sekian..

Thursday, December 2, 2010

JERSEY CLUB 2010/2011GRED "AAA" SHORT SLEEVE

salam 1 malaysia..

Jika anda ingin mendapatkan jersi pada harga yang murah sila info saya. Kami sedia menerima tempahan untuk mana2 pasukan atau individu..

sila SMS saya 012 - 541 4096

lawati artlinecrew untuk maklumat lanjut.

best regards
khairulnawawi