Kuliah
Maghrib Khas bersama Ustaz Azhar Idrus, akan diadakan pada hari Sabtu,
23 Mac 2013 bersamaan 11 Jumadil ‘Awal 1434 hijrah, Selepas Solat
Maghrib, bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abduln
Aziz.
#JOM AZAM UTK HADIR
SUMBER : https://www.facebook.com/masjidssaas
Perkongsian ilmu buat peringatan diri ini dan sahabat sekalian dalam menempuh kehidupan yg penuh pancaroba.. Mudah2an mendapat pahala amal diakhirat kelak.. amin..
Thursday, March 21, 2013
KULIAH MAGHRIB KHAS UAI 23/3/2013 - SHAH ALAM
Labels:
KULIAH MAGHRIB UAI 23/3/2013
Monday, March 11, 2013
MALAM CINTA RASUL
MALAM CINTA RASUL
23 MAC 2013 (SABTU) | 11 JAMADILAWAL 1434
7.00pm-11.30pm
DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR
23 MAC 2013 (SABTU) | 11 JAMADILAWAL 1434
7.00pm-11.30pm
DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR
Labels:
MALAM CINTA RASUL
Uwais Al-Qarni, Menjadi Sebutan Penduduk Langit
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dialah UWAIS AL-QARNI, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit.
Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.
Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.
Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.
Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.
Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.
Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...
Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.
Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.
Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:
"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."
Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.
Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.
Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?
Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.
Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.
Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"
Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,
"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."
Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.
Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.
Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.
Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.
Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.
"Engkau harus lekas pulang."
Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.
Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.
Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.
Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."
Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:
"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."
Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.
Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.
Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.
Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.
Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.
Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.
Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.
Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.
Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
"Siapakah nama saudara?"
"Abdullah." Jawab Uwais.
Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,
"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"
Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."
Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.
Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,
"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,
"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."
Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,
"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.
Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.
Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.
Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.
"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,
"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"
Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,
"Apa yang terjadi?"
"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.
"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.
"Kami telah melakukannya."
"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"
Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada kami,
"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."
"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.
"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya,
"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."
"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.
"Ya!" Jawab kami.
Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.
Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.
Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.
Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)
Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.
Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"
"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."
Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."
- Artikel iluvislam.com
- Penafian : Segala gambar yg tersiar adalah diambil dari sumber carian google tanpa diubah keadaan asalnya
Kuliah Maghrib Khas bersama Ustaz Azhar Idrus
Kuliah Maghrib Khas bersama Ustaz Azhar Idrus, akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Mac 2013 bersamaan 11 Jumadil ‘Awal 1434 hijrah, Selepas Solat Maghrib, bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abduln Aziz. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:
http://www.ustream.tv/
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Isnin, 11/03/2013
-Pendaftaran bagi Daurah Penghayatan Remaja Islam yang akan diadakan
pada 25/03/2013 hingga 28/03/2013 ini TELAH DITUTUP. Harap maklum.
Kuliah Syarah Al-Hikam bersama Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri akan
diadakan pada hari Rabu ini, 13/03/2013 selepas solat maghrib bertempat
di Dewan Solat Bawah, MSSAAS. Siaran secara langsung program ini boleh
ditonton menerusi pautan di bawah ini:
http://www.ustream.tv/channel/ masjid-sultan-salahuddin-abdul- aziz-shah
-Kuliah Maghrib Khas bersama Ustaz Azhar Idrus, akan diadakan pada hari
Sabtu, 23 Mac 2013 bersamaan 11 Jumadil ‘Awal 1434 hijrah, Selepas
Solat Maghrib, bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin
Abduln Aziz. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi
pautan di bawah ini:
http://www.ustream.tv/channel/ masjid-sultan-salahuddin-abdul- aziz-shah
-Program Tafaqquh Fiddin oleh Al-Fadhil Al-Walid Sheikh Muhammad
Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki akan diadakan pada hari
Ahad, 24/3/2013 selepas Solat Maghrib bertempat di Dewan Solat Atas
MSSAAS. Antara pengisian ialah solat tasbih dan tausiah. Siaran secara
langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:
http://www.ustream.tv/channel/ masjid-sultan-salahuddin-abdul- aziz-shah
-Kursus Pengurusan Jenazah, akan diadakan pada hari sabtu, 16 Mac 2013
bersamaan 4 Jamadil’Awal 1434 hijrah, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00
petang, bertempat di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah.Yuran penyertaan 50 ringgit Malaysia seorang.Pendaftaran boleh
dibuat di Pejabat pentadbiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
-Unit Pengimarahan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, telah
membuka pendaftaran bagi Keahlian Sukarelawan baru. Pendaftaran adalan
percuma, terbuka kepada individu yang berumur 16 tahun ke atas.
Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Pentadbiran Masjid Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah.
Maklumat Lanjut : https://www.facebook.com/masjidssaas
Thursday, February 7, 2013
Doa Pilihan
DOA AGAR DIKURNIAKAN KEAMPUNAN, HIDAYAH, REZEKI DAN KESELAMATAN
لهُمَّ اغْفِرْلِي، واهْدِنـِي، وَارْزُقْنِي، وَ عَافِنـِي، أَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ ضِيقِ الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
Maksudnya: “Ya Allah , ampunilah aku, berilah hidayah padaku,
anugerahkanlah aku dengan rezki, berilah afiat kepadaku, aku mohon
perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak.[1] DOA MEMOHON HATI YANG BERSIH
اللَّّـهُمَّ إنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَاْلجُبْـنِ وَالبُخْلِ، وَالهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَـبْرِ، اللَّّـهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيـُّهَا وَمَولاهَا، اللَّّـهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لَهَا
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucukan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan .
[2] DOA AGAR DIBERI KEKUATAN UNTUK SENTIASA BERZIKIR, SYUKUR DAN TAAT
اللَّـهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Maksudnya: Ya Allah, tolonglah aku agar dapat berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu, dan memperelokkan ibadah kepadaMu .
[3] DOA UNTUK MENGELAKKAN RACUN, SANTAU DAN PENYAKIT[4]
أعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Maksudnya :” Aku mohon perlindungan dengan perkataan Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang diciptakannya”.[5] MENGUBAT DEMAM PANAS
بسمِ اللـًّهِ الْكِبـيْرِ، نَعُوذُ باللَّـهِ الْعَظِيـْمِ مِنْ شَرِّ عِرقٍ نَعَّارٍ، وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّـارِ
Maksudnya : “Dengan nama Allah yang maha Besar, kami memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api ” .
[6] BACAAN MENGUBATI SAKIT
بسم الله 3x أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ، مِنْ شَرِّمَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ 7 x
“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaannya dari kejelekan sesuatu yang aku jumpai dan aku takuti.[7] Keterangan Petua BeramalMenurut apa yang diamalkan dalam kaedah perubatan Nabi saw , pesakit boleh mengubat kesakitan yang dialaminya iaitu dengan cara ; Letakkan tangan pada tubuh yang terasa sakit, dan bacalah jampi di atas mengikut bilangan yang diajarkan oleh Nabi saw itu . [8]Menurut al-Tirmizi, Nabi saw bersabda , tidaklah seseorang yang menderita sakit yang belum datang ajalnya , lalu dia membacakan doa ini melainkan akan disembuhkan Allah .
[9] DOA APABILA MELIHAT ORANG YANG DITIMPA MUSIBAH
الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلاكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلاً
Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari sesuatu yang Allah memberi cubaan kepadamu dan Allah telah memberi kmuliaan kepadaku melebihi orang banyak.[10] Keterangan Petua Beramal Lanjutan dari hadith di atas , Nabi saw bersabda , barangsiapa yang membaca doa ini, dia tidak akan ditimpa musibah tersebut. Maka janganlah kita lupa mengamalkan doa ini apabila kita melihat sesuatu bencana seperti kemalangan jalanraya, penyakit dan sebagainya berlaku. Mudah-mudahan dengan berkat doa ini, kita terpelihara daripada mengalaminya, InsyaalLah .
DOA APABILA DITIMPA PERKARA YANG TIDAK DISENANGI
قَدَّرَ اللَّـهُ وَ مَا شَاءَ فَعَلَMaksudnya: “Allah sudah mentaqdirkan, dan Dia berbuat mengikut apa yang dikehendakiNya”.
[11] DOA AGAR TERHINDAR DARI BERBAGAI KEJAHATAN
اللَّـهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ و رَبَّ الأَرْضِ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالفُرْقَانِ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ، اللَّـهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، و أَنْتَ َالآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَ أَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ، إِقْضِ عَنَّا الدَّيْنِ، وَأَغْنِنَا مِنَ الفَقْرِ
Ya Allah , Tuhan langit yang tujuh, tuhan bumi, tuhan arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhansegala sesuatu , pembelah biji dan benih , tuhan yang menurunkan taurat , injil dan al-Furqan ( al-Quran ), aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan yang Engkau pegang ubun-ubunnya, ya Allah engkaulah yang pertama tiada sesuatu sebelumMu, Engkaulah yang paling akhir, tiada sesuatupun sesudahMu. Engkaulah yang Zahir, tiada sesuatu yang lebih hebat dariMu, dan Engkaulah yang batin, tiada sesuatupun yang tersembunyi dariMu, tunaikanlah hutang kami dan cukupkanlah keperluan kami .
[12] DOA WAKTU DITIMPA MUSIBAH
إِنـَّا ِللَّـهِ وَإِنـَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّّـهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Maksudnya : Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku)
[13] DOA SOLAT WITIR اللَّـهُمَّ إِنِّي أعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَ بِمَعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَ أعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
Maksudnya: ‘Ya Allah, Aku memohon perlindungan dengan keredhaanMu daripada ditimpa kemurkaanMu,dan aku memohon dengan keafiatanMu dari ditimpa hukumanMu,dan aku memohon perlindunganMu. Aku tidak mampu untuk membuat pujian ke atasMu sebagaimana Engkau memuji DiriMu sendiri.
[14] DOA MELIHAT PERKARA YANG DISUKAI ATAU DIBENCI Bacaan Melihat Perkara Yang Disukai
الحَمْدُ للَّـهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
Segala Puji bagi Allah yang dengan nikmatNya sempurnalah segala kebaikan .
[15] Bacaan Melihat Perkara Yang Tidak Disukai الحَمْدُ للَّـهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
Segala Puji bagi Allah atas segala perkara . DOA AGAR SELAMAT DARI KEMALANGAN
اللَّـهُمَّ لا يَأْتِي بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ، وَ لا يَذْهَبُ بِالسَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّـهِ
Ya Allah , tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau , dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau, Tiada upaya melainkan dengan Allah swt .
[16] Penjelasan dan cara beramal
Menurut Ibnus Sunni, Nabi saw mengajar kita memohon keselamatan dari musibah-musibah yang dirasakan akan berlaku. Terutamanya zaman sekarang apabila berbagai kemalangan berlaku tanpa mengambil kira masa dan tempat, maka seseloknya kita beramal dengan doa ini selain dari mengambil langkah-langkah patut untuk mengelakkannya .
BACAAN KETIKA TAKUT
اللهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِهِمْ وَ نَعُوذُبِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ
Ya Allah, kami jadikan Engkau di leher mereka dan kami berlindung kepadaMu dari kejahatan mereka[17] DOA APABILA RIBUT
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَأَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّهَا
Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadamu kebaikan angin ini, dan aku berlindung kepadamu dari kejahatannya.
[18] DOA MURAH REZEKI
الَّلهُمَّ اغْفِِرْلِي ذَنْبِي وَوَسِّعْ لِِي فَي دَارِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا رَزَقْتَنِي
Ya Allah , ampunkanlah dosaku, dan kurniakan padaku keluasan pada
tempat tinggalku , dan berkatilah pada rezki yang Kau kurniakan padaku.[19] DOA AGAR MENDAPAT PELUANG PERNIAGAAN DAN REZKI YANG PALING BANYAK
اللَهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيباً فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ فِي الغَدَاةِ مِنْ نُورٍ تَهْدِي بِهِ، وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ، وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ، وَبَلاءٍ تَرْفَـعُهُ، وَفِتْـنـَةٍ تَصْرِفُهَا، وَسُوءٍ تَدْفَـعُـهُ.
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan ( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan bala yang Engkau angkatkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan fitnah yang Engkau jauhkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan keburukan yang Engkau hindarkan
( dari menimpa hamba-hambaMu )”.
[20] DOA KETIKA DALAM KESUSAHAN
لاَ إِلَهَ إِلاَ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنْ الظَّالِمِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.
[21] DOA PADA WAKTU PAGI DAN PETANG
بِاسْمِ اللَّـهِ الَّذِي لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَ لا فِي السَّماءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak memudaratkan dengan namaNya itu sesuatu yang berada di bumi dan di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui”.
[22] DOA UNTUK MENGELAK LUPA
اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا، وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَ ارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا.
“Ya Allah , tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, Muliakankah kami, jangan dihina, berilah buat kami, jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami” .
[23] DOA MEMOHON SELAMAT DARI BALA DAN KEHINAAN
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْـبَلاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَ سُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَـةِ الأَعْدَاءِ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadha` dan kegembiraan musuh ( terhadap masalahku .)
[24] DOA BERLINDUNG PENYAKIT-PENYAKIT BAHAYA SOPAK, GILA DAN STROK
اللَّهُمَّ إِنِّي أعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari penyakit sopak, gila, kusta dan keburukan berbagai penyakit yang lainnya .
[25] SAYYIDUL ISTIGHFAR ( PENGHULU ISTIGHFAR ) Dalam sebuah hadith riwayat Al-Bukhari dari Syaddad bin Aus , Nabi mengajar sepotong doa . Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi , lalu dia mati pada petangnya , maka dia akan menjadi ahli syurga . Demikian pula bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang , lalu meninggal dunia selepas itu maka jadilah dia dari kalangan ahli syurga :
للَّهمَّ أًنْتَ رَبِّي لا إلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَ أَنَا
عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ ما اسْتَطَعْتُ، أعُوذُبِكَ
مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ
بِذَنْبِي، فاغْفِرْلِي فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ.
Maksudnya: “Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau,
Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hambaMu, dan aku berjanji
mentaatiMu semampuku, aku berlindung dariMu dari kejahatan kelakuanku.
Ku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali
kepadaMu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa
yang dapat mengampuniku melainkan Engkau”.[26] DOA DIPERMUDAHKAN HISAB
اَللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَاباً يَسِيراً
Maksudnya: “Ya Allah Mudahkanlah perhitunganku”. DOA AGAR PANJANG UMUR, MURAH REZKI DAN DIBERKATI
اللهُمَّ أكْثِرْ مَالِي وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا
أَعْطَيْتَنِي، وَأَطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأَحْسِنْ عَمَلِي،
وَاغْفِرْلِي
Ya Allah, banyakkanlah hartaku dan anakku, serta berilah keberkatan
atas setiap apa yanga Engkau kurniakan. Panjangkanlah kehidupanku dalam
ketaatan terhadapMu serta perbaikilah amalanku dan kurniakanlah
keampunan kepadaku .[27] DOA AGAR DAPAT MEMBAYAR HUTANG
اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu.
[28] DOA MEMOHON KETETAPAN IMAN DAN KELANGSUNGAN NIKMAT
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْألُكَ إِيمَاناً لا يَرْتَدُّ، وَنَعِيماً لا يَنْفَدُ، وَ مُرَافَقَةَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ .
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu iman yang tidak akan lepas ( murtad ) nikmat yang tak akan habis dan menyertai Nabi Muhammad saw di syurga yang paling tinggi selama-lamanya.
[29] DOA MASUK PASAR
لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّـهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ
الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ،
بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya : Tiada Tuhan yang berhak di sembah selain Allah yang Maha
Esa, tiada sekutu baginya, baginya kerajaan, baginya segala pujian,
Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan , Dialah yang hidup tidak
akan mati. Di tanganNya kebaikan. Dialah yang Maha Kuasa atas segala
sesuatu.[30]
Mari perbanyakkan istighfar.. mudah2an Allah s.w.t mengampuni dosa2 kita
Rujukan :
[1] HR al-Nasa`ei no 209 , Ibn Majah no 1356 , lihat sahih sunan al-Nasa`ei no 356 dan sahih Ibn Majah no 226
[2] HR Muslim no 2722
[3] HR Abu Dawud no 1522 , dianggap sebagai sahih oleh al-Hakim ,
[4] Tajuk ini disesuaikan dari bahasa Arabnya: Ma Yuqalu Li Daf’ al-Sumum Wa Al-Afat dari Kitab Al-Nasihat Fi Al-Ad’iyyat Al-Sahihat karangan al-Imam Ab Ghani Al-Maqdisiy [5] HR Muslim no 2709, Ibn Hibban no 2360 dan Ibnus Sunni no 533
[6] HR al-Hakim dalam al-Mustadrak no 414,dianggapnya sebagai sahih,
[7] H R Muslim no 2202
[8] Lihat Syarh Nawawi ‘ala Muslim, no 184 ,
[9] HR al-Tirmizino 2083 , lihat sahih al-Tirmizi no 1698
[10] HR al-Tirmidzi no 3431 [11] HR Muslim no 2664 [12] HR Muslim no 2713
[13] HR Muslim no 918
[14] HR al-Tirmizi no 3566, hadith hasan
[15] HR Al-Hakim dalam Al-Mustadrak no 499 ,
[16] HR al-Tirmizi no 3482 , lihat sahih al-Jami’ al-Soghir no 1297 , sahih al-Nasa’ei no 5053 [17] HR Abu Dawud dan An-Nasa’ei dengan sanad yang sahih. Al-Azkar no 318 mengikut susunan oleh Dr Hamid Ahmad Al-Tahir.
[18] HR Abu Dawud no 5097 , Ibn Majah no 3727
[19] HR Ahmad , al-Tirmizi( Al-Jami’ Al-Tirmizi dalam bab al-da’awat , Ahmad ( al-Musnad 4 / 399 ), Al-Nasa’ ei ( Amal al-Yaum wallailah ms 172 ) Ibnus Sunni ( Amal al-Yaum wallailah) dan dianggap sebagai sahih oleh An-Nawawi
[20] HR Ibn Abi Syaibah dan Al-Tabarani, lihat kitab Da’ei al-Falah oleh Al-Suyuti hlm 61.
[21] Doa ini dipetik daripada ayat ke 87 surah Al-Anbiya`.
[22] HR al-Tirmizi no 3388 hadith hasan.
[23] HR al-Tirmizi no 3173, Lihat Tafsir Ibn Kathir : tafsir ayat 1, Surah al-Mukminun
[24] HR al-Bukhari no 6347 dan Muslim no 2707
[25] HR Abu Dawud no 1554, al-Nasa’ei no 270 , lihat sahih an-Nas’ei no 1116
[26] HR al-Bukhari no 6306
[27] HR al-Bukhari dalam adab al-mufrad no 653 dan. HR al-Tirmizi no 2329
[28] HR al-Tirmizi no 3563 , Ahmad 1/153 dari Ali r.a
[29] HR Ibn Hibban no 2436,
[30] HR al-Tirmizi no 3429, Al Hakim no 538 , hasan
Labels:
Doa Pilihan
Subscribe to:
Posts (Atom)







