Wednesday, January 30, 2013

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!




"Ramai org tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya...
selalunya org mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta..
dengan faktor kekayaan.
walaupun itu boleh menjadi penyumbang, tetapi itu bukan segala2nya" - Tuan guru Prof Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Tuesday, January 29, 2013

Tuan Guru Tok Ayah Musa Tumpat

Syaikhuna Al-'Alim Al-'Allamah Asy-Syaikh Tuan Guru Haji 'Abdul Qadir Bin Muhammad Yusuf Hafizahullah Ta'ala. Yang Dikenali sebagai Tok Ayah Musa Tumpat

PERBANYAKKAN SELAWAT KEPADA JUNJUNGAN MULIA NABI S.A.W

Pesanan Tuan guru agar kita memperbanyakkan shalawat ke atas rasul صلى الله عليه وسلم , dengan rasa penuh ta'zim ke atas rasul kita

 

Tuan guru meneruskan nasihatnya dengan menyebutkan dalil ayat al-quran yang berbunyi:



إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat ke atas Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." ( al-Ahzab : 56)

Tuan guru menjelaskan : "Ibadat-ibadat yang lain, Allah perintahkan terus dengan menyebutkan ibadat itu. Tapi untuk shalawat, Allah menyebut dirinya, Allah menyebut dengan para malaikatnya.. Itu menunjukkan ibadat shalawat ini memiliki kemuliaan dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah."

Tuan guru terus menyatakan kemuliaan dan budi pekerti rasulullah صلى الله عليه وسلم , sehinggalah..

LINANGAN AIRMATA MAHABBAH & KASYAF TUAN GURU

Tak semena-mena faqir sendu tersedu-sedu.. Airmata tumpah setelah kelopak mata tak mampu menanggung linangannya..


IKUTI CERITA PENUH PERTEMUAN PERTEMUAN ZIARAH Ustaz Ibrahim al-Banjari dan anak didik beliau dgn Tuan guru tok ayah Musa tumpat (semoga allah merahmati beliau) Pada May 2012 : sila klik

  al-fatihah

TUAN GURU HJ MUSA TUMPAT /  Nama sebenar Tok Ayah adalah TN GURU HJ ABDUR QADIR 
telah kembali KERAHMATULLAH pada jam 3 pagi 14 Rabiul Awal 1434 hari Sabtu ( 26.1.2013) telah selamat dikebumikan jam 9.30 pagi tadi (26.1.2013)
Moga Roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang beriman dan orang berjaya dunia Akhirat ...
TOLONG HADIAHKAN FATIHAH dan KHUL HU WALLAH 
kepada Tok Ayah Musa , yang terbaiknya tolong hadiahkan pahala Tahlil pada Tok Ayah Musa . 

TOK AYAH MUSA 
DALAM KENANGAN 


 Al Fatihah buat Tok Ayah Musa , Tumpat Kelantan

Wallahua'lam.. 

sumber : 

tarbiyyahibnumasran.blogspot.com

Friday, January 25, 2013

YA IMAM AR-RUSLI YA SANADI

As salammu a'laikum..

Ni ana kongsikan qasidah yg meruntun jiwa kita sebagai umat baginda yg mulia Rasullullah s.a.w.
Mudah2an dengan mengingati dan menyayangi baginda kita akan beroleh syafaat di akhirat kelak!

Allah humma solli a'la sayyidina muhammad!

YA IMAM AR-RUSLI YA SANADI



   يَا إِمَامَ الرُّسْلِ يَا سَنَدِي
Wahai penghulu para rasul ! wahai sandaranku

  أَنْتَ بَعْدَ الله مُعْتَمَدِي
Setelah Allah, engkau adalah peganganku

  فَبِـدُنْيـَايَ وَآخِـرَتِي
Dalam urusan dunia dan akhiratku

  يا رسول الله خُذْ بِيَدِيْ
Wahai rasulullah! Bantulah aku

  عَطْفَـةً يَا جِيْرَةَ الْعَلَـمِ
Belas kasihmu wahai yang berjiran dengan Ka’bah

  يَا أُهَيْلَ الْجُوْدِ والْكَـرَمِ
Wahai keluarga yang bermurah dan mulia

  نحنُ جِيْرَانٌ بِذَا الْحَـرَمِ
Kami berada berhampiran dengan Kota Haram

  حَرَمُ الإحْسَانِ والْحَسَـنِ
Kota yang penuh ihsan dan kebaikan

  نحن مِنْ قَوْمٍ بِهِ سَكَنـُوْا
Kami daripada kaum yang tinggal di Kota Haram

  وَبِهِ مِنْ خَوْفِهِمْ أَمِنـُوْا
Di dalamnya mereka aman daripada ketakutan

  وَبِآيَاتِ الْقُرْآنِ عُنـُوْا
Dan oleh ayat-ayat Al-Quran mereka di perhatikan

  فَاتَّئِـدْ فِيْنـَا أَخَا الْوَهَـنِ
Maka janganlah kamu tergesa-gesa atas kami wahai saudara yang lemah

نَعْرِفُ الْبَطْحـَاء وَتَعْرِفُنـَا 
Kami kenal kepada padang pasir (Mekkah) dan ia mengenal kami

وَالصَّـفَا وَالْبَيْـتُ يَأْلَفُنـَا
Demikian pula Bukit Sofa dan Ka’bah

وَلَنَا الْمَعْـلَى وَخَيْـفُ مِنَى
Untuk kami Ma’la dan Khaif Mina

فَاعْلَمَـنْ هذَا وَكُنْ وَكُـنِ
Ketahuilah engkau akan hal ini dan yakinlah

  وَلَنـَا خَيْـرُ الأَنـَـاِم أَبُ
Untuk kami sebaik-baik manusia sebagai ayah

  وعَـلِيٌّ الْمُرْتَضَـى حَسَـبُ
Dan Ali Al-Murtadha sebagai datuk kami

  وإِلَى السِّـبْطَيْـنِ نَنْتَسِـبُ
Kepada dua cucu Nabi (Hasan & Husein) kami bernasab

  نَسَبـًا مَا فِيْـهِ مِـنْ دَخَـنِ
Nasab yang tiada terdapat keraguan

  أَهْلُ بَيْتِ الْمُصْطَـفَى الطُّهُـرِ
Keluarga nabi yang suci

  هُـمْ أَمَـانِ الأَرْضِ فَاذَّكِـرِ
Mereka pengaman dimuka bumi, maka ingatlah itu

  شُـبِّهُـوْا بِالأَنْجُـمِ الزُّهُـرِ
Mereka umpama bintang-bintang yang gemerlapan

  مِثْلَ مَا قَدْ جَـاءَ فِي السُّنَـنِ
Sebagaimana telah di nyatakan dalam hadith-hadith

  وسَـفِـيْنٌ لِلنَّـجَـاةِ إِذَا
Mereka umpama bahtera keselamatan bila

خِفْتَ مِنْ طُوْفَانِ كُلِّ أَذًى
Kau takut angin taufan yang menghanyutkan

  فَانْجُ فِيْهَا لاَ تَكُوْنُ كَـذَا
Maka naiklah ke atasnya kau akan selamat

  فَاعْتَصِمْ بِاللهِ وَاسْتَعِنِ
Berpegang teguhlah dengan Allah dan mintalah pertolongan

  رَبِّ فَانْفَعْنَا بِبَرْكَتِهِمْ
Ya Allah, kurniakanlah kami dengan berkat mereka

  وَاهْدِنَا الْحُسْنَى بِحُرْمَتِهِمْ
Berilah petunjuk pada kami jalan yang baik dengan kehormatan mereka

  وَأَمِتْـنَا فِي طَرِيْقَتِهِمْ
Matikanlah kami pada jalan mereka

  وَمُعَـافَاةٍ مِنَ الْفِتَنِ
Serta selamatkanlah kami dari fitnah

  ثُمَّ لاَ تَغْتَرَّ بِالنَّسَبِ
Janganlah engkau membanggakan diri dengan nasabmu

لاَ وَلاَ تَقْنَعْ بِكَانَ أَبِي
Dan jangan pula engkau merasa cukup dengan kejayaan ayahmu

  وَاتَّبِعْ فِي الْهَدْيِ خَيْرَ نَبِيّ
Ikutilah sebaik-baik nabi dalam petunjuknya

  أحْمَدِ الْهَادِي إلَى السَّنَنِ
Iaitu Ahmad, pemberi petunjuk pada jalan yang benar


sumber : akumama.blogspot

Wednesday, January 23, 2013

SUBHANALLAH : Lelaki Mengaji Dalam Koma

SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKHBAR!

Lelaki Mengaji Dalam Koma


Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan- SubhanAllah, apa jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar.

Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan ” apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti “. Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.

Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.
 

Tuesday, January 22, 2013

BIOGRAFI AL ALAMAH AL HABIB ALI ZAENAL ABIDIN ABU BAKAR AL HAMID

Biografi 
Al Habib Ali Zaenal Abidin 
Bin Abu Bakar Al Hamid


Majlis Ta'lim Darul Murtadza dibimbing oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid.

Nama penuh / Nasab beliau: 
Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar

Berikut adalah sedikit sebanyak tentang latar belakang beliau:-

1974 – 1992


Foto Kredit: RoundtripParadise

Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ.

Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:
  1. Ustadz Hasan Baharom
  2. Ustadz Soleh Bal As'ad
  3. Ustadz Abdul Hamid
  4. Ustadz Soleh Bin Agil
  5. Ustadz Ahmad Barakwan
  6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar
dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.

1993 – 1995



Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:

  1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
  2. Al Habib Ali Masyhur
  3. Al Habib Salim As Syatiri
  4. Al Habib Hasan As Syatiri
  5. Al Habib Abdullah Bin Syihab
  6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
  7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
  8. Syeikh Fadal Ba Fadal
  9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
  10. Syeikh Umar Husain Al Khatib
  11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
  12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri

Habib Umar Bin Hafidz (kanan) bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

1996 – 2001

Foto Kredit: ibnuirfadzil

Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:

1. Dr. Abdul Badi' Abu Hashim
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum'ah
4. Dr. Muhammad Jibril


Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.

2002 – SEKARANG
Foto Kredit: src-iium

Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law' dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri.

Setelah selesai kuliahnya di peringkat Sarjana (Masters), beliau sekarang sedang giat berusaha menyempurnakan Doktor Falsafah (PhD) beliau dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

DARUL MURTADZA



Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih.


Alhamdulillah, sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke sekarang, di Surau Al Hidayah (AU3) dengan jemaah yang makin bertambah.

Latarbelakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia.

LOKASI TERKINI MAJLIS TA'LIM DARUL MURTADZA :

Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur
GPS:  3.178385, 101.737883

JAGALAH ALLAH, MAKA ALLAH AKAN MENJAGAMU



Assalamualaikum...

Jom tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.. Mudah2an beroleh pahala amal di akhirat kelak. Amin..

 

"Jagalah Allah, maka Ia akan menjagamu, Jagalah Allah nescaya engkau akan dapatinya mengukuhkanmu, bila engkau meminta, mintalah kepada Allah, bila engkau memohon pertolongan, mohonkanlah kepada Allah.

Ketahuilah bahawa jika seluruh umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat bagi mu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada mu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah untukmu.

Dan jika seluruh umat ini berkumpul untuk memudharatkanmu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan dapat memudharatkanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah kepadamu. Pena-pena telah diangkat dan lembaran catatan telah ditutup"

[Riwayat Tirmidzi]

SUMBER : darulmurtadza.com

Wednesday, January 16, 2013

PROGRAM FUN CYCLING "MARI GATEH SIKA 6.0 BERSAMA UAI"


AS SALAMUA'LAIKUM..

Hebahan umum.. bagi anda yang mempunyai kelapangan masa pada tarikh 27 Jan 2013,
 ini diwar2kan

PROGRAM CYCLING "MARI GATEH SIKA 6.0 BERSAMA UAI"

"MARI MENGAYUH BASIKAL 6.0 BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS"
 

MAKLUMAT LANJUT DAN DAFTAR SECARA ONLINE : SILA KLIK

 










WEB Site : gatehsika.com/

latest update :
 
Update : pendaftaran telah ditutup
 

Friday, January 11, 2013

BICARA SANTAI USTAZ DON

Assalamua'laikum..

Perkongsian pada petang ni.. Santai Bersama Ustaz Don Daniyal di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor

JIKA BERKESEMPATAN DUDUK DIHADAPAN MAKAM NABI S.A.W, JANGAN LUPA MEMOHON KEPADA RASULULLAH S.A.W, AGAR BERDOA SUPAYA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA KITA.. 



Surah An-Nisa, Ayat 64:
 
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللَّهِ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوا أَنفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَّحِيمًا

"Dan kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." 





Siapa pun tak pernah menceritakan ayat yang sangat istimewa ni.

Diceritakan oleh
Muhibb Al-Allamah Fadhilatus Syeikh Ali Jum'ah (mufti mesir) suatu hari seorang alim ulama bernama Al Utbi sedang duduk di maqam nabi, lalu datang seorang arab badwi meluru ke maqam nabi lalu bacakan ayat ni dan selepas itu berkata "Ya Rasulullah aku datang dengan keadaan yang banyak dosa, kau mintalah pada Allah agar ampunkan dosa aku" lalu arab itu pun berlalu pergi dan Al-Utbi pun tertidur.

Lalu dalam mimpi nya, Rasulullah datang lalu bersabda "panggil orang tadi dan katakan padanya yang Allah ampun kan semua dosanya".

Lalu dibahaskan oleh para alim ulamak ayat ni valid sampai bila? lalu sepakat mengatakan bahawa ayat ni valid sampai ke hari kiamat.

Tuan2 dan puan2 marilah kita rebut peluang ini, jika ada rezki kita menunaikan umrah atau haji nanti, selepas bagi salam pada Rasul tercinta, bacalah ayat ni dan mintalah pada Rasulullah agar ampunkan dosa2 kita. InsyaAllah....


sharing dari ustaz Don Daniyal...


ADAB ZIARAH MAKAM NABI S.A.W : SILA KLIK

ZIARAH NABI S.A.W

 

Hukum Ziarah dan Kelebihannya:

Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa menziarahi baginda adalah sebesar-besar usaha mendekatkan diri kepada Allah dan sebaik-baik ketaatan. Orang yang menziarahi juga hendaklah berniat menziarahi masjid baginda kerana baginda telah bersabda bahawa sembahyang di dalamnya lebih baik dari seribu sembahyang di tempat yang lain melainkan Masjidilharam.
Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.:
(Janganlah kamu bersusah payah untuk musafir melainkan ke tiga buah masjid: Masjidilharam, masjidku ini dan Masjidilaqsa).
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
(Sesiapa yang menziarahi maqamku, pasti dia mendapat syafaatku).

Adab-adab Ziarah:
  • Sepatutnya bagi pengunjung ketika dia menghala ke Madinah Munawwarah, dia banyak mengucapkan selawat dan salam ke atas Nabi serta memohon kepada Allah supaya memanfaatkannya dengan ziarahnya itu dan menerima ziarahnya itu kemudian berdoa:
(اللهم افتح لي أبواب رحمتك، وارزقني في زيارة نبيك (صلى الله عليه وسلم) ما رزقته أولياءك وأهل طاعتك واغفر لي وارحمني يا خير مسؤول).
  • Dia disunatkan mandi sebelum memasuki Madinah Munawwarah dan memakai pakaian yang paling bersih.
  • Apabila sampai di pintu masjid baginda s.a.w, dia hendaklah mendahulukan kaki kanannya ketika melangkah masuk dan menggunakan kaki kirinya ketika melangkah keluar.
  • Dia masuk dengan menuju ke Raudhah (iaitu bahagian di antara mimbar dan maqam Nabi di mana permaidaninya berwarna hijau sedangkan permaidani masjid di bahagian yang lain semuanya berwarna merah). Setelah itu dia mendirikan sembahyang sunat Tahiyyat Masjid kemudian dia datang ke maqam Nabi dan berdiri menghadap muka baginda s.a.w. sekitar empat hasta dari dinding maqam dalam keadaan beradab kemudian memberi salam tanpa menguatkan suaranya cuma cukup sekadar didengar oleh dirinya sendiri, sebagai tanda peradaban bersama baginda s.a.w.
  • Pengunjung membaca dengan hati yang khusyuk sambil menundukkan muka serta memperlahankan suara dan tidak banyak menggerakkan anggota badan:
(السلام عليك يا رسول الله, السلام عليك يا نبي الله السلام عليك يا حبيب الله, السلام عليك يا خيرة خلق الله, السلام عليك يا صفوة الله, السلام عليك يا سيد المرسلين وخاتم النبيين, السلام عليك يا قائد الغر المحجلين, السلام عليك وعلى أهل بيتك الطيبين الطاهرين, السلام عليك وعلى أزواجك الطاهرات أمهات المؤمنين, السلام عليك وعلى أصحابك أجمعين, السلام عليك وعلى سائر عباد الله الصالحين, جزاك الله يا رسول الله أفضل ما جزى نبياً ورسولاً عن أمته, وصلى الله عليك كلما ذكرك الذاكرون, وغفل عن ذكرك الغافلون. أشهد أن لا إله إلا الله, وأشهد أنك عبده ورسوله, وأمينه وخيرته من خلقه, وأشهد أنك قد بلغت الرسالة, وأديت الأمانة, ونصحت الأمة, وجاهدت في الله حق حهاده).
  • (Sesiapa yang kesuntukan masa untuk berbuat demikian atau tidak mengingatinya, dia bolehlah membaca sebahagian dari salam ini sahaja).
  • Jika seseorang memesankannya supaya menyampaikan salam kepada Rasulullah s.a.w dia hendaklah memberi salam secara menyebut: (السلام عليك يا رسول الله من فلان ابن فلان).
  • Kemudian dia melangkah ke kanan sekadar satu hasta lalu memberi salam kepada Sayidina Abu Bakar r.a dengan berkata:
(السلام عليك يا خليفة رسول الله ، السلام عليك يا صاحب رسول الله في الغار ، السلام عليك يا رفيقه في الأسفار ، السلام عليك يا أمينه على الأسرار ، جزاك الله عن الإسلام والمسلمين خيراً ، اللهم ارض عنه وارض عنا به).
  • Kemudian dia melangkah ke kanan sekadar satu hasta lalu memberi salam kepada Sayidina Umar r.a. dengan berkata:
(السلام عليك يا أمير المؤمنين، السلام عليك يا من أيد الله به الدين، جزاك الله عن الإسلام والمسلمين خيراً، اللهم ارض عنه وارض عنا به).
  • Setelah itu dia kembali semula ke Raudhah dan banyak mendirikan sembahyang dan berdoa di sana.
Ziarah Perkuburan Baqi', Syuhada' Uhud dan Masjid Quba':
  • Sunat keluar ke perkuburan Baqi' pada setiap hari terutamanya tengahari hari Jumaat iaitu selepas memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. Apabila sampai di sana kita memberi salam dengan berkata:
    (السلام عليكم دار قوم مؤمنين، وإنا إن شاء الله بكم لاحقون، اللهم اغفر لأهل البقيع، اللهم اغفر لنا ولهم)
    Pengunjung juga sepatutnya menziarahi masjid Quba' untuk sembahyang di dalamnya kerana pernah Nabi s.a.w datang ke masjid Quba' dalam keadaan menunggang dan berjalan kaki, baginda mendirikan sembahyang dua rakaat di dalamnya dan yang paling afdhal ialah pada hari Sabtu kerana Rasulullah s.a.w pernah datang ke masjid ini pada setiap hari Sabtu.
     
  • Sebagaimana sunat juga menziarahi syuhada Uhud pada hari Khamis terutamanya penghulu syuhada' Hamzah bapa saudara Rasulullah s.a.w.
Sembahyang Di Madinah:
  • Sunat mendirikan sembahyang semuanya di Masjid Nabi sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:
    (Sembahyang di masjidku ini lebih baik dari seribu sembahyang yang dilakukan di masjid yang lain selain Masjidilharam).
Keluar Dari Madinah dan Musafir:
  • Disunatkan bagi pengunjung apabila dia ingin keluar dan musafir, dia hendaklah meninggalkan masjid Nabi dengan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat dan berdoa dengan doa yang dia inginkan kemudian dia datang ke Raudhah dan memberi salam sebagaimana dia memberi salam sebelum itu serta dia berdoa dengan menyebut sanak saudaranya bersama-sama di dalam doa tersebut dengan penuh tadharru' dan meninggalkan Nabi s.a.w sambil berdoa:
(اللهم لا تجعل هذا آخر العهد بحرم رسولك (صلى الله عليه وسلم) ويسر لي العود إلى الحرمين سبيلاً سهلة بمنك وفضلك وارزقني العفو والعافية في الدنيا والآخرة وردنا سالمين غانمين إلى أوطاننا آمنين).
Seterusnya dia berkata: Kamu bukanlah orang yang ditinggalkan wahai Rasulullah).

BACAAN LANJUT DAN INFORMASI LAIN : SILA KLIK

SUNNAH DAN ADAB-ADAB HARI JUMAAT

Salam Jumaat yang penuh baraqah kalian..

Hari ini ada terlihat gambar daripada fb rakan berkenaan sunnah dan adab2 pada hari jumaat, maka ini lah saya kongsikan berkenaan solat jumaat / sunnah dan Adab2 hari Jummat, agar dapat kita memanfaatkan dan menuruti sunnah baginda Nabi s.a.w.





 
Ingat perbanyakkan selawat tanda kita cinta dan kasih pada junjungan mulia nabi s.a.w
#ALLAH HUMMA SOLLI A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD

 
Juga jangan lupa untuk berusaha membaca surah Al-Kahfi.  Kerana terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah s.a.w bagi mereka yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir] 

Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal." [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]


SUMBER GAMBAR : SILA KLIK
SUMBER INFO HADIS : SILA KLIK 

Thursday, January 10, 2013

MAJLIS MAULID AKBAR

INFORMASI : MAULIDUR RASULLULLAH 1434H

SEMPENA MERAIKAN MAULID NABI S.A.W 24 JAN 2013 (12 RABIULAWAL 1434H) DI SINI SAYA KONGSIKAN BEBERAPA LOKASI YANG AKAN MENGADAKAN MAJLIS MAULID AKBAR (MAULID BESAR2AN)..


Marilah kita mengamalkan seberapa banyak sunnah baginda nabi s.a.w dan memperbanyakkan selawat kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W tanda kita cinta dan kasih kepada baginda. Moga - moga kita beroleh syafaat baginda di hari perhitungan kelak!

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). - At - taubah, ayat 24


Allahuakhbar.. Ya hanana!





............................................................................................................................................................
Maulid Akbar @ Masjid Negeri Shah Alam Selangor
Untuk makluman lebih lanjut sila hubungi:
Abdul Rahman Al-Haddad 017 333 1753
Hj. Huzair 012 311 0444
Hj, Azman 019 259 0420

 

................................................................................................................................................................

Majlis Ta'lim Sawa'assabil akan mengadakan Majlis Maulid Akbar 23 Jan 2013 (11 Rabiul awal 1434h)



Acara akan dihadiri oleh ramai tetamu jemputan, yang akan nama-nama mereka akan kami kemaskini di laman facebook kami
Acara akan diadakan pada 23 Januari 2013 (malam 12 RabiulAwal), 8 malam, 
 bertempat di Ribat AlHawi, 55, jalan Opera U2/K, TTDI Jaya, Shah Alam.
Bermula 830 malam

Lokasi Majlis: http://goo.gl/maps/uzFoV

---AKAN DI UPDATE APABILA TELAH MENDAPAT INFORMASI TERKINI--

 

Photo: KULIAH HABIB NAQJAMUDIN AL KHIRID DI KEDAH:

1.TARIKH : 4 JAN 2013 (JUMMAT)
MASA : 7.30 MALAM
TEMPAT: MASJID BUKHARY
2.TARIKH : 5 JAN 2013 (SABTU)
MASA : 7.30 MALAM
TEMPAT: SURAU SUNGAI LALANG II (SURAU AL HIDAYAH/BA' ALAWI)
.............................................................................................................................................................
MAJLIS TA'ALIM DARUL MURTADZA

Email (General): darulmurtadza@gmail.com
Facebook Page: Majlis Ta'lim Darul Murtadza
Website: http://www.darulmurtadza.com/






Pembimbing Majlis Ta'lim




Alamat: Masjid Muadz Bin Jabal, Persiaran Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur
GPS:  3.178385, 101.737883

REMINDER :
  1. PARKING KERETA - wakil dari anggota RELA akan bertugas bermula jam 9pm utk menjaga kereta & kelancaran trafik dsb. Sila patuhi arahan mereka. Kerjasama para jamaah amat dialu-alukan demi menjaga kelancaran majlis & nama baik Majlis Ta'lim Darul Murtadza.
  2. Perlunya menjaga akhlak & adab ketika didalam rumahNYA.
  3. Mohon jamaah yg hadir awal agar memenuhkan & merapatkan saf-saf / barisan hadapan bagi beri ruang kepada shbt2 kita yg lewat sedikit. Ianya juga adalah caranya halaqah ilmu Rasulullah SAW & insyaALLAH ada keberkatannya 
...................................................................................................................................................................
maklumat berkenaan maulid akbar yang bakal diadakan ditempat-tempat lain akan di update lagi kemudian
jika anda ada informasi sila berkongsi dengan saya melalui
email : khairulnawawi@gmail.com
call / sms / whatsapp : 012 - 541 4096
facebook : fb/khairulnawawi

Mudah - mudahan dengan perkongsian informasi ini dapat lah memberikan kebaikan dan manfaat kepada kalian.. 

Jazakumullah Khairan Kasiran