أهل السنة والجماعة:
JOM KENALI MAZHAB KITA..
Mazhab Syafie
Penulis : Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
Antara perkara yang menyebabkan mudahnya virus "Wahabi", "allamazhabi", neo-salafi dan seribu satu lagi penyakit yang menjalar di kalangan masyarakat adalah kurangnya ilmu agama dari asas, menyebabkan sesetengah golongan yang ingin kembali mendekati Islam mudah terpedaya dengan deretan hadis dan kalam ulamak yang dieksploitasi oleh pembawa virus ini.
Ilmu asas yang kurang difahami tersebut, ada yang menyentuh aqidah dan ada yang berkenaan feqh. Apabila ramai yang kurang mantap dalam ilmu aqidah, maka timbullah cemuhan kepada sifat 20 yang mereka tidak fahami, lalu berpegang dengan aqidah salaf kononnya dengan intepretasi sendiri, sedangkan ia jauh dari fahaman salaf mahupun khalaf. Tidak memahami asas feqh pula menyebabkan tiada kefahaman kepada mazhab dan kepentingan mazhab, lantas mencemuh pendapat-pendapat para ulamak mazhab yang terdahulu, dengan sangkaan kononnya pendapat kita lebih tepat kepada hadis berbanding pendapat para ulamak tersebut.
Kecelaruan dalam memahami apakah dia Mazhab Syafie dan bagaimana ia berkembang, menyebabkan ada pihak mencemuh masyarakat Malaysia yang berpegang kepada beberapa amalan yang mereka tidak jumpa di dalam kitab induk Al-Umm, lantas memperlekehkan amalan tersebut yang disandarkan kepada pengikut Mazhab Syafie. Oleh itu ana rasakan sewajarnya ana menyebutkan serba sedikit pengenalan ringkas kepada Mazhab yang menjadi panduan kepada masyarakat kita amnya.
Imam Syafie Pengasas Mazhab:
Beliau adalah Muhammad bin Idris Assyafie Almuttalibi. Nasabnya bertemu dengan nasab Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pada moyangnya Abdu Manaf. Dilahirkan di Ghaza, Palestin, beliau dibawa kembali ke perkampungan keluarganya di Makkah. Sejak kecil beliau dihantar mempelajari ilmu bahasa Arab dan sasteranya dari qailah-qabilah arab. Seterusnya mempelajari ilmu agama dari ulamak Makkah seperti syaikh beliau Al-Imam Khalid bin Muslim Azzanjy. Al-Fudhail bin 'Iyadh, Sufyan bin Uyaynah dan lainnya.
Beliau seterusnya meneruskan safar mencari ilmu di Madinah, dan belajar dengan Imam Malik sehingga menjadi pelajar terbaiknya. Kitab Al-Muwatta' Imam Malik telah dihafalnya dalam tempoh tidak lebih dari 9 hari. Beliau telah belajar dari para ulamak Makkah dan Madinah dengan baik sehingga dalam usianya 18 tahun, beliau sudah layak memberi fatwa. Pakar Bahasa Arab seperti Al-Asma'i juga banyak mengambil manfaat darinya.
Beliau seterusnya pergi ke Iraq dan mengambil faedah dari Imam Muhammad bin Al-Hasan Assyaibani murid Imam Abu Hanifah. Di sana beliau mengarang kitabnya Al-Hujjah, dan mengumpulan padanya mazhabnya yang lama (qadim). Di Iraq juga, beberapa Imam besar telah belajar dari beliau, seprti Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abi Tsaur.
Setelah itu beliau telah berpindah ke Mesir. Di sana, beliau telah mengubah pelbagai ijtihadnya dan memasyhurkan pendapatnya yang baru (mazhab/qaul jadid). Beliau juga telah menulis kitab agungnya Al-Umm dan kitab Usul Feqh pertama dalam sejarah Islam berjudul Ar-Risalah.
Imam Syafie diangkat sebagai Mujaddid kurun ke-2. Beliau telah menghimpukan ilmu antara ahli Hadis serta ahli ra'yi, menggariskan kaeda-kaedah ilmu usul feqh, selain dari ilmunya yang meluas dalam hadis, riwayat-riwayatnya, ahli-ahlinya, qur'an dan ulumnya, sejarah, syiir dan sastera, ilmu bahasa, serta wara' , taqwa lagi zuhud pada dunia. Beliau telah wafat di Kaherah pada tahun 204H.
Imam Ahmad bin Hanbal pernah menyebut: "Imam Syafie seperti matahari bagi dunia dan penyembuh bagi badan" dan "Feqh itu terkunci pada ahli-ahlinya sehingga Allah membukanya dengan Assyafie".
Imam Abu Zur'ah pula ada menyebut: Aku tidak mengetahui seseorang yang lebih agung sumbangannya pada ahli Islam daripada As-Syafie.
Semoga Allah merahmatinya dan memanfaatkan kita dengan segala barakah, rahsia, ilmu dan cahaya beliau di dunia dan akhirat. Amiin.
Para Imam Mazhab:
Antara murid yang terpenting dalam Mazhab Qadim Imam Syafie adalah Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Tsur, Azza'farani dan Alkarabisi.
Manakala anak-anak murid yang mengambil daripadanya Mazhab Jadid beliau antaranya: Al-Muzani, Al-Buwaiti, Arrabi' Almuradi yang digelar oleh syaikhnya Imam Syafie, sebagai Rawiyatul Mazhab atau perawi mazhab. Mereka ini kesemuanya meninggal dunia pada kurun ketiga hijrah.
Selepas itu menyusul pula generasi-generasi dan lapisan ulamak yang banyak. Antara yang tersohor bagi setiap kurun adalah; Imam Ibn Suraij dan Alqaffal Alkabir pada kurun keempat, kemudian Almawardi, Abu Ishaq Assyirazi, Abu Muhammad Aljuwaini, serta anaknya Imamul Haramain dan Al-Baihaqi pada kurun kelima.
Seterusnya Imam Ghazali Hujjatul Islam, Assyasyi dan Albaghawi pada kurun keenam, kemudian Annawawi dan Arrafi'i (digelar sebagai Syaikhal Mazhab, atau dua Syaikh bagi mazhab ini), serta Ibn Daqiqul 'Aid pada kurun ketujuh.
Selepas itu Attaqi Assubki serta anaknya Attaj, Ibn Jama'ah dan Alhisni pada kurun kelapan, kemudian Alhafiz Ibn Hajar Al-asqalani dan Ibnul Muqri' pada kurun kesembilan. Seterusnya Assakhawi, Assyihab Arramli serta anaknya Assyams, Ibn Hajar Alhaitami, Assuyuthi dan Syaikhul Islam Zakaria Al-ansari pada kurun kesepuluh. Seterusnya Assyarbini, Alqalyubi, Albaijuri, Ibn Qasim, Assyabramallisi, Alkurdi, Assaqqaf, Syato, Almalibari, Bafadhl, Almasyhur, Aljardani, Albujairimi, Ba'Isyn dan ramai lagi para fuqaha' kurun-kurun yang terkemudian.
Para ulamak mazhab ini terlalu ramai untuk disebutkan. Cukuplah bagi kita kitab Al-imam Assubky, Tobaqat Syafi'iyyah Alkubra, setebal 9 jilid, yang menerangkan betapa ramai ulamak mazhab ini, serta khidmat mereka yang sempurna bagi mazhab ini, sehingga ia menjadi satu kelebihan Mazhab Syafie berbanding mazhab lain.
Mazhab Syafie juga dipegang oleh para Imam dari pelbagai cabang ilmu Islam.
Di kalangan ulamak Usul Feqh (Usuliyyin), antaranya Al-Juwaini (penulis kitab Al-Burhan) dan Al-Ghazali (Al-Mustasfa).
Di kalangan ulamak hadis (huffaz), antaranya Albaihaqi (sunan), Attaqi Assubki, Ibn Hajar Al-asqalani (Fathul Bari), dan Ibn Katsir (Jami' Sunan Wazzawaid).
Di kalangan ulamak sejarah (muarrikhin), antaranya Ibn 'Asakir (Tarikh Dimasyq), Azzahabi (Siyar A'lam Annubala') dan Assofadi (Al-Wafi).
Di kalangan ahli kalam (mutakallimin), antaranya Alfakhrur Razi (Al-Mutolabatul 'Aliyah Fil 'Ilmil Ilahi).
Di kalangan ahli tafsir (mufassirin), antaranya Almawardi (tafsir), Alkhazin (Ma'alimut Tanzil) dan Al-Baghawi.
Di kalangan ahli bacaan Al-Quran (Qurra'), antaranya Ibnul Jazari (Annasyr).
Di kalangan ahli bahasa Arab (Lughawiyyin), antaranya Alfairuz abadi (Alqamus).
Di kalangan ahli arifin, antaranya Alqusyairi (Risalah Alqusyairiah).
Selain itu banyak lagi pakar nahu dan sastera Arab serta cabang-cabang ilmu Islam yang lain.
Sejarah Ringkas Mazhab Syafie:
Sejarah mazhab ini kita boleh simpulkan dalam empat peringkat.
Peringkat Pertama: Pengasasan (Atta'sis) : Ia berakhir dengan wafatnya Al-Imam Assyafie Radhiyallahu 'Anhu, dan meninggalkan kepada kita kitabnya Al-Umm.
Peringkat Kedua: Menyalin dan Memindahkan (Annaql) : Dilaksanakan oleh para penuntut Imam Syafie dan ashabnya dengan menyebarkan mazhab ini. Antara kitab termasyhur mereka adalah Mukhtasar Al-imam Almuzani.
Peringkat Ketiga: Penyelesaian dan Perungkaian (Attahrir) : Dengan usaha "Dua Syaikh Mazhab" (Syaikhai Mazhab), iaitu Imam Annawawi dan Imam Arrafi'i. Kitab terpenting peringkat ini adalah Alminhaj oleh Imam Annawawi dan Almuharrar oleh Imam Arrafi'i. Selain itu, kitab Al-Majmu' Syarhu Muhazzab Assyirazi oleh Imam Annawawi dan Fathul Aziz bisyarhi Wajiz Alghazali oleh Imam Arrafi'i. Kedua-dua mereka dan ulamak lain pada peringkat ini telah menyelasaikan masalah-masalah feqhiah dalam mazhab ini, dalil-dalilnya dan pentarjihan antara riwayat-riwayat serta pendapat-pendapat yang ada dalam mazhab.
Peringkat Keempat: Penetapan (Al-istiqrar) : Jelas kelihatan dengan usaha dua orang faqih yang hebat, Ibn Hajar Alhaitami pada kitabnya Tuhaftul Muhtaj bisyarhi Minhaj, dan Assyams Arramli pada kitabnya Nihayatul Muhtaj fi syarhil Minhaj. Kedua-dua mereka telah menyelesaikan apa yang tidak disebutkan oleh Syaikhan dari sudut pendapat-pendapat dan riwayat-riwayat Mazhab. Mereka juga telah menyebutkan berdasarkan kepada manhaj mazhab, baki masalah furu' (cabang) dan pelbagai masalah dalam pelagai bab feqh.
Oleh kerana Mazhab ini telah ditahqiq oleh Annawawi dan Arrifa'i, dan ditetapkan pula permasalahan-permasalahan lain oleh Ibn Hajar dan Arramli, maka para ulamak yang terkemudian telah bersetuju untuk memberi fatwa berdasarkan kepada kitab-kitab mereka ini.
Masalah yang telah disepakati padanya oleh kedua-dua Syaikh, Annawawi, dan Arrafi'i merupakan hukum yang dipegang (mu'tamad). Jika mereka berbeza pendapat, maka diutamakan pendapat Annawawi, akan tetapi harus berfatwa dengan mana-mana pendapat dari keduanya.
Apa yang disepakati pula oleh Ibn Hajar dan Arramli dalam permasalah yang tidak diperbahaskan sebelumnya, maka ia juga merupakan hukum yang dipegang. Jika mereka berbeza pendapat pula, maka ulamak Hijaz dan Hadhramaut mengutamakan Ibn Hajar, manakala ulamak Syam dan Mesir mengutamakan Arramli.
Adapun lain-lain penyusun kitab feqh Syafie yang banyak seperti Al-Halabi, Bamakhzumah, Assyabramallisi, Ibn Qasim, 'Umairah, Almahalli, Ba'isyn, dan lainnya, maka dibolehkan beramal dan berfatwa dengan setiap daripadanya, melainkan yang disepakati bahawa ia merupakan satu kesalahan, keterlupaan atau lemah.
Kitab-kitab Penting:
Kitab-kitab penting yang diajar di majlis-majlis ilmu bagi memudahkan para penuntut meningkatkan kefahaman diri secara berperingkat dalam mazhab Syafie adalah seperti berikut:
- Arrisalatul Jami'ah - Ahmad bin Zain Alhabsyi
- Safinatun Najah - Salim Alhadhrami, dan pelbagai syarah baginya
- Alyaqut Wannafis - Assyatiri
- Matan Alghayah Wattaqrib - Abi Syuja', dan pelbagai syarah baginya
- Sofwatuz Zubad - Ibn Ruslan
- Dua Mukhtasar, Al-Kabir (Almuqaddimah Alhadhramiah) dan Assaghir - Bafadhl, dan pelbagai syarah baginya
- Syarhut Tahrir - Syaikhul Islam Zakaria Al-Ansari
- Busyral Karim - Ba'isyn
- 'Umdatus Salik - Ibnu Naqib
- Attanbih dan Almuhazzab - Assyirazi
Pelbagai komentar (hasyiah) juga amat bermanfaat seperti:
- Hasyiah Albaijuri 'Ala Matn Abi Syuja'
- Hasyiah Syato 'Ala Fathil Mu'in lil Malibari
- Hasyiah Assyarqawi 'Ala Tahrir
- Hawasyi Almadaniah 'Ala Syarh Ibn Hajar limuqaddimah Bafadhl, lilkurdi
dan pelbagi lagi kitab Hasyiah yang lain.
Selain itu, terdapat juga kitab-kitab fatwa yang begitu bernilai seperti:
- Fatawa Al-Imam Subki
- Alhawi lissuyuthi
- Alfatawa Alkubra libni Hajar.
Sebahagian ahli hadis pula telah menyusun kitab bagi menjelaskan dalil-dalil pada mazhab seperti:
- Attalkhis Alhabir - Ibn Hajar Al-'asqalani
- Albadrul Munir - Ibnul Mulaqqin
Sementara kitab feqh yang dikuatkan dengan dalil-dalil beserta perbincangan ke atas dalil-dalil mazhab seperti:
- Nihayatul Matlab fi Adilllatil Mazhab - Imamul Haramain Aljuwaini
- Almajmu' Syarh Muhazzab - Annawawi
- Fathul 'Aziz bisyarhi Wajiz Alghazali - Arrafi'i
Keistimewaan Mazhab Syafie
Penekanan Imam Syafie Rahimahullah sebagai pengasas Mazhab, kepada pengumpulan hadis dan sunnah. Beliau menuntut dengan Imam Sunnah, Malik, dan mengajar pula Imam Sunnah, Ahmad bin Hanbal. Jejak langkahnya diikuti oleh para imam dalam Mazhab ini, sehingga sebahagian mereka menjadi ulamak hadis yang merupakan huffaz agung, seperti Albaihaqi dan Ibn Hajar Al-'asqalani. Ulamak ini telah memberi khidmat yang besar kepada mazhab dengan menguatkan mazhab dengan dalil-dalil.
Penekanan pengasasnya Rahimahullah dengan pelbagai bentuk qias dan asas-asas kepada istinbat yang dimahiri oleh Imam Abu Hanifah dan penuntut-penuntutnya, sehingga mampu mengasaskan penulisan ilmu Usul Feqh. Kemudiannya para pengikutnya pula menjadi rujukan utama dalam ilmu ini seperti Imam Aljuwaini dan Imam Alghazali.
Mazhab ini merupakan mazhab pertengahan antara Ahlirra'yi dan Ahlilhadis.
Bilangan ulamak yang memberi khidmat serta mengembangkan mazhab ini di setiap tempat, sehinggakan kebanyakan mereka mencapai tahap ijtihad seperti Imam Assubki dan Assuyuthi.
Bilangan ulamak mazhab ini yang menjadi mujaddid setiap kurun juga ramai seperti Imam Syafie sendiri mujaddid kurun kedua, Imam Ibn Suraij mujaddid kurun ketiga, Imam Al-Ghazali mujaddid kurun kelima, Alfakhurrazi mujaddid kurun keenam, Ibn Daiqil 'Aid mujaddid kurun ketujuh, Assuyuthi kurun kesembilan dan Imam Alhaddad kurun kesebelas.
Banyaknya kitab yang ditulis oleh para ulamak dalam mentahqiq mazhab ini serta menguatkannya dengan dalil-dalil serta memudahkan para penuntut pada setiap zaman dalam lipatan sejarah.
Pengikutnya yang begitu ramai di merata tempat, tersebar dari Asia Tenggara, sehingga ke benua Hindi, negara-negara Parsi, Iraq dan Syam, kemudiannya Hijaz, Bahrain, Hadhramaut serta Yaman selain Mesir dan beberapa negara Afrika.
Penutup:
Penulisan ini hanya bertujuan untuk menerangkan kepada khalayak serba sedikit pengetahuan asas tentang mazhab. Seperti mana yang diketahui umum, telah sepakat keseluruhan ulamak, akan kewajipan bertaqlid bagi seorang yang belum mencapai martabat ijtihad. Maka sewajarnyalah kita mengetahui mazhab yang kita ikuti dalam urusan agama.
Bukanlah tujuan penulisan ini untuk menyeru kepada taksub kepada sesuatu mazhab, tetapi ingin menyedarkan kita betapa bernilai dan mulianya setiap mazhab feqh yang empat di sisi Islam dan sumbangannya kepada Ummat Islam amnya. Tiada kecacatannya jika kita berpegang dengan sesuatu mazhab seperti mana ribuan para ulamak terdahulu yang berpegang dengan sesuatu mazhab.
Semoga virus tidak mahu bermazhab, memperlekehkan pendapat ulamak mazhab, takjub dengan diri sendiri sehingga menyangka pendapatnya lebih benar dari ulamak-ulamak tersebut, mudah menghina para ulamak dan ilmuan Islam, bersangka buruk dengan mereka yang menuntut ilmu agama serta guru-guru agama, serta 1001 lagi virus yang kini cuba disebarkan dalam masyarakat kita dapat dibendung dan dibenteras.
Doa kita kepada Allah, moga disatukan hati-hati kita semua dalam kebenaran, dilimpahkan kita rahmatb dan keberkatan-Nya, dicucurkan kita kebaikan dunia dan akhirat, digolongkan bersama Muqarrabin, dibangkitkan bersama para anbiya' dan solihin. Amiin.
YOUR INFO
Perkongsian ilmu buat peringatan diri ini dan sahabat sekalian dalam menempuh kehidupan yg penuh pancaroba.. Mudah2an mendapat pahala amal diakhirat kelak.. amin..
Sunday, January 29, 2017
Monday, July 7, 2014
[Innalillah hi wainna ila hirrojiun] Nukilan Terakhir Allahyarham Datuk Sharifah Aini
[Innalillah hi wainna ila hirrojiun]
Dimana kita bermula tidak penting.. Tetapi Bagaimana pengakhiran kita itu lebih penting!
Al-Fatihah
"Saya ada permintaan kepada station TV, kpd kawan-kawan di media..kalau nak keluarkan gambar, tolonglah JANGAN keluarkan yang dulu..yang tidak berhijab ......" - Dato' Sharifah Aini
Nukilan Terakhir Allahyarham Datuk Sharifah Aini untuk Anak tunggalnya Aliff :-
Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK.
In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.
Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadan Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.
Andai Ku Tahu
Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima ….
Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun…. Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar diMadinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca Al-Quraan & tidur sekejap...jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama…Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan…. Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam Al-Quraan.
Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun…. Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar diMadinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca Al-Quraan & tidur sekejap...jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama…Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan…. Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam Al-Quraan.
3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga…. Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…
Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff… jika ALLAH izin kan Mami ingin mati di Pangkuan Aliff… Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir… Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami…
Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi…. Hanya Aliff, anak2 angkat Mami - Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah… Jika Mami sakit dihospital…. orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar….Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital… Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 Al-Quraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.
Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni.....Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan….. In Shaa ALLAH…..
Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff……. Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!
CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.
LIKE FB PAGE : TRIBUTE TO DATUK SHARIFAH AINI
SUMBER GAMBAR : FB PAGE TRIBUTE TO DATUK SHARIFAH AINI, BERNAMA
Wednesday, June 11, 2014
Gotong royong masjid Negeri Selangor 14 06 2014 (Sabtu)
Labels:
gotong royonh
AL-FATIHAH.. TELAH KEMBALINYA ALMARHUM IMAM BESAR MASJID NEGERI SELANGOR
Kelmari kita mendapat perkhabaran pemergian seorang lagi ulama yang amat dikasihi..
Semoga allah mengampuni segala dosa dan merahmati imam besar MSSAAS, Tuan Haji Syeikh Ahmad Mustafa Mohd Sidin
Telah kehilangan seorang lagi ulama..
Seawal usia menjelang 40 beliau kembali ke rahmatullah..
Bumi menangisi pemergian mu..
Kami mengiring jasad mu..
Semoga kita dikumpulkan bersama disyurga kelak..
Allah humma amin..
Alfatihah kepada Imam besar Masjid Shah Alam.. Ustaz Syeikh Hj. Ahmad Mustafa bin Mohd Sidin
Tuesday, June 3, 2014
Oh sayu rasanya hati ini...
Bismillah...
Masih ingatkah kalian terhadap sepasang suami isteri yang dirempuh dan dilanggar lari oleh satu lori sehingga berterabur mayat mereka berdua diatas jalan raya?
sekelip mata sahaja meninggalkan 5 anak yg menjadi yatim piatu!
anak yang paling kecil bongsu menjadi demam kerinduan kepada belaian kasih ibu bapa mereka!!..
ini secebis dari kisah sayu masyarakat kita hari ini,
Alhamdulillah sebentar tadi kami dari NGO 'Geng Ustaz Cintakan Ulama' membawa sumbangan sebanyak RM 3732.00 untuk mereka..
Di Setiawan Perak, menyapu air mata adik kecil Auni ini, cukup menghibakan kami..
Allah sahajalah yang mampu membalas jasa kalian yang menyumbang.. sumbangan terus ke akaun Maybank 562012109456 dan sms kan kpd no ini 019 335 0466
Masih ingatkah kalian terhadap sepasang suami isteri yang dirempuh dan dilanggar lari oleh satu lori sehingga berterabur mayat mereka berdua diatas jalan raya?
sekelip mata sahaja meninggalkan 5 anak yg menjadi yatim piatu!
anak yang paling kecil bongsu menjadi demam kerinduan kepada belaian kasih ibu bapa mereka!!..
ini secebis dari kisah sayu masyarakat kita hari ini,
Alhamdulillah sebentar tadi kami dari NGO 'Geng Ustaz Cintakan Ulama' membawa sumbangan sebanyak RM 3732.00 untuk mereka..
Di Setiawan Perak, menyapu air mata adik kecil Auni ini, cukup menghibakan kami..
Allah sahajalah yang mampu membalas jasa kalian yang menyumbang.. sumbangan terus ke akaun Maybank 562012109456 dan sms kan kpd no ini 019 335 0466
Labels:
anak kecil kehilangan ibu bapa
SIFAT YG BURUK : RIYA', SUM'AH DAN UJUB
Labels:
SIFAT YG BURUK : RIYA',
SUM'AH DAN UJUB
Subscribe to:
Posts (Atom)